CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lagi Cerita Kutip Buah Di Australia Dapat gaji RM22k

1-6-2021 08:43 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5456| Komen: 13|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Biarpun sudah banyak artikel tersiar mengenai penipuan kerja mengutip buah di Australia, namun masih ada yang percaya dengan cerita-cerita kemewahan pekerjaan tersebut.






Biarpun sudah banyak artikel tersiar mengenai penipuan kerja mengutip buah di Australia, namun masih ada yang percaya dengan cerita-cerita kemewahan pekerjaan tersebut.

Masakan tidak, kebanyakan cerita sebegini datang daripada mereka yang pernah bekerja di sana lalu membuatkan ramai yang bercita-cita mahu ke sana juga.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter menceritakan pengalamannya bekerja mengutip buah dengan gaji 7,000 AUD dan apabila ditukar mata wang ringgit ke Malaysia, lebih RM22,000. Lumayan kan, tapi...


Foto : Twitter


Bagaimanapun, ianya dibantah oleh segelintir netizen lain yang berpendapat ianya hanyalah omongan kosong semata-mata. Sudah ramai yang terpedaya dengan ejen penipu yang akhirnya membiarkan pencari kerja terkongtang kanting di sana.

Jika ada yang berjaya mendapat pekerjaan sekalipun, keadaan mereka yang bekerja sangat teruk, mungkin lebih teruk dari pekerja asing di Malaysia, kerana susahnya mencari makanan halal.

Foto : Libur


"Kawan aku yang try kerja ni, bagitahu dorang disumbat ke rumah yang sesak bercampur segala jenis kerakyatan sampai babi pun penuh dalam rumah. Dilayan macam hamba, kena marah even berehat sekejap. Benda ni pun masuk dalam news kat sana sebab majikan bayar terlalu rendah. Tapi orang kita tetap hadap. Dah gigih pergi overseas mesti la nak nampak hebat."

Bagaimanapun, pembuka cerita telah memberitahu hal yang sebenar iaitu dia hanya bekerja separuh masa kerana belajar di sana. Jadi, adalah tidak berbaloi untuk mereka yang dari Malaysia bekerja di Australia sebagai pengutip buah.

Foto : Twitter

Namun, hal ini tetap tidak menafikan fakta bahawa orang Malaysia sukar ke Australia setelah dibanjiri mereka yang bekerja di sana secara haram.

Foto : Libur


Jadi, sama-sama kita nantikan, apakah selepas pandemik Covid-19 yang akan berakhir nanti, kita tetap sukar ke sana. Apa pendapat anda? - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 1-6-2021 09:16 AM
ostolia korea da sush nk masuk sbb keje2 illegal mcmni. tp mcmn dia ni boleh buat scr legal?  visa student valid utk keje ek?
Quote Noraniza_Iblis 1-6-2021 09:36 AM
kje kutip buah ni struggle la..
kalau bkn musim.. merangkak ko kene cari keje lain..
sb nk kene byr sewa bilik, sminggu skali baya..
best ko keje restoran..
sepupu aku keje restoran kt Melbourne ..
gaji rm22 sejam.. keje 10 jam..
sehari rm220 ...
Quote Tudunghitam 1-6-2021 11:21 AM
Diorang tak cerita yg lepas beberapa bulan (atau tahun) akihitnya x tahan jugak kerja ladang sbb teruk sgt sgt so last2 pindah dtg duduk city area dan cari kerja Uber(grab) atau di restoran2...share apartment ramai ramai...diorang xakan cerita yg pahit2 nak boleh ke dapat 22k tu. Ladang2 tu terletak di kawasan Australia yg sgtsgt remote (hulu) its like mcm di Malaysia maybe ala ala Gua Musang orceruk hulu yg sgt sgthulu. Ada jugak la farm yg 1-2jam je dari city utama tapi most farm adalah ceruk hulu yg even Malaysians PR pun x pernah sampai situ. Embassy Msia dah xtau nak buat apa dah dgn masalah ni, malu dgn Aussie Govt sbb bbrp kali dah masuk newspasal salah guna Visa nie
Quote Tudunghitam 1-6-2021 11:26 AM
Just like how Malays di Malaysia tak suka dgn Bangla Pakistan yg masuk msia kerja buruh, macam tu lah pandangan org2 di Australia (dan govt Australia) terhadap Malaysians. Terpalit nama satu negara, masa 2018-2019 tu makin susah pelancong nak masuk Oz dan nak dpt visa pelancong pun susah.

