CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Senaman 'Gantung Diri' Makin Jadi Kegilaan Warga Emas

3-6-2021 03:52 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4486| Komen: 18|Original author: Oleh: LilRose

Description: Alamak, seriau melihat trend baru senaman 'gantung diri' yang semakin popular di China.
Alamak, seriau melihat trend baru senaman 'gantung diri' yang semakin popular di China.

Menurut laporan Oddity Central, menggantung leher pada tali kelihatan berbahaya dan berisiko membawa maut.



Kredit foto: Oddity Central

Namun, warga emas berpendapat sebaliknya apabila mendakwa senaman itu menyembuhkan sakit belakang mereka.

Malah, senaman itu menjadi kegilaan di kalangan warga emas terutama di wilayah Liaoning sejak beberapa tahun lalu.



Kredit foto: Reuters


Senaman itu memerlukan individu menggantung leher pada abah-abah bertali yang digantung di pokok dan boleh memilih sama ada untuk membiarkan saja tubuh tergantung atau menghayunkannya ke depan dan belakang serta membuat bentuk bulatan.

"Rutin ini menyembuhkan sakit tulang belakang dan saya tidak lagi bergantung pada ubat-ubatan. Malah, saya boleh tidur sambil melakukannya kerana ia sangat selesa," kata wanita warga emas yang mengamalkan senaman itu sekurang-kurangnya 30 minit sehari.



Difahamkan, senaman luar biasa itu diperkenalkan Sun Rongchun asal dari Shenyang untuk mengurangkan sakit lehernya pada 2017.

Bagaimanapun, pakar memberi amaran bahawa kaedah itu tidak terbukti selamat dan boleh menyebabkan kecederaan serius pada tulang belakang, malah berisiko mengakibatkan lumpuh.



Kredit foto: Reuters

Leher seseorang hanya boleh mengangkat beban seberat 25 kilogram, jadi membiarkannya menahan beban beberapa kali ganda untuk jangka masa lama sambil menggerakkan tubuh badan bukanlah satu senaman yang selamat. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 3-6-2021 03:54 PM
Neck kungfu.
Quote Cece1234 3-6-2021 04:11 PM
Seram plak tgk..
Quote monreyes 3-6-2021 04:23 PM
tercabut paler adan uker...
Quote MinyakAngin 3-6-2021 04:35 PM
Pgi chiro & pakar saraf dia tarik je kepala sekali rap. Memang lega. Ni dok tergantung mcm tu tengok2 5menit kemudian dah arwah.
Quote Artemesiaa 3-6-2021 05:22 PM
Nampak bahaya lebih dari beri kesan bagus
Quote bluebutter 3-6-2021 05:31 PM
MinyakAngin: Pgi chiro & pakar saraf dia tarik je kepala sekali rap. Memang lega. Ni dok tergantung mcm tu tengok2 5menit kemudian dah arwah.

Kiropractic tu mahal kan. rm300 lebih.
Quote any42 3-6-2021 05:46 PM
nmpak mcm bahaya klau xbhati2 takut jd kmlngan yg xdiingini pula
Quote alesandra 3-6-2021 05:49 PM
kelihatan azab je senaman ni
Quote user.name 3-6-2021 08:08 PM
senaman apoo takat bergayut2 gitu jah? macam tu baby dalam buaian lagi banyak lah buat senaman segala sebab spring tu duk berenjut atas bawah gituh?
Quote Ahgerbitch 3-6-2021 10:52 PM
Chiropractic ni ala2 mcn massage kat koh lipe...habis kepala, belakang segala2 dia crack kan hahah..i dgr fee chiropractic ni mau2 rm450 per session...btul ke?
Quote lambretta67118 4-6-2021 04:51 AM
Ngeri pulak nengok haa.. dah la makin tua makin rapuh tulang. Sendi2 pon lenguh2 bgai. Ntah sapa la yg bebal sgt invent senaman bongok ni
Quote Lavender85 4-6-2021 09:56 AM
Tisu2 muka yg dh kendur jatuh boleh lift x cara ni. Hhee.. mcm menarik.
Quote highcastle 4-6-2021 10:38 AM
Patah tengkuk tu nanti.. Sia2 jer............
Quote Simunggu 4-6-2021 12:33 PM
bodoh & karut
Quote jiwasemangat 4-6-2021 01:28 PM
Macam best.. masih belum ada bad report..
Quote noor2 4-6-2021 01:48 PM
Rela akak jogging hari2....
Quote Qumpy 20-6-2021 04:56 PM
Wow boleh cuba
Quote xpdckelate 20-6-2021 04:58 PM
xtreme betul senaman

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.068649 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top