CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penat Tapi Seronok, Sari Yanti Selesa Urus 5 Anak Tanpa Maid

9-6-2021 01:41 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 23374| Komen: 160|Original author: Oleh: natrahn

Description: Mempunyai anak ramai bunyinya memang menyeronokkan. Menjawab soalan-soalan yang ditanya peminatnya di instastory, Sari Yanti berkongsi pengalaman berpantang anak kelimanya dengan dua anak yang masih k ...



Mempunyai anak ramai bunyinya memang menyeronokkan. Menjawab soalan-soalan yang ditanya peminatnya di instastory, Sari Yanti berkongsi pengalaman berpantang anak kelimanya dengan dua anak yang masih kecil.



Sari yang juga isteri kepada penyampai radio, Jep Sepahtu, mengakui ianya bukan mudah jika mental dan fizikal tak kuat. Sementelah semua urusan anak dan rumah tangga dilakukan sendiri tanpa pembantu rumah atau pengasuh.



Sari turut mengakui agak terkial-kial untuk menguruskan rumah tangga dan membahagikan masa ketika waktu berpantang, apatah lagi masing-masing masih belum faham dengan apa yang berlaku. 

Namun kini, semuanya sudah semakin mudah dan masing-masing dalam fasa menyesuaikan diri.


Kredit foto: Instagram Sari Yanti

"Dalam pantang sekarang ni pun saya tetap masak macam biasa untuk keluarga. Begitu juga bab mengemas rumah memang buat sendiri ketika tengah sarat mengandung hari tu. 

"Walaupun buat ikut kemampuan itu lagi puas hati.

"Sari tak berani nak panggil walaupun masa tu rasa tak larat sangat tapi cuba gagahkan juga buat apa yang boleh sambil dibantu oleh Jep," kongsinya.

Mengimbas kembali saat tahu dirinya hamil anak kelima, Sari menyatakan beliau agak terkejut kerana anak keempatnya, Khidir baru sahaja berusia 2 bulan. 


Kredit foto: Instagram Sari Yanti

Dalam pada itu, Sari Yanti turut berharap para wanita di luar sana yang masih belum dikurniakan zuriat supaya jangan mudah putus asa untuk berusaha selain yakin dengan perancangan Allah SWT.


Kredit foto: Instagram Sari Yanti

Sebagai info, Sari yang berkahwin dengan Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017 juga dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, Muhammad Khidir yang baru genap setahun selain bayi lelaki yang masih dalam pantang.



Melalui perkahwinan terdahulu, Sari turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 11, dan Baasit Al Haq, 10. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 9-6-2021 01:46 PM
Dah 5 anak dia.. muka anak ngan jep mengikut betul muka jep
Quote manehnya 9-6-2021 02:02 PM
Susah ja, dah mampoo ambik ja la maid, penat wei anak 5 plak tu...
Quote mawardia 9-6-2021 02:06 PM
Yew kewwww ;p
Quote azimodin 9-6-2021 02:25 PM
Rasanya jep jenis hands on jugak kat rumah. Rajin melayan anak2. Yg penting couple ni xde la buat benda2 pelik nak viral
Quote lifeline 9-6-2021 02:31 PM
Eh sbb apa fallopian tube tinggal satu je?
Dia penah ada problem ke sblom ni?

Apa2 pon rezeki alhamdulilah suka aku tgk org ank ramai ni..
Baby baru diorang nama apa eh?

Quote helicornia 9-6-2021 02:45 PM
manehnya: Susah ja, dah mampoo ambik ja la maid, penat wei anak 5 plak tu...

klu i, bab kemas rumah tu i upah je orang buat klu mmg i berduit. nak susahkan diri buat apa.pastu stres dgn nak jaga anak lagi. baik masa yg ada tumpu pd pendidikan anak dll, tambah dgn pdpr. bole jugak bagi sumber pendapatan kt org lain
Quote helicornia 9-6-2021 02:47 PM
lifeline: Eh sbb apa fallopian tube tinggal satu je?Dia penah ada problem ke sblom ni?Apa2 pon rezeki alhamdulilah suka aku tgk org ank ramai ni.. Baby baru dio ...

mcm my fren dia buang sebelah sbb ada cyst. cyst tu sampai dh rosakkan sebelah tiub dia.sampai skrg tkde anak.rezeki la sari ni dpt anak
Quote Shayang 9-6-2021 02:49 PM
Siannya sebab tu ke dah tak berlakon sbb kena jaga anak, masak, kemas umah,ngandung dan ngandung lagi.
Quote limau_lemon 9-6-2021 02:56 PM
lifeline replied at 9-6-2021 02:31 PM
Eh sbb apa fallopian tube tinggal satu je?
Dia penah ada problem ke sblom ni?


