CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Menteri Didakwa Rogol Aktres Kelahiran Malaysia Ditahan Polis

22-6-2021 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23010| Komen: 132

Description: NEW DELHI – Seorang bekas menteri negeri Tamil Nadu, M. Manikandan ditahan atas satu tuduhan merogol seorang pelakon wanita India yang berasal dari Malaysia, lapor laman berita Scroll In, semalam.
NEW DELHI – Seorang bekas menteri negeri Tamil Nadu, M. Manikandan ditahan atas satu tuduhan merogol seorang pelakon wanita India yang berasal dari Malaysia, lapor laman berita Scroll In, semalam.


Mangsa yang dikenali sebagai Shantini Theva telah membuat laporan polis terhadap Manikandan pada 28 Mei lalu.

Mantan menteri itu didakwa di bawah pelbagai bahagian Kanun Keseksaan India termasuk 376 (rogol), 313 (menyebabkan keguguran tanpa persetujuan wanita), 323 (hukuman kerana menyebabkan kecederaan secara sukarela), 417 (hukuman kerana menipu), 506 (i) (ugutan jenayah) dan Akta Teknologi Maklumat.

Foto: Google

Polis telah menubuhkan dua pasukan khas untuk menangkap Manikandan yang melarikan diri daripada ditahan pihak berkuasa.


Awal bulan ini, beliau telah memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Madras untuk rayuan ikat jamin.

Namun, minggu lalu, Mahkamah Tinggi menolak untuk memanjangkan perlindungan dan jaminan yang diberikan kepadanya, lapor The News Minute. 

Polis Tamil Nadu mengatakan bahawa bekas menteri itu mengelak dari ditangkap selepas keputusan mahkamah dikeluarkan, lapor ANI.

Theva yang merupakan seorang pelakon memberitahu polis bahawa Manikandan mula memperdayakannya ketika mereka menjalinkan hubungan sulit sejak bertahun-tahun lalu.

Mangsa juga mendakwa Manikandan juga sering berjanji untuk berkahwin dengannya malah menyuruh Theva menggugurkan kandungan sebanyak tiga kali.

Lelaki itu juga mengugut ahli keluarga Theva di Malaysia ketika wanita itu berkeras untuk berkahwin.

Pasangan itu dilaporkan bertemu pertama kali pada tahun 2017 melalui kenalan rapat ketika Theva mempromosikan industri pelancongan di Malaysia dan Manikandan memegang jawatan Menteri Teknologi Maklumat Tamil Nadu pada ketika itu.

Bagaimanapun, Manikandan sebelum ini menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan Theva dan menuduh wanita itu hanyakan mahukan wang serta ingin merosakkan imej dirinya. –CARI

Sumber: Kosmo Online

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnyEnglish 21-6-2021 09:16 AM
Nalla ke sis?
Quote alepmama 21-6-2021 09:16 AM
herlok tak muka M Manikandan tu
Quote immi 21-6-2021 09:19 AM
Nama pun mani
Quote JohnyEnglish 21-6-2021 09:20 AM
alepmama replied at 21-6-2021 09:16 AM
herlok tak muka M Manikandan tu

herlok skit dr Yogi Babu
bbbbbbbbbbbbbb.png

Quote tumpanglalu74 21-6-2021 09:21 AM
TH09MANIKANDAN1.jpg
Quote JohnyEnglish 21-6-2021 09:21 AM

Dia nk money tp dpt mani jah.
Quote mclaren 21-6-2021 09:23 AM
Aktres tu boleh dapat better looking rich dudes kenapalah muka macam cekodok pisang yang dicari?
Quote xpdckelate 21-6-2021 09:25 AM
mudah sgt
Quote sukacactus 21-6-2021 09:30 AM
mclaren replied at 21-6-2021 09:23 AM
Aktres tu boleh dapat better looking rich dudes kenapalah muka macam cekodok pisang yang dicari?

Indeed!
Mmg betul rupa cekodok pisang hahaha
Quote gujiwa 21-6-2021 09:32 AM
memacam cerita.. dah kawin ke bekas menteri ni..
Quote Decaffeinated 21-6-2021 09:33 AM
Percubaan mencaras tak menjadi. Lima tahun kena rogol sedap ka tak dek?
Quote rainbowrainz 21-6-2021 09:37 AM
Gigih iols google... hurmmmm.. bertabahlah..
Quote helicornia 21-6-2021 09:37 AM
ye ke rogol
Quote naina 21-6-2021 09:37 AM
Kisah ke polis India sana tu?
Kalau polis Malaysia maybe la kuat ckit
Kat sana kes rogol bersepah tak terbela
Paling kuat PON mungkin sebab kes berprofile tinggi
Quote ciklahcuteII 21-6-2021 09:43 AM
ramai lg lelaki india yg hensem kaya raya baik hati kat msia.. awat la p cari yg jauh jauh ..x semenggah pulak tu..
kalau x nk bangsa india, cina pun ada, inggeris pun ada..
Quote spankee_fili 21-6-2021 09:52 AM
Beraninya pergi cari menteri India.. kalau tengok movie yg ada inspector sahab ni, menteri India langsung tak boleh pakai - corrupt, bunuh orang suka hati, rogol
Nenek moyang penat2 naik tongkang mai Malaysia, dia U-turn pulak.. apooo
Quote Meiizu 21-6-2021 09:54 AM
Kenapalah 3x gugur.
Guna protection lorr
Quote edayildiz 21-6-2021 09:55 AM
lawa gak pempuan tu kan..yg laki tu no komen..duit byk la kot..xfhm pempuan ni bini org..pastu scandal..pregnant 3x..gmbr laki dia takde ke nk buat perbandingan..
i tak tahu la i tkt sikit ngan org india.i tak racist..kt tmpt keja xpnh ada india..kt sekolah takde india..kt uni ada sorg bdk india..so xpnh rapat ngn kwn india..kalau chinese tu selalu la jgk.
masa kt uni kot..i dpt kolej sebilik ngn bdk india..i pergi la merayu kt abg admin kolej tamo sebilik ngn bdk yindia..dia ckp kt i u tahan sikit jer dik..i takut sbb dorg besar2 pastu nampak garang..tp baik jer huhu
Quote AbukRokok 21-6-2021 09:56 AM
dia xnak yg lg itam dri dia

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.071842 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top