CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rayu Nak Jual Durian Masa PKP

31-5-2021 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2471| Komen: 11

Description: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diminta untuk membenarkan penjualan durian dan buah-buahan bermusim lain di kawasan tertentu dalam tempoh perlaksanaan sekatan pergerakan penuh bermula 1 Jun ini.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diminta untuk membenarkan penjualan durian dan buah-buahan bermusim lain di kawasan tertentu dalam tempoh perlaksanaan sekatan pergerakan penuh bermula 1 Jun ini.


Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, bulan Jun merupakan musim durian di kawasan Barat Daya termasuklah Balik Pulau, Sungai Ara dan Teluk Bahang.

Menurutnya, sudah tiba masanya pengusaha dusun buah-buahan di sini ingin menjual hasil setelah berbulan lamanya mereka menjaga tanaman dengan baja bagi memastikan keadaan pokok berada dalam keadaan sihat serta menghasilkan buah yang berkualiti.


Gambar hiasan

"Saya ingin merayu pihak MBPP supaya membenarkan peniaga-peniaga durian meniaga di kawasan tertentu seperti di tepi jalan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan oleh pihak majlis.

"Ini adalah kerana menjual buah durian, manggis, cempedak dan rambutan merupakan perniagaan bermusim sekali gus mampu mengelakkan mereka mengalami kerugian besar jika tidak dapat menjual hasil buah-buahan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.


Muhammad Bakhtiar berkata, dalam SOP terbaharu yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekatan pergerakan penuh yang akan berkuatkuasa dari 1 Jun hingga 14 Jun, penjualan makanan dan minuman adalah termasuk dalam kategori yang dibenarkan.

Oleh itu, katanya jualan hasil buah-buahan juga perlu dibenarkan asalkan peniaga harus memastikan SOP diikuti termasuklah penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

"Saya berharap pihak MBPP dapat mempertimbangkan saranan saya ini demi menjaga kebajikan para peniaga dan pekebun durian yang rata-ratanya berada dalam kawasan Parlimen Balik Pulau," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batusembilan 31-5-2021 04:50 PM
bila dh dibenarkan jual durian secara gerai terbuka, offer pulak harga kaw2....dh rakyat gigil nk keluar gi beli.

ermmmm.....bila nk sudahnya.....

jual je lah secara online....adoiyaaiiii
Quote mejaputih 31-5-2021 04:55 PM
boleh buat jualan online wat... pastu jgn la jual harga yahudi..iols tak mampu dah nk mkn durian
Quote Skuau 31-5-2021 04:58 PM
hang jual bawa lori...cam cina jual pau..keliling kwsn umh...amacam???
Quote Babai 31-5-2021 05:00 PM
Bertahun selama ni dah untung besar, lagi mau mintak pengecualian macam2.

Jual online jela.
Quote Nana_Man 31-5-2021 05:40 PM
Jual online pun laku.
Kalau face to face bole, cuma benarkn beli durian, balik ruma bukak sendiri.
Quote Belibis 31-5-2021 07:23 PM
Padan muko.harga tak masuk akal.ngalahkan buah2 import.
Quote umbut 31-5-2021 09:08 PM
Jgn nak mengada... Ko bukak.. Org lain pun nak bukak... Jual je online or kat grup2 whatsapp.. Ramai je nak beli..
Quote Buritan 31-5-2021 11:00 PM
batusembilan: bila dh dibenarkan jual durian secara gerai terbuka, offer pulak harga kaw2....dh rakyat gigil nk keluar gi beli.ermmmm.....bila nk sudahnya.....jual  ...




Jual durian rege yahudi.. bior busuk nak jual murah soli.. lantak hangpa laa
Quote eizarz 31-5-2021 11:19 PM
harga yahudi.....
Quote matseh 31-5-2021 11:22 PM
elok la tu. depa kalau juai rega x boleh bincang. Lps tu campoq hak elok dgn x elok.
kalau teringin aku beli juga. sebijik cecah 30, kalau ada D di depan 50 tak lari
Quote putericahaya999 1-6-2021 02:37 AM
Try la mohon dgn miti

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.252116 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top