CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sogok RM8,000, Bapa Menangis Rayu Anak Jangan Ambil Vaksin

31-5-2021 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4231| Komen: 18

Description: Satu video yang memaparkan seorang bapa sedang menangis dan merayu kepada anak perempuannya untuk tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19, menjadi tular dalam media sosial.
Satu video yang memaparkan seorang bapa sedang menangis dan merayu kepada anak perempuannya untuk tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19, menjadi tular dalam media sosial.

Lapor Metro, lelaki itu bertindak demikian kerana percaya kesan sampingan suntikan vaksin Covid-19 kononnya akan membunuh anak perempuannya, Brianna.  



Kredit foto: TikTok Brianna

Brianna dari Kentucky berkata, bapanya juga menawarkan wang sebanyak AS$2,000 (RM8,268) kepadanya untuk tidak mengambil suntikan vaksin tersebut.

Klip video yang dimuat naik di TikTok itu menunjukkan bapanya mendakwa Brianna dan ibunya yang sebelum ini sudah menerima suntikan vaksin, akan mati akibat kesan sampingan selsema pada tahun ini.

“Ini bukan vaksin, ia adalah ujian klinikal manusia dan merupakan terapi genetik bukannya vaksin.

“Ia tidak termasuk dalam kategori vaksin malah tidak diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA),” kata bapa Brianna.


Ketika ini, FDA sudah meluluskan vaksin keluaran Moderna, Pfizer dan Johnson & Johnson (J&J) untuk kegunaan kecemasan di AS.

Dalam satu lagi video, Brianna mengucapkan terima kasih kepada penontonnya atas sokongan yang diberikan kepadanya.

Menurutnya, dia sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 namun tidak memaklumkan kepada bapanya kerana tidak mahu mencetuskan suasana panik.


Sumber: Utusan Malaysia

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote felinecat 31-5-2021 05:11 PM
bapak die xtakut pulak anak die boleh meninggal akibat obesiti
Quote manzilla 31-5-2021 05:17 PM
"Berita negara mat saleh. Biarkan, kita bersama keRAJAan," ujar Mimiey (bukan nama sebenar), seorang provax setelah membaca berita rusuhan anti vaksin di London tempoh hari.
Quote nazzse 31-5-2021 05:20 PM
Saen bapak dia ada sekor kat sini
Quote tumpanglalu74 31-5-2021 05:26 PM
Ape le kene Utusan ney..  Tak reti ke tulih dalam USD?  Orang bace tajok ingat kat Mesia.  

Ade aku nampak cerite budak ney aritu.  Kalo dia bace komen2 yang ngutok saiz badan dia mau bunoh diri..  
Quote kakakpositifker 31-5-2021 05:50 PM
felinecat replied at 31-5-2021 05:11 PM
bapak die xtakut pulak anak die boleh meninggal akibat obesiti

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH
Quote Shayang 31-5-2021 06:20 PM
nazzse replied at 31-5-2021 05:20 PM
Saen bapak dia ada sekor kat sini

Semak plak bila baca komen2 org yg tak suka vaksin ni
Ko dah tanak takpela takyah nak sibuk ngn org lain yg nak amik.
Macam dia lak yg nnt idup susah kalau org lain amik vaksin.
Quote sambaldurian 31-5-2021 06:25 PM
Edited by sambaldurian at 31-5-2021 07:04 PM
nazzse replied at 31-5-2021 05:20 PM
Saen bapak dia ada sekor kat sini


yg ckp berbelitkan tu kn, sekejap konspirasi, sekejap vaksin ada virus, sekejap ckp org percaya vaksin ni mcm percaya vaksin pengelak malaikat maut. mandai2 ckp arwah mufti meninggal pasal vaksin.
Quote manzilla 31-5-2021 06:34 PM
Benar sekali. Arwah mufti meninggal kerana sudah sampai ajalnya.
Quote nazzse 31-5-2021 06:55 PM
sambaldurian replied at 31-5-2021 10:25 AM
yg ckp berbelitkan tu kn, sekejap konspirasi, sekejap vaksin ada virus, sekejap ckp org percaya va ...

Everyone know who u..
Tu senyap tu, cakap putar belit menunjukkan kebodohan sendiri.
Tapi tetaplah diri sendiri buta tak nampak lagi
Quote nazzse 31-5-2021 06:57 PM
Shayang replied at 31-5-2021 10:20 AM
Semak plak bila baca komen2 org yg tak suka vaksin ni
Ko dah tanak takpela takyah nak sibuk ngn o ...

Spesis doula memang gitu uols. Selagi boleh nak ubah persepsi org lain. Padahal menunjukkan kebodohan diri sendiri je akhirnya
Quote damsel_fiji 31-5-2021 06:59 PM
Patut amikk jah duit tu.. pastu gi ler cucuk vaksin.. bukannya org tua bodo tu tau pon
Quote BicaraHatiku 31-5-2021 07:13 PM
manzilla replied at 31-5-2021 05:17 PM
"Berita negara mat saleh. Biarkan, kita bersama keRAJAan," ujar Mimiey (bukan nama sebenar), seorang ...

Mat salleh mmg senang blood clots sbb amek pil perancang… kata kak Arabiyatol Aldawiyah
Quote ^CUN_GILA~. 31-5-2021 07:20 PM
damsel_fiji replied at 31-5-2021 06:59 PM
Patut amikk jah duit tu.. pastu gi ler cucuk vaksin.. bukannya org tua bodo tu tau pon

Muka terencat ko expect apa?  Nak famous tapi tak kena gaya.  Terlupa diet dulu..
Quote annehuda 31-5-2021 09:08 PM
manzilla replied at 31-5-2021 06:34 PM
Benar sekali. Arwah mufti meninggal kerana sudah sampai ajalnya.

Kalau kau baca kt berita sebelah, lebih 10org ahli keluarga arwah mufti tu positif covid. Pastu waris blur-blur tak faham mcm mane arwah boleh dpt covid19 pdhal keluar rumah nak ambil vaksin je. Ujung2 vaksin jugak yg dipersalahkan
Quote Carcosa 1-6-2021 07:47 AM
Kenapa budak ni mcm inbred?
Quote Drmu 1-6-2021 03:24 PM
Vaksin2 ni tak dapat kelulusan FDA rupanya..igt rekaan je.. rupanya betul xdpt klulusan
Quote hyunniesSS501 1-6-2021 03:58 PM
semua meninggal sebab dah ajal.
tapi yg plg sedap dengar at least meninggal sebab dah vaksin alhamdulillah baru puas hati
suci murni
Quote hyunniesSS501 1-6-2021 04:03 PM
annehuda replied at 31-5-2021 09:08 PM
Kalau kau baca kt berita sebelah, lebih 10org ahli keluarga arwah mufti tu positif covid. Pastu wa ...

jadi lepas ni kalau kematian covid jgn tengok statistik
anggap je la sume tu dah ajal
meninggal covid pun dah ajal
meninggal vaksin pun ajal
semua semulajadi

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.062208 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top