CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jijik! Kedai Tukar Ayam Goreng Dengan Tuala Celup Tepung

3-6-2021 05:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4620| Komen: 25

Description: Seorang wanita di Filipina mendakwa menu ayam goreng dipesan dari sebuah restoran makanan segera sebenarnya tuala yang disalut tepung dan digoreng rangup, lapor portal Newsweek.
Seorang wanita di Filipina mendakwa menu ayam goreng dipesan dari sebuah restoran makanan segera sebenarnya tuala yang disalut tepung dan digoreng rangup, lapor portal Newsweek.

Alique Perez memuat naik berhubung insiden itu dalam media sosialnya berkata, dia memesan ayam goreng itu dari restoran makanan segera Jollibee di Taguig melalui perkhidmatan penghantaran makanan Grab untuk anaknya.




Apabila dia merobek lapisan tepung goreng yang menyaluti permukaan makanan itu, dia sangat terkejut kerana mendapati ia bukanlah isi ayam sebaliknya sehelai tuala pengelap berwarna biru. 

“Perbuatan ini sangat menjijikkan. Bagaimana anda boleh memasukkan tuala pengelap dalam adunan tepung dan menggorengnya seperti ayam,” tulis Perez di Facebook bersama gambar dan video.

“Sebelum ini, saya merasakan semua kejadian kotor yang dilihat di media sosial adalah lakonan semata-mata, namun sekarang saya sedar ia sememangnya boleh berlaku,” katanya.


Tambah Perez, dia tidak dapat membayangkan minyak tuala goreng itu digunakan berulang kali untuk pesanan pelanggan lain dan mungkin mencemari hidangan mereka.

Bagaimanapun, Perez tidak memberikan sebarang perkembangan mengenai tindakannya selepas menerima pesanan itu atau sama ada pihak Jollibee telah membuat sebarang permohonan maaf dan membayar ganti rugi kepadanya.


Sumber: Kosmo!

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 3-6-2021 05:13 PM
Euwww nak cepat sangat buat kerja sampai tak perasan mana ayam mana kain lap ke
Quote imransulaiman 3-6-2021 05:17 PM
Agaknya pekerja tu ingat itu adalah isi ayam atau kulit ayam...!

Rakyat Pilipin pemaaf macam rakyat Malaysia tak?
Quote Cece1234 3-6-2021 05:17 PM
Eee teruknya..
Quote hareeeesah 3-6-2021 05:31 PM
Sambil bercakap tangan bergerak buat kerja mata melilau mungkin, tu yang termasuk tak perasan
Quote any42 3-6-2021 05:40 PM
mcm mna bleh tmsuk dlm bncuhan tepung tu. gelinya. mcm kulit aym pulak tu. Lps mkn boleh trus lap meja.
Quote CiliPadiSedap 3-6-2021 05:49 PM
kt filipina pistol tu free even bibik maid filipina pun ada ak47 kalashkinov friskanov
Quote Drmu 3-6-2021 05:51 PM
Ada youtuber Indo buat reaction...mmg ada makanan Dari sampah. dia kutip dari tmpat buang sampah, masak balik pastu jual. Murah. Org susahla yg beli. Jual tepi2 jalan..blh nmpak ulat sampah bergerak lagi masa masak tu. Iol Rasa kat filipina jgak klau iol tk silap
Quote farrana 3-6-2021 06:10 PM
Eee gelinya
Quote dua_chzy 3-6-2021 06:11 PM
Tipu la sebijik biru camtu. Ntah2 kau saja pi goreng towel nak clout.
Quote dua_chzy 3-6-2021 06:15 PM
Drmu replied at 3-6-2021 05:51 PM
Ada youtuber Indo buat reaction...mmg ada makanan Dari sampah. dia kutip dari tmpat buang sampah, ma ...

Ni Jollibee dei. Macam KFC gak. Akak yaqin ini sabotaj. Macam cerita acik hasanah fitnah ayam McD berulat di tanahair tidak lama dulu.

https://interaksyon.philstar.com ... ied-towel-incident/
Quote user.name 3-6-2021 07:55 PM
Quote user.name 3-6-2021 07:56 PM
Quote merrissa 3-6-2021 07:59 PM
Euuuww jijiknya

Ak dh dua kali dpt kain buruk cashier, itupon rs dh jijik .... ini makanan kot
Quote user.name 3-6-2021 07:59 PM
Quote user.name 3-6-2021 08:05 PM
[youtube]0f0vEdlwfM8[/youtube]
Quote SayaSayangMama 3-6-2021 09:59 PM
Aah pandir nya hahahaaha
Quote Missrarara 3-6-2021 11:59 PM
Biar btuiii
Quote Thunderclouds 4-6-2021 01:11 AM
Jollibee lg besaq dr kfc kt pilipin nuhh. Depa support local brand. Ka jollibee staff silap xperasan towel tu jatuh masuk then gaul3... gorengg..
Quote reddots 4-6-2021 06:09 AM
Jolibee... Fav pita sandwich, spicy chicken, crispy burger ,chili chicken & spegetti set C1 + gravy...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.075406 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top