CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yunos Laith, Nama Anak Lisa Dan Yusry

21-6-2021 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12353| Komen: 70

Description: Genap tujuh hari dilahirkan, pelakon Lisa Surihani berkongsi nama bayi lelaki ketiganya yang diberi nama Yunos Laith.
Genap tujuh hari dilahirkan, pelakon Lisa Surihani berkongsi nama bayi lelaki ketiganya yang diberi nama Yunos Laith.

Perkara tersebut dikongsikan Lisa, 35, menerusi Instagramnya sebentar tadi sambil memuat naik gambar bayi lelakinya itu yang dipangku kakak dan abangnya.



Foto: IG

“Assalamualaikum. Hai semua. Kami nak memperkenalkan adik kami yang sudah berusia tujuh hari. Namanya Yunos Laith bin Yusry,” tulisnya.

Menurut Lisa, nama Yunos yang diberi kepada bayi lelakinya itu merupakan nama salah seorang nabi.



Sementara nama Laith pula membawa maksud berani seperti singa.

“Rawr! Kami sangat sayangkan dia. Dia dilahirkan pada 15 Jun yang merupakan tarikh lahir Daddy. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang mendoakan,” tulisnya lagi.



Pelakon drama Pelindung Seorang Puteri itu bagaimanapun tidak mendedahkan wajah bayi lelaki yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Bangsar itu.

Lisa selamat melahirkan bayi ketiganya yang dilahirkan dengan berat 3.49 kilogram (kg) pada pukul 2.30 pagi 15 Jun lalu.



Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 itu sebelum ini dikurniakan dua orang anak iaitu Yahaira Leanne, 6, dan Yusof Leonne, 4. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 21-6-2021 04:19 PM
Anak nombor 2 tu mirip lisa
Quote LadyCarefree 21-6-2021 04:24 PM
"Menurut Lisa, nama Yunos yang diberi kepada bayi lelakinya itu merupakan nama salah seorang nabi."

Laaaaaaaa nasib baik dia bagitau. Kalau tak, mampos iols xtahu. 1st time kot dengar nama Yunos. {:hooray
Quote KIM.K 21-6-2021 04:42 PM
Tahniah Lalisa dan Yusry. Sedap nama
Quote jerukkedondong 21-6-2021 05:04 PM
Edited by jerukkedondong at 21-6-2021 05:06 PM

Tahniah Lica n yuci...
Yahaira tu comel dan cute betol laa..
Quote makneng 21-6-2021 05:05 PM
Tahniah utk YL family
Quote KucingBiru 21-6-2021 05:18 PM
Patut familiar nama yunos ni.. sama macam Jamal Md Yunos mat baldi tu.

Apsal tak letak Yunus, tu lebih original bunyi nama nabi.
Quote nsagb 21-6-2021 05:18 PM
Tahniah yusry n lisa....bkn peminat both of em tapi nama anak2 diorg best lain dr lain gitu
Quote ImpianSeroja 21-6-2021 05:44 PM
Congrats Lisa n Yusry
Quote JohnyEnglish 21-6-2021 06:00 PM
Bgs la kasi nama nabi..semoga perangai eok..kwn aku nama yunus kaki ketum
Quote Anamia 21-6-2021 06:02 PM
Nasib baik tak letak younous. Ok la straight forward
Quote imanjannah 21-6-2021 06:08 PM
comel sungguh yg sulong tu
Quote kiah_mai_pulak 21-6-2021 06:08 PM
baru tahu.. dulu tau aabri yunus je..
Quote cm_vungtau 21-6-2021 06:21 PM
Sekarang trend nama zaman dulu2 pulak.
Quote naina 21-6-2021 06:28 PM
KucingBiru replied at 21-6-2021 05:18 PM
Patut familiar nama yunos ni.. sama macam Jamal Md Yunos mat baldi tu.

Apsal tak letak Yunus, tu  ...

Beselah zaman skng semua nak dimodenkan ejaan
Yusof jadi eeusof
Liya jadi leaya
Sarah jadi sara
Yunus jadi Yunos macam old school plak ya..
Quote Cik_jantung 21-6-2021 06:38 PM
Mak ayah cantik.. anak2 mestila comel kejadiannya..
Quote jejarihalus 21-6-2021 06:41 PM
Laith Tu nak sebut macam mn
Quote Zda 21-6-2021 06:42 PM
sedap nama

Quote ciksaenara 21-6-2021 06:45 PM
orait terjawab sudah nama anak diorang
Quote xpdckelate 21-6-2021 06:46 PM
pelik plak nama laith...btw tahniah la

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.075700 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top