CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajal Hari Pertama Bekerja, Maut Dihempap Jengkaut

22-6-2021 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2261| Komen: 7

Description: ALOR GAJAH - Seorang pemandu jengkaut maut selepas dihempap jentera berat itu di Kampung Brisu, Masjid Tanah di sini pada Isnin.
ALOR GAJAH - Seorang pemandu jengkaut maut selepas dihempap jentera berat itu di Kampung Brisu, Masjid Tanah di sini pada Isnin.

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, mangsa Muhamad Sabirin Umar, 29, sedang menjalankan kerja-kerja meratakan tanah di kampung itu untuk dijadikan kawasan pertanian sebelum jentera berat itu dipercayai hilang kawalan lalu terbalik dan menghempap mangsa.


Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, berdasarkan keterangan bapa saudaranya, semasa kejadian, mangsa baru hari pertama bekerja sebagai pemandu jengkaut selepas lama tidak bekerja akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Foto: Sinar Harian

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mangsa berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan tertiarap selain kepalanya tersepit pada bahagian bumbung kenderaan berat itu.


"Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Alor Gajah yang tiba di lokasi kejadian menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira sejam kemudian.

"Bagaimanapun pasukan perubatan Klinik Kesihatan Simpang Ampat mengesahkan mangsa telah meninggal dunia kerana mengalami kecederaan teruk pada kepala," katanya ketika dihubungi.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 22-6-2021 07:21 PM
Innalillah..dah lama tak kerja..baru nak bernafas cari rezeki..
Quote VirginLady 22-6-2021 08:58 PM
Ya Allah..kesiannya, aku doakan semoga diterima segala amalan dan diampunkan dosa2mu
Quote Nenolen 22-6-2021 09:00 PM
Innalillah...
Quote raxief 23-6-2021 12:44 AM
kesiannya.. salam takziah
Quote MontanaHannah 23-6-2021 12:49 AM
Takziah dan kepala butohhh kepada semua  yang cucuk vaksin corona .


Melayu ke Bangla ????


kalau Melayu ,semoga  ko diampunkan dosa dan di tempatkan di kalangan orang beriman.

tetapi jika ko bnagla,rohingya,indon ke warga asing ,pendatang haram aku  kata PADAN MUKA ko ,elok sgt kalau ko mampus pun , datang ke negara aku tidak di undang ,mampus lebih wajib  sebab ko jahat datang ceroboh negara aku.

Quote supernaturalee 23-6-2021 01:12 AM
Mcm bnyk jgk kes jengkaut lost control dan hempap handler nya

Kdg nmpk jengkaut ni operasi kt kwsn tanah yg x rata dan nmpk x stabil
Then terbayangkan what if terbalik

Quote any42 23-6-2021 01:41 AM
takziah. kesiannya.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.072978 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top