CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Operasi besar-besaran pastikan pendatang tanpa izin divaksinasi - Hamzah

4-6-2021 12:41 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4232| Komen: 43

Description: SEMENYIH: Tindakan melaksanakan operasi besar-besaran menahan pendatang tanpa izin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bertujuan memastikan golongan berkenaan mempunyai dokumen sah bagi tu ...


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin bercakap pada sidang media selepas melawat Depot Imigresen Sementara Millennium pada Khamis. - BERNAMA




SEMENYIH: Tindakan melaksanakan operasi besar-besaran menahan pendatang tanpa izin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bertujuan memastikan golongan berkenaan mempunyai dokumen sah bagi tujuan vaksinasi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, tujuan itu dibuat berikutan kerajaan tidak boleh memberikan vaksin kepada sesiapa yang tidak mempunyai sebarang identiti dan dokumen, dan pelaksanaan itu bertujuan mendapatkan imuniti kelompok bagi melindungi rakyat.


"Sebelum ini, ada pihak mempertikaikan tujuan tersebut, bahawa mereka yang tidak mempunyai dokumen tidak patut ditahan, namun perlu dinyatakan di sini jika mereka yang ditahan tidak mempunyai dokumen, bagaimana nak melibatkan mereka dalam program vaksinasi?

"Kerajaan tidak boleh memberi vaksin kepada golongan ini, kerana setiap pendaftaran program vaksinasi memerlukan bukti dokumen dan identiti yang sah," katanya dalam sidang media selepas melawat ke depot imigresen sementara di Kem Program Latihan Khidmat Negara Eco Millenium, Beranang, dekat sini, hari ini.

Hamzah mengulas mengenai dakwaan dikeluarkan beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang, berhubung kedudukan pendatang tanpa izin dalam mendapatkan suntikan vaksin.

"Jika mereka tidak ditahan, adakah mereka akan keluar untuk mendapatkan vaksin? Di sebabkan itu mereka ditahan, dan kami akan siasat sama ada mereka mempunyai majikan atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, langkah seterusnya akan dilaksana dengan bekerjasama dengan majikan terbabit, untuk meminta mereka pergi ke kedutaan setiap pendatang tanpa izin itu, bagi mendapatkan dokumen sah sebelum golongan itu boleh menerima vaksin.

Hamzah turut mempelawa Ahli Parlimen serta ADUN yang menggesa bagi ketetapan itu, supaya membantu menaja pendatang tanpa izin yang ditahan tanpa dokumen serta majikan, bagi memudahkan urusan mendapatkan dokumen sah mereka.

Dalam pada itu Hamzah berkata, seramai 78,530 daripada 97,891 pendatang tanpa izin telah dihantar pulang ke negara masing-masing, menerusi Program Rekalibrasi bagi tempoh 21 Dis 2020 hingga 1 Jun lalu.

Beliau berkata kira-kira 108,000 warga asing yang berdaftar, dalam proses untuk memohon mendapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara.

Hamzah berkata berdasarkan jumlah keseluruhan berkenaan, kira-kira 200,000 warga asing di negara ini berjaya dikenal pasti menerusi program itu, yang dijalankan pihak Jabatan Imigresen dan seramai 5,009 majikan berdaftar dalam program berkenaan, mahu mengambil warga asing berdaftar bekerja dengan mereka," katanya.

"Perbincangan bersama pihak kedutaan Myanmar, China, Indonesia dan lain-lain mengenai perkara ini dilakukan, dan kami mahu pastikan mereka yang berada di sini mempunyai dokumen, bagi proses penghantaran balik mahupun urusan lain," katanya.



Sumber - BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 4-6-2021 12:53 AM
Never learned from the previous mistake. Gomen PN-UMNO memang bebal sengaja tempah gagal total. Dah tentu lah Pati cabut lari elakkan vaksin & jaja kuman tu merata rata. Bodo gampang tul
Quote anakjiran 4-6-2021 01:02 AM
pyropura replied at 4-6-2021 12:53 AM
Never learned from the previous mistake. Gomen PN-UMNO memang bebal sengaja tempah gagal total. Dah  ...


rakyat yang daftar pun dok que nak vaksin stok tak cukup lagi nak bagi PATI

Quote matchstick 4-6-2021 01:16 AM
Aku yg bayar cukai ni bila nk dpt vaksin giler oiii..ko sibuk duk kutip pati nk bagi vaksin
Quote MontanaHannah 4-6-2021 03:03 AM
Hamzah ni  jahat.

Silap besar siapa percaya pada  dia.

Dia langsung tidak  melindungi negara ,,,org mcm ni yg cukup khianat pada kedaulatan negara ,pelik boleh jadi  menteri pegang profile penting  keselamatan negara !!!!!!!!!


sebut pendatang haram. Itu sebutan sebenarnya. Sebutan asal.

PATI ni apa?????????nak berlembut lagi org dah ceroboh negara ,org ceroboh maruha ko ko senyum ,berlembut lagi???????


