CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Papa Betul, Saya Tak Dapat Layanan Istimewa Pun" - Dafi

9-6-2021 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6591| Komen: 24

Description: Susulan dakwaan program All Together Now Malaysia gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), penyanyi Dafi turut terkena tempias kerana menjadi salah seorang daripada 50 juri dalam kalangan seleb ...
Susulan dakwaan program All Together Now Malaysia gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), penyanyi Dafi turut terkena tempias kerana menjadi salah seorang daripada 50 juri dalam kalangan selebriti.


Nama Dafi menjadi bualan apabila netizen mengaitkan kedudukan bapanya iaitu Datuk Seri Ismail selaku orang yang cukup sinonim dengan SOP ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Bagaimanapun menurut Dafi, sebagai rakyat Malaysia dia tidak terkecuali daripada sebarang hukuman jika didapati bersalah melanggar SOP ketika menyertai program berkenaan.

"Berkenaan apa yang bapa saya cakap itu memang betul, bukan fasal isu ini sahaja... saya pun rakyat Malaysia juga, so if orang lain kena (tindakan), saya pun boleh. Tiada sebarang layanan istimewa sebab anak menteri.

"Yang berjasa untuk negara itu dia, saya ni siapa? Tiada sebab saya dapat layanan istimewa pun. Saya cakap secara general bukan isu ini sahaja," ujarnya kepada mStar pada Rabu.


Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 33, berkata demikian bagi mengulas kritikan netizen yang mempersoalkan penglibatannya dalam program hiburan All Together Now Malaysia yang dihentikan tayangan selepas satu episod.

Pada Selasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan pelanggaran SOP.



Dalam pada itu, Dafi turut bersetuju kenyataan pihak Astro bahawa kesemua artis terlibat mematuhi peraturan sepanjang penggambaran dilakukan.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas panjang berikutan perkara itu masih dalam siasatan.

"Benda ini akan disiasat jadi biar mereka jalankan tugas mereka, selebihnya berkaitan program lebih baik tunggu kenyataan pihak Astro," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote woven11 9-6-2021 04:22 PM
Somehow kesian kat dafi. Setiap kali isu bapak dia, orang kaitkan dgn dafi. Walhal dafi ni takde lah controversy and problematic artist pun. Dia pun sendu buat hal sendiri je. Netizen kdg melampau cyberbully….
Quote Skuau 9-6-2021 04:33 PM
woven11 replied at 9-6-2021 04:22 PM
Somehow kesian kat dafi. Setiap kali isu bapak dia, orang kaitkan dgn dafi. Walhal dafi ni takde lah ...

mungkinkah perkara spt ini membuatkan Najua(ank PM)...'hilang dr radar dunia hiburan tanah air'???
Quote ImpianSeroja 9-6-2021 04:38 PM
Benda da jadi dapi..take as a lesson yer dapi
Quote Shayang 9-6-2021 04:55 PM
Dah 33 tahun dah Dafi ni tapi masih baby face
Quote anak_bunian 9-6-2021 05:12 PM
woven11 replied at 9-6-2021 03:22 PM
Somehow kesian kat dafi. Setiap kali isu bapak dia, orang kaitkan dgn dafi. Walhal dafi ni takde lah ...

sedap Dafi tu je anak Ismail Sabri yg involve dalam entertainment industry. hadap la ko kecaman netizen sampai ke akhir hayat.
Quote Rogue98 9-6-2021 05:13 PM
lerrrr....anak sendiri pun tak ikut sop....umur pun dah 30++......
Quote shernazz 9-6-2021 05:44 PM
woven11 replied at 9-6-2021 04:22 PM
Somehow kesian kat dafi. Setiap kali isu bapak dia, orang kaitkan dgn dafi. Walhal dafi ni takde lah ...

Dafi melayan.cara istimewa.kat lelaki.comel cam.kurex...
Quote stania83 9-6-2021 05:52 PM
dafi ni masa Af comelnya..tak boleh bayangkan masa baby mesti comel giler
Quote beatgirlX 9-6-2021 06:57 PM
Ok la..statement dia x buat org lg meluat
Quote rosannazmia 9-6-2021 07:04 PM
Dah tua pon, hmmm patut dia bawak imej abah dia, ingatkan makhluk2 kat asteruk masa shooting prgm tu, ni tgk ang yg kemain senyum lebaq ja.. Apa2lah.. Ang kaya leh byr je kalau salah...
Quote clarizsa 9-6-2021 07:11 PM
Kononnyaaaa
Last2 terlepas bebas cm lopak acaq tu
Quote Acikgomen 9-6-2021 07:17 PM
beatgirlX replied at 9-6-2021 06:57 PM
Ok la..statement dia x buat org lg meluat

Cer bayang kan kalo kaklong jahid jadi dafi
Quote Belibis 9-6-2021 07:22 PM
Kepala muto la takde spesial....anak sarjen pun ada kekebalan...ko jgn ingat orang kg sangat naif la ..
Quote haruslah 9-6-2021 07:38 PM
Rakyat malaysia mmg suka kecam vs kagum
Vvip (kayangan) Langgar SOP/undang2? Kecammmmmmmm berjemaah

Vvip (kayangan) follow sop...makan pakai rangan...makan kat gerai...semayang kat set?
Walaupun kayangan, bagus tau dia ni rendah diri bla bla bla

Quote dudaberhias 9-6-2021 07:47 PM
muka dafi makin ke arah pak nil... so literally iols nak kata dia pondan tua la tu...
Quote Normabaru 9-6-2021 09:20 PM
Ni la cth laki bodo2 alang.. Bkn dafi xblh bkak news.. Tp saja tutup mata.. Acah2 xphm sop. Lps tu ko nk rakyat msia ikut sop.. Wakluuuu la mail. Hehehe
Quote Kupucandy 9-6-2021 10:02 PM
Diamlah dafi, hang ngan bapak hang sama je
Quote Nay77black 9-6-2021 10:10 PM
Dafi ni perwatakan baik gila kot. Bila kena cerca dengan netizen alahai kesian tengok. *tutup mata*
Quote hangdenim 9-6-2021 11:20 PM
Nay77black replied at 9-6-2021 10:10 PM
Dafi ni perwatakan baik gila kot. Bila kena cerca dengan netizen alahai kesian tengok. *tutup mata*


Setuju, berbeza sangat dengan statement & muka meminta macam kaklong bagan datok

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.145633 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top