Mmg memburukkan nama Malaysia lah, ada pelancong yg betul2 pelancong kena tahan soal siasat di Airport sbb Immigration suspect diorang dtg utk menyelinap kerja

Tapi

Problem ni ada Two sides of story thats why problem ni jadi . Sambung bawah
Quote Tudunghitam 1-6-2021 11:40 AM
(Sambung) Antara punca benda ni jadi ialah

1) Ketiadaan peluang pekerjaan yg cukup di Msia. Someone very close to me dah junpa ramai farm workers Melayu nie dan majority kata diorang dtg sbb terdesak tiada job di Msia. Tapi ada jugak yg tak terdesak actually! Mmg ada yg saja try dtg sbb mencabar diri sendiri, nak habiskan bayar hutang rumah dsbnya. So....low employment di Msia tu satu faktor.

2) kedua, sememangnya farm farm di Australia tak cukup pemetik buah/pekerja ladang sbb most rakyat OZ tak sanggup buat kerja berat mcm tu. Guna byk tenaga, kalau panas lebih panas dari Msia,kalau kena Ladang Pisang boleh sesat dalam tu katanya, kalau ladang buah2 menjalar keja jalan itik berkilomrtrr sampai sakit badan. So...australians citizens tak ramai ygsanggup buat kerja ni so farm operators x cukup perkeja..maka terjadilah adamya DEMAND farm workers yg masuk guna tourist visa /illegal dsbnya

3) and it is not helping that org org Melayu org Cina sini jugak (bekas farm worker) bertukar jadi Agen pulak tolongcari dan bawak masuk rakyat Msia ke sini...sebar iklan sana sini pujukorgorg muda dtg...masuk guna Visa Pelancong

4) org org Melayuygsetuju nak dtg turamaiyg tak alert dgn hal undang2 dan regulations so mcm ambik mudah je bab visa conditions (terma terma dlm Visa Pelancong i.e cannot work)

5) another factor is ada loophole (lubang kelemahan) dlm undang2 visa Australia sendiri yg membolehkan ramai ambik kesempatan nie. Too long nak describe but basically ada loophole dari segi lepas Visa Pelancong tu tamat, diorang ni boleh apply 1 jenis visa lain. Patutnya visa ni utk tujuan2 tertentu je tapi diorang SALAH GUNA, diorang apply visa nie utk BUY THE TIME. Utk beli masa. Visa tu pulak jenis mudah lulus,so ramaila ygambik dan salah guna . Sampai harini iol x faham knp Aussie Govt masih lenient dgn Visa nie sbb selagi visa ni mudah, selagi tu la ramai akan salah guna. Diorang ambik utk buy the time sebelum diminta keluar (deportation)


Smpai esok x abisif cakap pasal nie.
Quote pearl.silver 1-6-2021 12:22 PM
Kje ladang kat oz penat panas terik mahu
Kerja ladang sawit kt malaysia xmahu

Problem yg sama jd kat mlysia, ank muda tempatan xnk wat kje ladang sbb susah, penat, jd pilih utk kje ladang kt oz.
Jd kt mlysia kne la amik indon kje ladang.
Quote AbukRokok 1-6-2021 12:49 PM
siapa suruh pecah lobang?
xreti ke pandai makan pandai simpan?
Quote evlinne 1-6-2021 03:35 PM
pearl.silver replied at 1-6-2021 12:22 PM
Kje ladang kat oz penat panas terik mahu
Kerja ladang sawit kt malaysia xmahu


Rasa sbb gaji sikit je
Kalau gaji upah kerjakan sawit ni sebulan dlm RM3-4 ribu, ada je local sanggup agaknya
Mak iols ada ladang sawit pun last2 upah indon juga kerjakan sbb ayah iols dah tak mampu
Quote biozipstar 1-6-2021 10:24 PM
boipren kawan aku kerja petik buah kt oz.. dulu masa kawan aku gi oz boipren dia tanggung sampai air fare semua lah kan.. aku ingat boipren dia kerja apa... rupanya petik buah. katanya masyuuuuuuk sangat tapi memang illegal sama sebijik mcm forumer tadi cerita..
Quote matbad 1-6-2021 11:16 PM
Australian tgk kita mcm bangla ja. Mcm mna kita tgk bangla mcm tu depa tgk kita hihi
Quote CiliPadiSedap 2-6-2021 03:24 AM
Soalan kaka nape bangla rohingya mnyanmar tak pg australia terus duit sana lg mahal?

Kak rasa bangla x sanggup kerja bawah panas sbb takut kulir gelp
Quote whadda 6-6-2021 08:33 PM
Ada ex jiran mak aku dulu pegi sana laki bini.. sanggup tinggal anak2 5 ke 6 orang.. paling kecik tak silap masa dia tinggalkan anak dia umur 3 tahun.. harapkan kakak yang paling besar jaga kan je la adik2

Dulu sebelum pegi oz bertudung insang ala2 fareeda.. skrang terjumpe fb macik tu rambut blonde sekarang.. kemain kau bergaya di sana
Quote cucuq 6-6-2021 09:27 PM
Knpa,msia x straight mcm ngara aussie ea..thats y la pati suka msuk msia sbb dilayan dgn baik walaupun ko brstatus pati..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048389 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top