Sbb first pregnancy dia lepas kawen dgn jep ectopic pregnancy. Lepas tu baru dapat dariya
Quote TulenBang 9-6-2021 03:00 PM
Sembang ah
Quote oggy 9-6-2021 03:04 PM
Shayang replied at 9-6-2021 02:49 PM
Siannya sebab tu ke dah tak berlakon sbb kena jaga anak, masak, kemas umah,ngandung dan ngandung lag ...

Kenapa nak kesian, itu kan pilihan dia.. dia pun kata dia seronok.. ada sesetengah org memang tak boleh orang buat kerja tak mencapai piawaian dia, dia rasa lebih baik dia buat sendiri. Maybe Sari macam tu ke.. as long dia tak meratib stessss sana stresss sini sudah lah. Ada tak dia bising2 kat ig dia, sorry i tak follow dia so taktau.
Quote irvene 9-6-2021 03:06 PM
aik bukan hari tu nampak ada pengasuh masa celeb besday ank no 4 dia tu? ke amik per hour je? ke tu bukan pengasuh?
Quote enot_sibudak 9-6-2021 03:10 PM
irvene replied at 9-6-2021 03:06 PM
aik bukan hari tu nampak ada pengasuh masa celeb besday ank no 4 dia tu? ke amik per hour je? ke tu  ...

iols ada bca di fb.. komen gini la.. diaorg ckp ada ja maid.. pernh nmpk kelibat masa dia buat live atau letak pic kt insta mcm tu la
Quote unguseruni 9-6-2021 03:14 PM
Alhamdulillah.. bestnya anak ramai
Quote ImpianSeroja 9-6-2021 03:25 PM
Iolls suka sari yanti..cantik benau dimata iolls
Quote minahlondon 9-6-2021 03:28 PM
irvene replied at 9-6-2021 03:06 PM
aik bukan hari tu nampak ada pengasuh masa celeb besday ank no 4 dia tu? ke amik per hour je? ke tu  ...

Dia bgtau tu bkn maid..tu confinement lady jg dia n baby
Quote nur_dania 9-6-2021 03:30 PM
irvene replied at 9-6-2021 03:06 PM
aik bukan hari tu nampak ada pengasuh masa celeb besday ank no 4 dia tu? ke amik per hour je? ke tu  ...

Tp sari dah jwb... Sheols kate itu bukan maid.. Tp CL dari natalis mothercare jaga dia berpantang..  

Stakat yg i tgk ig sheols, mmg sari tak pakai maid lagi... Lagi pon jep membantu kot..
Quote cikpuanviolet 9-6-2021 03:38 PM
oggy replied at 9-6-2021 03:04 PM
Kenapa nak kesian, itu kan pilihan dia.. dia pun kata dia seronok.. ada sesetengah org memang tak  ...

Betul tu, memang ada orang jenis macam ni. Macan mil i, jangan siapa2 berani nak susun2 pinggan mangkuk dalam cabinet dia ya. Kalau tolong masak potong sayur tu okay lagi(tu pun ada cara khas untuk potongan), tapi kalau bab kemas mengemas, jangan sentuh. Cerewet or pengemas i taktau lah
Quote irvene 9-6-2021 03:44 PM
enot_sibudak replied at 9-6-2021 03:10 PM
iols ada bca di fb.. komen gini la.. diaorg ckp ada ja maid.. pernh nmpk kelibat masa dia buat liv ...

dh ada warga forum jwb sis td. tu CL je time dia berpantang.

Lihat semua komen(160)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.060998 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top