CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Imigran Malaysia Maut Ditembak Di Amerika Syarikat

9-6-2021 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2592| Komen: 11

Description: ATLANTA, Georgia – Seorang anak perempuan kepada imigran Malaysia, Carmen Cai Yi Lee, ditembak dan terbunuh di sebuah bandar kecil di pinggir kota raya Atlanta, negeri Georgia, Amerika Syarikat, semi ...
ATLANTA, Georgia – Seorang anak perempuan kepada imigran Malaysia, Carmen Cai Yi Lee, ditembak dan terbunuh di sebuah bandar kecil di pinggir kota raya Atlanta, negeri Georgia, Amerika Syarikat, seminggu sebelum menyambut  hari jadinya, lapor portal berita mothership semalam.


Carmen, 25, ditembak semasa memandu pulang daripada menghadiri parti barbeku rakannya.

Foto: Google

Menurut polis Doraville, seorang anggotanya menemui kereta Carmen di tepi jalan sekitar pukul 9.30 malam pada 29 Mei lalu. Apabila anggota polis memeriksa kenderaannya, merek menemui Carmen dalam keadaan tidak sedarkan diri di kerusi pemandu.

Anggota-anggota polis kemudian mula memberikan bantuan kecemasan dan dalam proses tersebut,  mereka mendapati Carmen mengalami luka akibat terkena tembakan.


Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut  akhbar tempatan, The Atlanta Journal- Constitution  (AJC), terdapat sekurang-kurangnya 30  kejadian tembakan pada tahun ini  di jalan-jalan di Atlanta dan daerah sekitarnya.

Seramai 10  orang termasuk Carmen meninggal dunia selepas ditembak ketika memandu kereta.

AJC melaporkan bahawa pasukan penyiasat berkata, banyak kes tersebut berpunca daripada kemarahan ketika di jalan raya, manakala majoriti kes tembakan jalanan itu masih tidak dapat diselesaikan.

Polis merayu kepada sesiapa yang mempunyai maklumat kes tersebut supaya tampil membantu siasatan.

Dalam perkembangan berkaitan, teman lelaki Carmen memberitahu bahawa mangsa takut mendengar berita mengenai jenayah dan keganasan senjata di kota raya Atlanta dan mula membawa penyembur lada.

Saluran berita Atlanta,CBS46 melaporkan bahawa polis memberitahu keluarga Carmen bahawa kematian mangsa  adalah kerana dia berada di lokasi  salah dan pada masa yang salah.

Ibu bapa Carmen berhijrah dari Malaysia ke Amerika Syarikat sebelum dia dilahirkan, kata teman lelakinya kepada AJC.

Mangsa ialah anak sulung dalam tiga adik-beradik. Dia cuba menjadi teladan kepada adik-adiknya dan juga membantu ibu bapa mereka.

“Dia sentiasa membantu orang  lain. Saya terpaksa memberitahu dia supaya berhenti dan menjaga diri sendiri dahulu,” kata lelaki itu. -CARI

Sumber: Kosmo  

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CatMiow 9-6-2021 09:24 AM
Lambatnya rasanya 2 hari lalu dah ada topik ni.
Quote Reira77 9-6-2021 09:59 AM
Asian hate? Or american mmg suka nau tembak orang sesuka hati???
Quote Boomibulat 9-6-2021 10:03 AM
Takziah..2,3 hr lps ada sorang dh kena tembak jugak..kebetulan muka sama..ehh nama pun sama..
Quote umbut 9-6-2021 12:19 PM
American dream become nightmare
Quote fly_in_d_sky 9-6-2021 12:39 PM
before this 1 keluarga muslim kena langgar dengan truck pikap kat canada
purposely langgar
Quote rikiruj 9-6-2021 12:46 PM
Geng NRA & 2nd ammendment kan suka ratib gun don't kill people, people kill people... atau good guys need gun to fight with bad guys with gun.. sudahnya semua ada.. bole lah bunuh sesama sendiri
Quote Itzy 9-6-2021 01:00 PM
fly_in_d_sky: before this 1 keluarga muslim kena langgar dengan truck pikap kat canadapurposely langgar


ni yg diaorang dok kempen hentikan kebencian/anti asian tu. Banyak kat sana sasarkan org asia sebab org putih ni nak white supremacy diaorang terjaga. Jeles tengok bangsa lain berjaya dan kaya dr mereka.Tengok kat youtube camne polis2 diaorang tahan org kulit hitam yg innocent. Kalau org putih buat salah dipejam mata sebelah je.
Quote missycutie 9-6-2021 02:45 PM
takziah...
Quote zjen 9-6-2021 05:29 PM
senang citer  ....    toksa  gi Amerika makan angin
Quote Artemesiaa 9-6-2021 05:38 PM
Sentimen anti asian makin kuat ramai yang dah balik kenegara asal sebab tak tahan
Quote MontanaHannah 9-6-2021 05:39 PM
ada sebab omputih buat begitu.


tahniah.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.062692 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top