CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sedap Makan Sejuk-sejuk, Jom Cuba Puding Lockdown

9-6-2021 01:44 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5151| Komen: 8|Original author: Oleh: natrahn

Description: Setiap kali perintah kawalan pergerakan (PKP), pasti ada resepi masakan yang menjadi tular. Kali ini, Puding Lockdown namanya sesuai dengan keadaan semasa negara kita.


Setiap kali perintah kawalan pergerakan (PKP), pasti ada resepi masakan yang menjadi tular. Kali ini, Puding Lockdown namanya sesuai dengan keadaan semasa negara kita. 

Bahan dan cara menyediakannya juga amat mudah.


Resepi 3 bahan: 



Kredit foto: Google - Gambar hiasan

  • 250ml air kotak mengikut citarasa masing-masing
  • 2 sudu besar gula atau mengikut kadar kemanisan masing-masing
  • 1 sudu teh serbuk agar-agar (clear)

Cara-cara menyediakannya:

1) Potong bahagian atas air kotak atau sediakan bekas yang sesuai.
2) Masukkan air kotak tadi ke dalam periuk bersama gula dan agar-agar. Kacau sebentar.
3) Panaskan atas api kecil 
4) Bila nampak nak mendidih, tutup api dan biarkan sejuk seketika di dalam periuk sebelum dimasukkan ke dalam kotak/bekas
5) Tunggu adunan sejuk dan masukkan dalam peti ais. Tunggu sehingga puding keras dan sedia untuk dimakan.





Kredit foto: Ihsan Pembaca FB Masak Apa Hari Ini

Nota: 

Kredit foto: FB Nur Ida

  • Public Health Malaysia menyarankan menggunakan bekas yang sesuai untuk membuat resepi ini. Pastikan adunan sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan dalam bekas yang bersesuaian.
  • 1 paket serbuk agar-agar dapat menghasilkan 4 kotak puding
  • Air kotak boleh guna kandungannya 200-250ml 
  • Minuman bersoda dalam bentuk air kotak, air tin atau sebagainya mengandungi gula dan boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Jadi, sekiranya anda memilih versi yang berperisa, pilih jenama pemanis dengan kandungan buah semula jadi dan bukannya pemanis biasa atau buatan.

Selamat mencuba. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Vellfire 9-6-2021 02:13 PM
nak try buat ni balik rumah nanti..
Quote helicornia 9-6-2021 02:55 PM
udah kenapa kt bawah tu public health malaysia pun ada saranan bekas yg sesuai?resepi ni colab dgn public health ke?
Quote natrahn 9-6-2021 03:46 PM
helicornia replied at 9-6-2021 02:55 PM
udah kenapa kt bawah tu public health malaysia pun ada saranan bekas yg sesuai?resepi ni colab dgn p ...

kat posting asal ada netizen tanya kat public health boleh tak guna kotak tu letak bancuhan puding. Public Health jawab boleh guna tapi tak boleh masukkan panas2 lepas masak tu. Kena sejuk dulu baru tuang atau lebih afdhal guna terus bekas lain yang lebih sesuai.
Quote penoren 9-6-2021 04:44 PM
nampak mcm menariks n mudah.. bleh la try  
Quote my_irina 9-6-2021 09:14 PM
i ollz pernah try jiran buatkan....dia guna susu mangga neelopakkkkk...tapi takde la letak dlm bekas yg sama....bole la rase dia...sedap makan time panas letinggg..
Quote BunyiMeow 13-3-2022 10:30 PM
Sedapnye
Quote Guli 5-2-2024 10:14 AM
Sedapnya kalau makan sejuk sejuk
Quote Yoonggi 5-2-2024 12:16 PM
mmg sedap especially kalau susu coklat atau strawberry buat camni. tp klu aku yg buat, aku dah x buh gula dah sbb air tu pun dah cukup manis.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.048568 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top