CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bahayakan Nyawa Anak, 'Phua Chu Kang' Diharamkan Memandu 3 Bulan

9-6-2021 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3733| Komen: 24

Description: SINGAPURA: Pelakon sitkom Phua Chu Kang, Gurmit Singh, didakwa kerana memandu kereta pada kelajuan 131 kilometer sejam bersama anak lelakinya di laluan dengan had kelajuan 70 kilometer sejam.
SINGAPURA: Pelakon sitkom Phua Chu Kang, Gurmit Singh, didakwa kerana memandu kereta pada kelajuan 131 kilometer sejam bersama anak lelakinya di laluan dengan had kelajuan 70 kilometer sejam.


Berita Harian Singapura yang memetik laporan The Straits Times berkata, selebriti berusia 56 tahun itu didenda SG$800 (RM2,490) dan diharamkan daripada memandu selama tiga bulan.

Singh, yang nama sebenarnya, Gurmit Singh Virk Chainchal Singh, mengaku bersalah atas satu tuduhan di bawah Akta Trafik Jalan Raya.

Sebelum ini, dia tidak pernah berdepan sebarang kesalahan jalan raya.

Foto: Todayonline.com

Mahkamah diberitahu, sekitar 9.30 pagi pada 12 April lalu, Singh telah memecut laju keretanya ketika berada di Woodlands Avenue 12 menuju ke Seletar Expressway.


Kereta yang dipandu dipercayai adalah jenis kereta mewah Audi A8 L yang baru sahaja dikeluarkan di pasaran.

Singh memberitahu mahkamah, dia mengesan bunyi pada kereta itu dan mahu anaknya mendengar bunyi itu.

Dia juga dikatakan tidak mengetahui bagaimana pemanduannya boleh mencecah kelajuan 131 kilometer sejam dan mendakwa ia hanya peristiwa yang berlaku sekali saja.

Singh ditegur Hakim Daerah, Salina Ishak yang memberitahunya dia membahayakan nyawa anaknya itu.

Singh kemudian menjawab teguran berkenaan dan menyesali tindakannya.

Bagi kesalahan memandu laju, Singh boleh dipenjara hingga tiga bulan atau denda hingga SG$1,000 (RM3,113).

Selepas meninggalkan mahkamah, Singh membuat hantaran video di Instagram, berjanji untuk menjadi pemandu lebih baik.

"Saya mohon maaf, dan berharap dapat menjadi individu lebih baik," katanya.

Ramai pengguna memberikan komen sokongan kepadanya.

Pelakon itu yang memainkan watak Phua Chu Kang baru-baru ini muncul dalam kempen menggalakkan warga Singapura mendapatkan vaksin COVID-19 secepat mungkin. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 9-6-2021 10:03 AM
Singh telah memecut laju keretanya ketika berada di Woodlands Avenue 12 menuju ke Seletar Expressway.

Ini kira pecut awal masa nak masuk highway ka? Hot spot utk polis tunggu. Satu lagi tempat yg senang kena bila speed limit tiba2 turun sbb masuk kampung. Be careful la.
Quote nuralisa 9-6-2021 10:06 AM
Hahaha audi pecut 130km/j mmgla x rasa apa..
Dia masuk je malaysia .. 180 dia tekan ..
Quote salimrock 9-6-2021 10:12 AM
obedient nya orang2 singapura, bila kena tegur olehhakim, tgk la denda pn berpatutan la dgn status pesalah,


cth kalo pemilik audi a8 langgar peraturan kat m;sia kena denda max rm 300 diskaun 150 , tp kat resit tulis rm 100 , ko igt  pemandu audi tu tak buat lagi ke? apa ada hal kena rm 150 sahaja... tiada masalah...

ni kena rm 1000 + tak boleh memandu 3 bulan,


baru la orang takut sikit,



itu la penting nya anti kawtim agency
Quote kluangman 9-6-2021 10:31 AM
130km/j gelak je myvi
Quote prettyuglybabe 9-6-2021 10:33 AM
kesian orang singapore gian nak membesit nak test kete mahal dorang..
setahun lebih dah tapak kaki gatal kan..
border buka nanti, pdrm boleh buat speed trap sepanjang hway jb - kul..
masyuk kutip saman
Quote opie5662 9-6-2021 10:40 AM
salimrock: obedient nya orang2 singapura, bila kena tegur olehhakim, tgk la denda pn berpatutan la dgn status pesalah, cth kalo pemilik audi a8 langgar peraturan ...


