CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Bawa Anak Ke Tempat Sesak Kalau Tak Nak Diambil Tindakan

31-5-2021 06:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2551| Komen: 19

Description: Ibu bapa yang ingkar dengan membawa kanak-kanak di bawah 18 tahun ke lokasi berisiko COVID-19 termasuk ke kawasan sesak boleh diambil tindakan.
Ibu bapa yang ingkar dengan membawa kanak-kanak di bawah 18 tahun ke lokasi berisiko COVID-19 termasuk ke kawasan sesak boleh diambil tindakan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kertas siasatan boleh dibuka oleh pihak berkuasa atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).



Kredit foto: BH

Jelas beliau, setakat ini sebanyak 82,341 kes COVID-19 direkodkan melibatkan golongan yang berusia di bawah 18 tahun.

"Berdasarkan Akta 342 tiada peraturan yang boleh dikeluarkan kompaun terhadap ibu bapa yang membawa anak ke tempat sesak atau kawasan penularan COVID-19.

"Tetapi dengan SOP dikeluarkan MKN yang sudah diwartakan, ibu bapa yang ingkar boleh dibuka kertas siasatan untuk diadili," katanya pada sidang media mingguan bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.


Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, daripada jumlah tersebut, mereka yang berusia 13 hingga 17 tahun mencatatkan kes tertinggi iaitu 27,402.

Ia diikuti kanak-kanak berusia di bawah empat tahun iaitu seramai 19,851 kes; manakala lima hingga enam tahun sebanyak 8,237 kes.

Jelas beliau, kebanyakan mereka yang dijangkiti COVID-19 berada dalam kategori satu, dua dan tiga, selain tiada yang dikesan memerlukan unit rawatan rapi (ICU) setakat ini.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 1-6-2021 07:53 AM
Aku bawak anak aku pegi jogging path pun, seriau2 kalau berselisih dgn manusia, ini kan pulak tmpt sesak.
Sebelum Covid wujud pun, aku takut la org dok cough2 ramai. Lagilah zaman tu mask tu dipandang sepi smp berabuk kotak kat pharmacy
Quote kasibiman 1-6-2021 07:56 AM
About time Kasi ajar mak bapak bahlul ni.

Quote airmineral 1-6-2021 08:00 AM
sebelum covid, iols xpaham kenapa parent bawa baby yg masih merah pegi masuk mall jalan2.. huhu.. dalam masa yg sama lantang juga xkasi anak dicium digomol takut sakit.

time2 covid ni ada hati2 lebih la sket.. jag kuarg sendiri elok2.. iols simpati kalau ibu/bapa tunggal yg terpaksa berangkut anak kecik..huhu
Quote haruslah 1-6-2021 08:07 AM
Rajin kan bwk anak2 gi mall
Bila skolah bukak complain mcm2

Bwk anak2 bwh 5thn
Pastu diorg melasak terbaring kat lantai
Pegang sanA sini
X paham i.....kalau single mother mungkin la xleh tinggal mana2....ni laki bini bwk anak2
Quote allshares 1-6-2021 08:18 AM
Bgs, lpsni tlg buat rules berkenaan mak bapak cuai jaga anak plak, kalau x bio je lepas bebas sampai accident.
Quote glump 1-6-2021 08:20 AM
Edited by glump at 1-6-2021 08:22 AM

Kalau nampak budak kecik mesti tangan nak cuit2..sekarang boleh tengok je. Jgan petang2 Tak tentu pasal,kesian budak tu.
Tapi tak boleh nak buat apa kalau Kita simpati Kat budak2 itu tapi mak bapak dia Tak tau nak sayang anak dia ..dedah Kat virus gitu2 ..nak buat macam Mana.selamba je cakap anak dalam kereta je ,mak ke pak nya turun pi beli barang ..sempat sanitize ke sebelum naik kereta jumpa anak2 tu...alahai.
Quote stingerbaik 1-6-2021 08:33 AM
kasibiman replied at 1-6-2021 07:56 AM
About time Kasi ajar mak bapak bahlul ni.

Better late than never...konsepnya..

Kahkahkahkah
Quote slyfynx 1-6-2021 08:55 AM
Gi kedai, and orang kedai tu halau sorang pompuan ni sbb bawak anak.
PAstu dengar die cakap gi duduk dalam kete ngn papa.
Terus orang tu x bg masuk dah sbb area kami PKPD.
Mane leh lebih dari sorang keluar.
Quote caprut 1-6-2021 09:01 AM
airmineral replied at 1-6-2021 08:00 AM
sebelum covid, iols xpaham kenapa parent bawa baby yg masih merah pegi masuk mall jalan2.. huhu.. da ...

Anak sakit prgi jela hospital gomen byr rm1 je. Kesian
Quote syamzana 1-6-2021 09:05 AM
airmineral replied at 1-6-2021 08:00 AM
sebelum covid, iols xpaham kenapa parent bawa baby yg masih merah pegi masuk mall jalan2.. huhu.. da ...

beli je la online dari berangkut anak.
Quote ninja boy 1-6-2021 09:25 AM
Edited by ninja boy at 1-6-2021 09:27 AM

Tempat aku anak diorg disuruh mintak wang org yg ditarget sambil main bola sepak main kejar2.kalau ai jahat snap gambo budak iklan mencari mak pak angkat mak pak kandung x mampu sara mereka
Quote Herlina 1-6-2021 09:34 AM
Bagus sangat...dah naik meluat tengok karenah parents yg bawak anak kat mall atau pasaraya ni.
Otak ada tapi akal yilek
Quote helicornia 1-6-2021 09:56 AM
kawan aku lps pantang bawak anak pi mall. i am speechless
Quote LoveSungmin 1-6-2021 10:22 AM
helicornia replied at 1-6-2021 09:56 AM
kawan aku lps pantang bawak anak pi mall. i am speechless

kan?? baby merah lagi dah gigih nak berpeleseran kat mall..
Quote Cece1234 1-6-2021 10:41 AM
Mak bapak yg selfish je ske bawak anak merata..
Quote takayama 1-6-2021 11:53 AM
bgslah ada peraturan mcm tu
kt sini pihak pengurusan ada sediakan tempat duduk klu mak pak bawak anak2
Quote shernazz 1-6-2021 11:56 AM
Iols tau semua bebudak.dah mati kutu..
Termasuk anak2 iols
Tempat iols neh kuar taman ja.ada.roadblock
Jadi.depa nak bawak bebudak.jenjalan.mmg tipis la chance nya..hoho..
Iols gi beli barang skang kar speedmart n kedai runcit biasa je..


Smalam roti gardenia banyak.lagi...hahahahahaha
Quote silencekiller 1-6-2021 12:14 PM
Dah lama cakap & cadang.. KERAjaan buat bodoh & lembap...

Larangan ni patot dikekalkan sehingga kes below 100 paling bagus kes = 0 ... tunggu sampai ummah malaysia ni capai herd immunity... larangan patot termasok orang2 tua berumur 60 tahun ke atas & termasok mall2 kaa jakel kaa apa kaa ...

indirectly, kalo "Total Lockdown" kaa PKP kaa PKPB kaa PKPP kaa habis sekalipun  .. musti kurang ummah merayau2 di luaq dek kerna tak bleh usung anak pinak serta org2 tua ni..
Quote Ismacun 1-6-2021 10:29 PM
Bagus lah bt mcm ni.. klu x diorg bt keras kepala sendiri je... klu ada 10 ank,semua nak diangkutnya ..selfish btl... sendiri boleh plk pki mask..tang ank2 boleh plk di biarkan.. hampeh tul

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.056766 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top