CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikam Bini Tua Rebut Hak Penjagaan Anak

3-6-2021 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2087| Komen: 7

Description: Seorang lelaki didakwa menikam isteri pertamanya di sebuah rumah di Lowokwaru, Malang, Jawa Timur semalam kira-kira pukul 3 peatng waktu tempatan.
Seorang lelaki didakwa menikam isteri pertamanya di sebuah rumah di Lowokwaru, Malang, Jawa Timur semalam kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan.

Menurut sumber, insiden itu dipercayai berlaku selepas suspek yang berusia 40 tahun dan isterinya pertamanya berebut hak penjagaan anak mereka.


Seorang penduduk di kawasan tersebut, Rian Dwi Novitasari memaklumkan, lokasi kejadian merupakan rumah milik isteri kedua suspek yang dikahwininya secara rahsia dan belum didaftarkan dengan jabatan perkahwinan Indonesia.



“Ketika kejadian, isteri pertama suspek datang ke rumah tersebut dengan menaiki motor sebelum pertengkaran bermula, kebetulan anak lelaki mereka berusia empat tahun ada di lokasi kejadian.

“Mangsa dan suspek bertengkar sehingga suspek mengambil pisau di dapur dan menikam isteri pertamanya,” katanya kepada Kompas.com.

Jelas Dwi, dia dan jiran tetangga mengetahui mengenai kejadian itu selepas isteri kedua suspek meminta tolong untuk membawa madunya ke hospital akibat cedera ditikam.


Seorang lagi penduduk yang dikenali sebagai Arwan Widianto berkata, mangsa ditikam pada bahagian dada.

Selepas kejadian itu, suspek cuba melarikan diri namun ditangkap penduduk setempat dan diserahkan kepada polis.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cece1234 3-6-2021 03:11 PM
Ganasnya lah..
Quote kualibesi 3-6-2021 03:23 PM
gilo gilo... apaaa laa yg mrh sgt smpi sanggup menikamm tu
Quote ciklahcuteII 3-6-2021 04:01 PM
sebbaek x mati.. suami mcmni patut kena penjara dan kena balun dlm penjara.. biar tau diri..
Quote ciklahcuteII 3-6-2021 04:02 PM
sebbaek x mati.. suami mcmni patut kena penjara dan kena balun dlm penjara.. biar tau diri..
Quote ciklahcuteII 3-6-2021 04:02 PM
sebbaek x mati.. suami mcmni patut kena penjara dan kena balun dlm penjara.. biar tau diri..
Quote imransulaiman 3-6-2021 05:19 PM
Mungkinkah isteri pertama akan menjadi kawan baik dengan isteri kedua sebab madunya itu membantu dia ke hospital?
Quote Janjimanismu123 7-6-2021 07:06 AM
Apsal la jadi cmtu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.211490 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top