CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sesi Menyelamat Sia-sia, Patung Seks Hanyut Rupanya

22-6-2021 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3396| Komen: 15

Description: Segerombolan polis, pasukan penyelamat dan ambulans kesihatan Jepun berkumpul di Hachinohe Bay pada Jumaat bagi tugas menyelamat yang terbukti hanya sia-sia.
Segerombolan polis, pasukan penyelamat dan ambulans kesihatan Jepun berkumpul di Hachinohe Bay pada Jumaat bagi tugas menyelamat yang terbukti hanya sia-sia.

Pihak berkenaan sebelum itu menerima panggilan kecemasan yang mendakwa terdapat wanita lemas di perairan berkenaan namun hakikatnya ia hanyalah sebuah patung yang hanyut di situ.



Kredit foto: Twitter

Kejadian dikongsi seorang YouTuber Jepun dikenali Tanaka Natsuki yang merakam video mengenai memancing di kawasan itu sebelum ternampak benda terapung.

"Saya ingatkan mayat terapung di atas air, tetapi rupanya ia adalah patung Dutch wife (patung seks) dan nampaknya ada orang yang telah salah anggap, lalu menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan mangsa.

"Segerombolan pasukan polis, jentera bomba dan ambulans tiba untuk kerja menyelamat itu. Syukurlah 'isteri' terbabit berjaya diselamatkan," katanya menerusi hantaran di Twitter seperti dilapor Soranews24.


Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi warganet yang ada antaranya menyifatkan keadaan patung itu hanyut dalam keadaan terbalik menyebabkan ia kelihatan seperti orang.

Disebabkan itu, ada pengguna media sosial yang mengatakan tidak wajar menyalahkan orang yang menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan 'mangsa'.

"Ia lebih baik daripada menyesal kemudian," kata seorang pengguna media sosial.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 22-6-2021 10:35 AM
takde kesedaran sivik punya ummah negara maju..buang sampah merata mcm negara dunia ketiga
Quote Buritan 22-6-2021 10:38 AM
xpdckelate: takde kesedaran sivik punya ummah negara maju..buang sampah merata mcm negara dunia ketiga




Agaknya dia niru negara  mundur... buang mayat dlm sungai gangess.. kohkoh.. hidup nippon
Quote kuzaime 22-6-2021 10:40 AM
Kat indon dulu kan ada kes, patung mcm ni lah hanyut. Nelayan kot yg jumpa, bawak balik, siap pakaikan tudung lagi. Berkerumun org2 kg datang tengok, siap claim tu bidadari yg hanyut
Quote pagaruyung 22-6-2021 10:41 AM
Haha kelakor
Quote Abahmung 22-6-2021 10:42 AM
kalau kat indon dah selamat bawak balik rumah dah..dewi turun dari kayangan katanya
Quote sukacactus 22-6-2021 11:03 AM
Bini sapa la tu
Habis game, patung dibuang
Quote helicornia 22-6-2021 11:37 AM
xpdckelate replied at 22-6-2021 10:35 AM
takde kesedaran sivik punya ummah negara maju..buang sampah merata mcm negara dunia ketiga

ntah2 yang buang tu warga third world
aku tengok kt jepun ramai je indon keje kt sana huhu
Quote xpdckelate 22-6-2021 11:38 AM
helicornia replied at 22-6-2021 11:37 AM
ntah2 yang buang tu warga third world
aku tengok kt jepun ramai je indon keje kt sana huhu

uish boleh jadi
Quote nakkomenjugak 22-6-2021 12:23 PM
sesungguhnya bidadari yang dibuang itu wujuddd yach
Quote wirazam 22-6-2021 12:41 PM
kuzaime replied at 22-6-2021 10:40 AM
Kat indon dulu kan ada kes, patung mcm ni lah hanyut. Nelayan kot yg jumpa, bawak balik, siap pakaik ...

Oh..ini Aku mmg tergelak BC post ko haha
Quote kuzaime 22-6-2021 03:37 PM
wirazam replied at 22-6-2021 12:41 PM
Oh..ini Aku mmg tergelak BC post ko haha

Siap ada pic doll tu, sopan aje bertudung yg jumpanya pun acah2 naif sgt ke apa, dia x check ke tuttt doll tu,mau barai dah agaknya pasal tu dibuang
Quote Adrif 22-6-2021 09:25 PM
teringat beberapa tahun lepas, ada orang post video,
tengah rekod rumah keliling dia tenggelam banjir. tiba2 dari jauh nampak ada benda hanyut kat kaki dia.. bila makin dekat, dildo
Quote ImpianSeroja 22-6-2021 09:36 PM
Haha..kelakar berita nie
Quote None68 22-6-2021 09:38 PM
Aik ingatkan Jepun civic minded tinggi...ni dah mcm Sg Gangga versi putih
Quote Carlanani 3-8-2021 09:22 PM
Kesian kat penyelamat..beria datang tolong, sekali gitu pulak yg dorang jumpa..huhu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.083736 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top