Bagus diorg ni mengaku bile buat salah... Bkn mcm jah lopak... Dah terang2 buat salah, smpai mahkamah ttp menyombong mengaku x bersalah...
Quote stingerforever 9-6-2021 10:41 AM
Si hamjad ini aku dengar in real life memang sombong bak kata rospinki..sempudal..muka memang nak mintak kena penampor....

Quote Thunderclouds 9-6-2021 10:51 AM
Kan senang. Mngaku salah. Mintak maaf. Terima hukuman. Simple & direct to the point.
Quote untoldname 9-6-2021 11:24 AM
Sian orang2 sg... pakai kereta mewah tapi kene bawak below 100km/j... baik pakai kancil je... pusing 1 sg tu pon tak sampai sejam... pastu masuk my macam orang gila bawak kereta...kalau kat fast lane tu asyik nak high beam orang lain je...kekonon kereta dierlah yang paling terpaling laju
Quote stingerforever 9-6-2021 11:27 AM
untoldname replied at 9-6-2021 11:24 AM
Sian orang2 sg... pakai kereta mewah tapi kene bawak below 100km/j... baik pakai kancil je... pusing ...

khenz..... aku memang tak bagi chance penyangak2 dari sana kalau terlanggar sportrim dgn theyols dihighway memang aku pecut tinggalkan theyols macam sayur...dapat sedut exhaust my glc250 aja..

sekian....
Quote tikusmontok 9-6-2021 11:28 AM
Thunderclouds replied at 9-6-2021 10:51 AM
Kan senang. Mngaku salah. Mintak maaf. Terima hukuman. Simple & direct to the point.

Benggali kat spore dah membesit terus ngaku,  Paki kat msia dah terang2 melangkawi menilai pun lg belit2 lidah..
Quote kasibiman 9-6-2021 11:33 AM
Wah drive so fast-fast one ah ?

Quote Thunderclouds 9-6-2021 11:40 AM
tikusmontok replied at 9-6-2021 11:28 AM
Benggali kat spore dah membesit terus ngaku,  Paki kat msia dah terang2 melangkawi menilai pun lg  ...

Pros & cons kot. Sana mebi undang2 trafik dh jelas & nyata, better mngaku & terima hukuman dr berabis upah lawyer. Cheaper solution. Cni ordinan darurat sendri ada loopholes & senang d manipulate. Baik fight, sbb dia berrrrduit. So nnt bila hakim ckp xbersalah boleh kluaq court ngn penuh gaya. Even found guilty sekalipn,dia dh siap2 ngn skrip mintak maaf. Either way kesah dia org akn petik tiap2 hari. Itu yg die nak sebnanye kn??hehehehe
Quote jazaa100 9-6-2021 11:54 AM
prettyuglybabe replied at 9-6-2021 10:33 AM
kesian orang singapore gian nak membesit nak test kete mahal dorang..
setahun lebih dah tapak kaki  ...

Tu sbb johorean meluat dgn sporean ni...
Quote Supersirap 9-6-2021 11:55 AM
Kereta mahal, kalau pecut macam mana pun x perasan , alih-alih kenapa macam laju sangat ni
Quote umbut 9-6-2021 12:14 PM
Elehhhhh... Ko masuk johor je pecut mcm hanatttt. Kat negara sendiri x leh speed.
Quote underground 9-6-2021 12:19 PM
nak pecut guane. speed trap bersepah.

aku drive kat singapore je berani pecut, spornian pengecut.

lepas je border, kemain spornian pecut kat PLUS renggangkan lutut.
Quote stingerforever 9-6-2021 12:39 PM
Supersirap replied at 9-6-2021 11:55 AM
Kereta mahal, kalau pecut macam mana pun x perasan , alih-alih kenapa macam laju sangat ni

With glc250 you are able to set warning alarm at speed intervals desired and set by you.....
Quote stingerforever 9-6-2021 12:44 PM
underground replied at 9-6-2021 12:19 PM
nak pecut guane. speed trap bersepah.

aku drive kat singapore je berani pecut, spornian pengecut. ...

Aku sebenarnya tak ambik pot kalau penyangak2 itew speed on our highways..provided our enforcement jlnkan tugas dgn amanah....kau bayangkan kalau satu keta boleh kutip RM300 for speeding...to sporeans its just SIN100...tahi gigi aja...how much can we really collect to go into our nation's coffers in a day? But the problem is duit saman tak diambil....duit kopi yg masuk kocek...iteww yg aku angrybird kan...

Paham khen?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.069495 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top