CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kantoi Rekrut Teman Wanita Untuk 'Jaga Line'

3-6-2021 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2036| Komen: 2

Description: Taktik Aqil yang merekrut teman wanitanya untuk 'jaga line' bagi melakukan kegiatan jenayah pecah kedai dan sekolah terbongkar selepas diberkas di Lorong Bakawali Batu 18, Kuang di sini Sabtu lalu.
Taktik Aqil yang merekrut teman wanitanya untuk 'jaga line' bagi melakukan kegiatan jenayah pecah kedai dan sekolah terbongkar selepas diberkas di Lorong Bakawali Batu 18, Kuang di sini Sabtu lalu.


Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, operasi sepasukan pegawai dan anggota Bahagaian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh itu berjaya menahan enam individu berusia 18 hingga 20 tahun termasuk dua wanita.



Menurutnya, kesemua suspek ditahan dalam sebuah kereta jenis Proton Wira dipercayai selepas beberapa jam melakukan jenayah pecah masuk bengkel.

"Pemeriksaan di dalam kereta itu menemui pelbagai hasil curi seperti alat ganti dan aksesori motosikal, minyak hitam selain pemutar skru dan spanar.

"Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM20,000," katanya dalam sidang akhbar di IPD Sungai Buloh pada Khamis.


Beliau berkata, soal siasat mendapati Geng Aqil yang aktif sejak Januari lalu terlibat dalam dua kes pecah kedai di Sungai Pelong dan tiga kes pecah sekolah di Sungai Buloh.

Tambahnya, dengan menjadikan suspek wanita sebagai tukang 'jaga line', geng ini mensasarkan bengkel sekolah, bengkel kereta dan sekolah sebelum hasil jenayah itu dijual kepada kenalan rapat selain kegunaan sendiri.



"Semakan mendapati, tiga suspek lelaki mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah. Kesemua suspek masih dalam tahanan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Justeru, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes berkaitan jenayah agar salurkan kepada polis dalam membantu membanteras jenayah khususnya di daerah Sungai Buloh," katanya.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 3-6-2021 04:36 PM
Acik shafaaton tak naik pangkat lagi?
Quote MinyakAngin 3-6-2021 04:37 PM
"Rekrut" eh

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.134217 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top