CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Cantiknya, kakak dan adik ke ni?" Netizen teruja tengok Erra Fazira dan Engku Aleesya berTiktok

21-6-2021 10:34 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 13574| Komen: 67

Description: Sejak kebelakangan ini, Engku Aleesya, 12, yang merupakan anak kepada pelakon dan penyanyi terkenal tanah air, Erra Fazira, 47, sering menjadi perhatian warganet dek kerana kecantikan dan kematanganny ...



Sejak kebelakangan ini, Engku Aleesya, 12, yang merupakan anak kepada pelakon dan penyanyi terkenal tanah air, Erra Fazira, 47, sering menjadi perhatian warganet dek kerana kecantikan dan kematangannya.

Erra yang mendapat jolokan primadona filem Melayu juga tidak lokek memuat naik gambar-gambar dan video di Instagram ketika melakukan aktiviti hariannya untuk dikongsi bersama peminat.



Terbaru, video Erra bersama anaknya, Engku Aleesya sedang berTiktok sekali lagi menjadi perhatian warganet. Nak tahu kenapa jom tengok!



Susulan daripada itu, Instagram Erra telah dibanjiri pelbagai komen daripada warganet yang kagum melihat kecantikan ibu dan anak ini seolah-olah mereka seperti adik beradik.


Itu lah, ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi kan. Wajah Erra pula yang juga merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 seakan-akan tidak dimamah usia. Agaknya apa lah rahsia disebalik kejelitaannya yang dilihat kekal awet muda.


Untuk makluman, Erra pernah berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 namun jodoh tak panjang apabila mereka disahkan bercerai pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Engku Emran pula telah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila yang merupakan kakak kepada pelakon dan usahawan tersohor, Neelofa pada Mac lalu. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-6-2021 10:42 PM
Filter berapa layer ni ratu?
Quote Rogue98 21-6-2021 10:47 PM
Mak anak comel...
Quote cmf_premierleag 21-6-2021 10:56 PM
simpati pd EA sbb TERmasuk dlm family sskjp jahudi yang tersial dia alam semesta ni
Quote akuchenta 21-6-2021 11:00 PM
Harap kenaifan EA tidak dirosakkan oleh keluarga maktiri
Quote KIM.K 21-6-2021 11:08 PM
Somelnye     
Quote Purina 21-6-2021 11:08 PM
Muke ratu ni ori ke..
By d way anak dia mmg sweet..nmpk tdidik..
Aku dr dl nak tau..napa aleesya tak dok ngn dia ek..selalu klu bcerai hak pjagaan kt mak melainkn ada sbb ttentu dia hilg kelayakan..or ratu mmg bg hak pjagaan kt ex..
Quote whadda 21-6-2021 11:27 PM
Baru 12 tahun dah tinggi mak dia.. bagus erra tak buatkan ig ngan tiktok khas tuk anak dia.. tak macam retis lain
Quote jiwarasa 21-6-2021 11:38 PM
Purina: Muke ratu ni ori ke..By d way anak dia mmg sweet..nmpk tdidik..Aku dr dl nak tau..napa aleesya tak dok ngn dia ek..selalu klu bcerai hak pjagaan kt ma ...


Pernah baca dulu.. tak silap i hak penjagaan dapat kat ex husband dia katanya atas persetujuan bersama.. erra pun tak tuntut nafkah dari ex dia
Quote delia3003 21-6-2021 11:57 PM
Edited by delia3003 at 21-6-2021 11:58 PM

Harap kak ratu pantau elok2 anak dara sunti dia ni sbb nampak terjaga elok je. Jgn terikut perangai family sebelah mak tiri sudah.
Quote September14 22-6-2021 12:00 AM
Tiktok ni mmg mngajar org ppuan jd gedik x malu n yg lelaki dah mcm ponen menari2 mcm la ko hebay sgt.. bodoh bahlul tolol
Quote guesswho09 22-6-2021 12:07 AM
Tang mana lawa nya? Biasa je
mak dia pun muka dah byk repair
antara ratu cantik paling tak lawa
Quote Cenderakirana9 22-6-2021 12:10 AM
Purina replied at 21-6-2021 11:08 PM
Muke ratu ni ori ke..
By d way anak dia mmg sweet..nmpk tdidik..
Aku dr dl nak tau..napa aleesya t ...

Taktau ori ke tak. Tapi I pernah jumpa dia depan2. Ya Allah lawa betul
Quote intanblur 22-6-2021 12:23 AM
Cantiknya EA


Quote ImpianSeroja 22-6-2021 12:30 AM
Cantik ibu n anak
Quote tomatome 22-6-2021 12:33 AM
Adeh filter berkati..
erra dan anaknye lbh cun tanpa filter..
cuma erra muka da lain byk sgt alter hidung mcm michael jackson mcm kena kepit dagu pelik n kulit muka dia mcm kulit datin almy.. sayangnya lahaii aku suka muka erra dulu
Quote dua_chzy 22-6-2021 12:35 AM
Kakak dan adik? Nak bodek pon agak2 la dei. Ko tak nampak ka Erra dah cukup kertu tu?
Quote mawarika 22-6-2021 12:53 AM
Ratu jumpa depan depan lawa la. Org akan pandang berkali kali.. cina india pun. Walhal time tu ratu pakai biasa saje.. mcm pegi paso.
Quote CatMiow 22-6-2021 01:11 AM
tomatome replied at 22-6-2021 12:33 AM
Adeh filter berkati..
erra dan anaknye lbh cun tanpa filter..
cuma erra muka da lain byk sgt alt ...

Kan,  bnyak artis baya2 dia ni cantik je original,   tapi mcm  banyak cucuk,  jadi nampak pelik.

Ziana zain, tak pasti termasuk tak geng cucuk2 ni,  tapi dia kategori cantik juga pada mata iols la.. Sampai skrng pun cantik.
Quote Cece1234 22-6-2021 01:15 AM
Cantik dua2..

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.047244 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top