CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Juruterbang Selamba Tonton Video Lucah Dalam Kokpit Ketika Penerbangan

1-6-2021 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2022| Komen: 5

Description: Seorang pesara juruterbang mengaku menonton video lucah menerusi komputer riba ketika penerbangan.
Seorang pesara juruterbang mengaku menonton video lucah menerusi komputer riba ketika penerbangan.

Salah laku Michael Haak, 60, yang berkhidmat di Southwest Airlines, itu turut diketahui oleh pembantu juruterbang wanita.


Kejadian berlaku dalam penerbangan dari Philadelphia ke Florida di Amerika Syarikat (AS).

Dia mengaku melakukan perbuatan tidak senonoh itu dan dijatuhi hukuman satu tahun percubaan tanpa pengawasan dan denda AS$5,000 (RM20,624).

Gambar Hiasan, Foto: AFP

Haak, yang merupakan kapten dalam penerbangan pada 10 Ogos tahun lalu, dibantu oleh pembantu juruterbang wanita yang belum pernah ditemuinya sebelum ini.

Pendakwa raya mengatakan bahawa setelah pesawat mencapai ketinggian penerbangan, dia didapati bangun dari tempat duduk juruterbang.

Tambah pendakwa raya, Haak yang masih dalam kokpit pesawat ketika itu dengan sengaja menonton video lucah menerusi komputer riba.

Media melaporkan bahawa selain tindakan itu adalah salah, Haak turut dimaklumkan bahawa ia menyebabkan kesan trauma kepada pembantu juruterbang.

Haak berkhidmat sebagai juruterbang untuk Southwest Airlines selama 27 tahun hingga bersara.

Penerbangan terakhirnya pada 31 Ogos tahun lalu, tiga minggu selepas insiden berlaku. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 1-6-2021 09:05 AM
Emmm kote kecutlaa sis.. jgn risolaa.. tak mampu pung nak merogol pungg..
Quote najib888 1-6-2021 09:14 AM
susah payah buka komputer riba.. tgk tak telefon sudah la kalau kemaruk sangat.. takde la timbul syak pada pembantu juruterbang.. ka sengaja nak test the water?
Quote helicornia 1-6-2021 09:17 AM
umo pun dh layak pencen.bagi pencen je la dr bahayakan penumpang
Quote Aliaskotonggo 1-6-2021 10:00 AM
umo 60 tahun pun masih jadi hamba nafsu.... nasiblah
Quote anisanim 1-6-2021 10:54 AM
Pilot tuo dah hah.. Mesti dah jadi habit ko dari zaman muda belia kan.. Sampai tua jadi addicted. {:nose

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.050992 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top