Hanya ALLAH boleh selamatkan Malaysia.
Quote lambretta67118 4-6-2021 04:43 AM
Kera di hutan disusukan.. anak di rumah mati kebuluran. Lupa dah wording yg btoi utk pepatah ni
Quote stingerbaik 4-6-2021 05:13 AM
lambretta67118 replied at 4-6-2021 04:43 AM
Kera di hutan disusukan.. anak di rumah mati kebuluran. Lupa dah wording yg btoi utk pepatah ni

Kera dah diberi peluang masuk rumah....pagar diluar rumah tak dikunci betul....nak sebut kera dihutan apanya lagi?

Meluat pulak aku dengar....kera dihutan kehulu kehilir...
Quote stingerbaik 4-6-2021 05:17 AM
MontanaHannah replied at 4-6-2021 03:03 AM
Hamzah ni  jahat.

Silap besar siapa percaya pada  dia.

Dah borders jaga tak betul...dah penguatkuasa yg diberi amanah pelahap rasuah....maruah negara boleh dijual dibeli...yg kau nak kecoh sangat pasaipa? Tak keww bodoh namanya?

Dah dia menteri, kau siapa monah?

Kahkahkahkahkahjah
Quote stingerbaik 4-6-2021 05:26 AM
matchstick replied at 4-6-2021 01:16 AM
Aku yg bayar cukai ni bila nk dpt vaksin giler oiii..ko sibuk duk kutip pati nk bagi vaksin


Kau ingat depa iteww semua hardup dgn vaksin sepertimana kau? Sedangkan kau tahu jika mereka tidak diberi suntikan...balak tetap jengah kau sebab mereka akan spread the virus merata....kau prefer this way?

Akal mana letak sis?
Quote stingerbaik 4-6-2021 05:35 AM
anakjiran replied at 4-6-2021 01:02 AM
rakyat yang daftar pun dok que nak vaksin stok tak cukup lagi nak bagi PATI

Kau tak bagi they will spread the virus pada anak cucu cicit kau.....kau masih nak berkira sebab kau pembayar cukai ?

Quote ctcheery 4-6-2021 06:29 AM
Good. Dah Nama PATI mesti pendatang haram Kan. Hantar ja balik semua. Mennyusahka. Rakyat ja. Lepastu sapa tak vaksin xboleh masuk Malaysia. #akunakvaksinjugak
Quote Manjahati 4-6-2021 06:57 AM
Berambus pendatang haram ni semua
Quote orgsepang 4-6-2021 07:12 AM
Lain macam je kebanyakkan komen dalam ni. Baca tajuk terus komen ke adik2.
Yang akak faham menteri tu, akak tak kenal dan tak pedulilah sapa dia, menjawab apa pembangkang dah cakap, iaitu pati perlu diberi vaksin tanpa ditangkap maka dia kata mana boleh sebab penerima vaksin perlu ada dokumen lengkap. Jika tidak mereka perlu dihantar balik. Kementerian bekerjasama dengan kedutaan negara terlibat dan dia minta pembangkang tersebut beri kerjasama juga seperti jadi penaja gitu.
Quote orgsepang 4-6-2021 07:12 AM
Lain macam je kebanyakkan komen dalam ni. Baca tajuk terus komen ke adik2.
Yang akak faham menteri tu, akak tak kenal dan tak pedulilah sapa dia, menjawab apa pembangkang dah cakap, iaitu pati perlu diberi vaksin tanpa ditangkap maka dia kata mana boleh sebab penerima vaksin perlu ada dokumen lengkap. Jika tidak mereka perlu dihantar balik. Kementerian bekerjasama dengan kedutaan negara terlibat dan dia minta pembangkang tersebut beri kerjasama juga seperti jadi penaja gitu.
Quote Simunggu 4-6-2021 07:39 AM
masalah covid di Sabah berpunca dari PATI & PATI IC palsu....
dimana mereka kerja & tinggal? 1. kerja Ladang
2. kerja kilang
3. kerja pembenaan


ganjilnya inilah industri ini paling tak di kacau & selalu kerja/ tak stop time PKP

sebenarnya banyak kluster timbul berpunca dari mereka ini....

kenapa kerajaan tak halang mereka masuk??? kenapa mereka senang senang masuk bawa covid...kamu vaksin lah....esok esok datang lagi 10K dari indon & pilipin...bila mau selesai???

Quote drivethru 4-6-2021 08:46 AM
Sejak akhir2 ni aku mmg benci dgn warga asing ni. Dorang dah kacau peluang kerja untuk local. Pastu bawak bini sekali. Beranak pinak banyak2 macam babi.
Quote jejarihalus 4-6-2021 08:50 AM
Setuju tapi pastikan Minta bayaran
Quote depresio 4-6-2021 08:51 AM
Pembangkang mana yg cakap gtu
Bagi nama skit
Yg aku duk nampak semu tgh gesa vaksinkan rakyat
Tak de pulak baca suh vaksinkan pati

Nak vaksin pati mintak negra asalla tanggung
Kalau xde negara lempar je la ke laut

Quote depresio 4-6-2021 08:52 AM
MontanaHannah replied at 4-6-2021 03:03 AM
Hamzah ni  jahat.

Silap besar siapa percaya pada  dia.

Ko tgk muka dia pon ko boleh nampak aura sama ngan tajuddin train kissing tu

Apa nak harap kalau dari umno yg ada skrg tu mmg taik belaka
Quote rikuren 4-6-2021 09:53 AM
sudah divaksin dihantar pulang aja ....

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.069908 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top