CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Negara diharap dapat cecah 300,000 suntikan vaksin sehari - PM Muhyiddin

1-6-2021 02:38 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2740| Komen: 24

Description: KUALA LUMPUR: Hanya lima peratus populasi di Malaysia yang telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sejak 24 Februari lalu.



KUALA LUMPUR: Hanya lima peratus populasi di Malaysia yang telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sejak 24 Februari lalu.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kadar vaksinasi itu sepatutnya lebih tinggi, namun ia tidak selancar yang diharapkan kerana terlalu bergantung kepada proses penyediaan dan pengedaran daripada pengeluar.

“Sejak Februari lalu, di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Malaysia, kita berjaya menyuntik lebih daripada lima peratus populasi.

“Ini tidak selancar yang kita harapkan, tetapi pergerakan kita sangat bergantung pada penyediaan dan pengiriman vaksin daripada pengeluar.

“Malaysia memerlukan 53 juta dos vaksin untuk memenuhi keperluan 70 peratus penduduknya. Setakat ini, kami hanya menerima kurang dari 3.2 juta dos atau 6 peratus daripada dos yang diperlukan.

“Dengan jangkaan kedatangan lebih banyak vaksin dalam beberapa bulan ke depan, kami berharap dapat meningkatkan kadar vaksinasi harian kami dari 100,000 kepada antara 200,000 hingga 300,000 sehari, sehinggalah Malaysia dapat mencapai imuniti kelompok terhadap COVID-19 sebelum menjelang akhir tahun ini," jelas Muhyiddin pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika Perhimpunan Majlis Kesihatan Sedunia ke-74 pada Isnin yang mengumpulkan delegasi dari 194 negara anggota.

Perhimpunan bertemakan ‘Tamatkan Pandemik, cegah yang berikutnya: Bersama wujudkan dunia yang lebih sihat, selamat dan adil” itu juga akan menentukan keutamaan dan dasar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk tahun depan.



Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 1-6-2021 02:41 AM
Buat apa nak laju-laju, nanti PRU15 kalah jugak
Quote noor2 1-6-2021 07:52 AM
Akak dah lama tunggu...x jugak dipanggil2...mak akak umur 60an pun duk tunggu nak vaksin...
Quote Rara77 1-6-2021 09:10 AM
kakikuDibibirmu replied at 1-6-2021 02:41 AM
Buat apa nak laju-laju, nanti PRU15 kalah jugak

benar itu
kerajaan tiada duit tp bantuan dpt woh
juta juta
nk memang pilihanraya
kirim salam bunga jari tengah
pasti terkubur
kerjaaan gagal
Quote aechae 1-6-2021 09:17 AM
300k? Bekerja keras lh blastoff tepek mcm2 carian google nk berperang nnt...
Nnt AZ msuk dlm PICK mcm mna klu org tu xnk? Kna blk tggu date lain or mmg ada spare kt PPV tu 2 type yg lain?
Quote naina 1-6-2021 09:23 AM
Bapak.aku hari vaksin dos pertama. Esok mak aku
.ya Allah semoga dipermudahkan..bertambah sihat dan kuat
Quote MissYouSayang 1-6-2021 09:27 AM
Akak tunggu vaksin spundek jah.sesuwei la dgn leluhur akak dari serambi moscow ni yek
Quote jalfa 1-6-2021 09:29 AM
Baguslah abah oi..tp ko stop jah bg duit kat my sejahtera yg x sejahtera lansung..bapak aku dpt appointment semalam...esok dah nak kena cucuk..gila bebeng punya apps lembu..dahla pkpd sorang je sebuah kereta....lepas tu dok salahkan org tua kata antivaks..padahal bg appointment macam lembu....at least 5 hari sebelum pon ok.
Quote Orix 1-6-2021 09:38 AM
kakikuDibibirmu: Buat apa nak laju-laju, nanti PRU15 kalah jugak


SAVAGE {:smile
Quote Orix 1-6-2021 09:40 AM
jalfa: Baguslah abah oi..tp ko stop jah bg duit kat my sejahtera yg x sejahtera lansung..bapak aku dpt appointment semalam...esok dah nak kena cucuk..gila be ...


Itupun ada ummah kata appointment 14 hari sebelum. Walhal ramai jah ummah harini dpt appt esk kena cucuk lepastu merentan org dpt appt x dtg cucuk
Quote sidewinder 1-6-2021 09:45 AM
kakikuDibibirmu replied at 1-6-2021 02:41 AM
Buat apa nak laju-laju, nanti PRU15 kalah jugak

yeahhh kita kasi angkat bang non jadi PM....wak jahit jadi TPM....apa malu bossku jadi advisor.....perhh gabungan yg mantap confem settle semua masalah dlm negara malaysia.....gabungan pemimpin melayu islam yang akan menggegarkan dunia.....takbirrrrrrrr
Quote BicaraHatiku 1-6-2021 09:49 AM
semestinya bukan AZ utk diriku.
Quote stingerbaik 1-6-2021 09:51 AM
BicaraHatiku replied at 1-6-2021 09:49 AM
semestinya bukan AZ utk diriku.

Antivak bersasar kewww?

Kahkahkahkahkahkah
Quote blastoff 1-6-2021 09:55 AM
BicaraHatiku replied at 1-6-2021 09:49 AM
semestinya bukan AZ utk diriku.

kerajaan akan cucuk vaksin "ikut suka hati kerajaan sundrik" pada semua ...tarak boleh pilih brand ler

\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\

Rakyat tidak dibenarkan pilih jenis vaksin Covid-19

https://www.sinarharian.com.my › Ra...

2 days ago — KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan tidak membenarkan rakyat di negara ini memilih jenis vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 ...


Quote stingerbaik 1-6-2021 09:56 AM
blastoff replied at 1-6-2021 09:55 AM
kerajaan akan cucuk vaksin "ikut suka hati kerajaan sundrik" pada semua ...tarak boleh pilih brand ...

Golongan yg would rather die than be vaccinated with AZ...apa nasihat kau utk golongan antivaks bersasar seperti ini doh?
Quote stingerbaik 1-6-2021 09:58 AM
sidewinder replied at 1-6-2021 09:45 AM
yeahhh kita kasi angkat bang non jadi PM....wak jahit jadi TPM....apa malu bossku jadi advisor.... ...

Why i never tot of this yea?

Gosh....

Ambo setuju...
Quote stingerbaik 1-6-2021 10:01 AM
Ikhtizam harapan tinggi, tapi logistik perlaksanaan macam haramjadah....

Inila SOP krajaan hari ini...
Quote BicaraHatiku 1-6-2021 10:02 AM
blastoff replied at 1-6-2021 09:55 AM
kerajaan akan cucuk vaksin "ikut suka hati kerajaan sundrik" pada semua ...tarak boleh pilih brand ...

Kalau dpt AZ meols ganti dengan co-worker. Setels.

Quote sidewinder 1-6-2021 11:31 AM
stingerbaik replied at 1-6-2021 09:58 AM
Why i never tot of this yea?

Gosh....

3 org pemimpin melayu islam terhebat didunia bila bergabung nescaya semua masalah bukan sahaja dia malaysia malah didunia amnya ini akan selesai.........allahuakbar....allahuakbar.....allahuakbar....takbirrrrrrrrrrrrrr
Quote atira 1-6-2021 11:35 AM
menggelupur seluruh warga anti vax...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.069803 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top