CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pendapatan Terjejas, Hazama Fokus Jual Laksa

1-6-2021 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3515| Komen: 13

Description: Sekatan Pergerakan Penuh Fasa Pertama yang bermula hari ini sedikit sebanyak diakui memberi kesan kepada penggiat seni tanah air.
Sekatan Pergerakan Penuh Fasa Pertama yang bermula hari ini sedikit sebanyak diakui memberi kesan kepada penggiat seni tanah air.

Bagi penyanyi dan pelakon, Hazama, Sekatan Pergerakan Penuh ini juga memberi kesan besar uhtuk karier seninya. Namun, tidak mahu hanya duduk diam, Hazama mempersiapkan diri dengan mencari alternatif bagi terus menjana sumber pendapatannya.



Foto: IG

"Apa yang boleh saya kongsikan, sebelum ini disebabkan banyak kekangan untuk aktiviti muzik, sedikit sebanyak sumber pendapatan bertukar kepada bidang lakonan.

"Namun, seperti yang kita semua sedia maklum, disebabkan situasi sekarang, kerja lakonan pun semuanya dihentikan.

"Jadi, fokus saya selepas ini pula adalah kepada perniagaan makanan kecil-kecilan yang saya usahakan iaitu laksa," katanya.

Berkongsi mengenai perniagaan itu, Hazama bersyukur kerana ia semakin berkembang maju kini.

"Saya sangat bersyukur kerana dalam situasi pandemik yang kita hadapi sekarang, saya berkesempatan untuk wujudkan satu sumber pendapatan lain.

"Sekarang pun ia dah mula berkembang dan mula dijual di platform e-dagang seperti Shopee. Jadi, dapat saya jual laksa saya bukan sahaja dalam daerah berdekatan, tetapi kepada pelanggan yang tinggal lebih jauh," katanya.



Ditanya mengenai aktivitinya dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh ini, Hazama berkata, dia akan mendalami ilmu perniagaan dan belajar lagi bagaimana untuk menambah baik perniagaan serta produknya.

"Kalau sebelum ini, laksa saya hanya boleh dimakan sehari, jadi sekarang saya nak kena belajar bagaimana untuk menambah baik produk makanan itu supaya boleh tahan lebih lama.

"Selain itu, saya juga akan mendalami ilmu perniagaan terutama bagi mencari mesin sesuai dan sebagainya," katanya.

Terbaharu, Hazama kini bergandingan dengan penyanyi rock legenda, Datuk Awie sebagai juri dalam program Sumbang Suara yang ditayangkan di TV3 bermula Ahad lalu.



"Program ini lain daripada yang lain kerana ia membariskan peserta yang tiada bakat dalam nyanyian, tapi kreatif dan mempunyai keyakinan tinggi untuk membuat persembahan.

"Dalam program ini, saya dan Awie bergelar wakil netizen atau dalam kata lain sebagai juri. Uniknya, kami tak mengadili suara peserta kerana siapa yang bersuara paling sumbang, dia pemenangnya.

"Namun, ada juga beberapa kriteria lain yang kami tetapkan seperti keyakinan diri dan kreativiti dalam membuat persembahan," katanya.

Ditanya sama ada timbul kerisauan dalam dirinya andai kata komen dan kritikannya dilihat dari sudut negatif, Hazama tidak menolak perkara itu.



"Pada awalnya, saya pun rasa risau juga kerana kita perlu memberi kritikan kepada penyanyi yang menyanyi dengan suara sumbang. Namun, saya jelaskan dengan tegas bahawa ia bukan untuk tujuan penghinaan, sebaliknya sebagai hiburan.

"Setiap peserta yang menghantar penyertaan juga sudah sedia maklum mengenai konsep program ini dan mereka pun tentunya sudah bersiap sedia untuk menerima sebarang kritikan juri," katanya.



Program Sumbang Suara juga dihoskan oleh pengacara, penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein atau lebih terkenal dengan panggilan Kak Lina Pom Pom (KLPP) yang tentunya akan memeriahkan lagi acara itu. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ImpianSeroja 1-6-2021 09:52 AM
Gudluck Hazama
Quote helicornia 1-6-2021 09:53 AM
bagus ni lom penah jumpa laksa ready to eat. biasa jumpa nasi je.bole la bwk pi travel
Quote cap_ayam 1-6-2021 09:56 AM
wah baguslah pasaran lebih meluas lepas ni.. macam kita beli mee megi lah kan, bila2 boleh masak.
Quote Cik_jantung 1-6-2021 10:00 AM
Ada sape 2 dah penah rasa ker...

Untung artis kejap je dh viral bisnes. Jadi buatla sedap2 harga mampu milik
Quote beni_nikaido 1-6-2021 10:04 AM
Good luck Hazama
Antara penyanyi lelaki yang yg jarang2 mengecewakan bila perform di pentas
Quote Cece1234 1-6-2021 10:06 AM
Semoga murah rezeki..
Quote kechikchomel 1-6-2021 10:35 AM
tengok kat shopee harga rm15 sepeket. baca review pun byk yg ok.
iolss rasa macam nak try lak
Quote anisanim 1-6-2021 10:51 AM
Jual laksa.. {:childlike my favourite tu.. Dan dan nk pi cari kt shopee.. Hahaha..
Quote caca_eric 1-6-2021 12:24 PM
nmpk sgt sdap
Quote dudaberhias 1-6-2021 12:27 PM
kepammmm...
cerita pasal laksa ready made...
iols dah order banyak kali yang johor dan laksa utara dalam tin...

ok la cukup rasa semua... tapi sedap lagi la yang kedai jual...
Quote kechikchomel 1-6-2021 12:31 PM
dudaberhias replied at 1-6-2021 12:27 PM
kepammmm...
cerita pasal laksa ready made...
iols dah order banyak kali yang johor dan laksa utara ...

ada meh yg dalam tin punya?
brand apa? iolss nak try jugak
Quote MontanaHannah 1-6-2021 05:58 PM
jodoh xpernah salah alamat.


Quote biozipstar 1-6-2021 09:54 PM
yang penting sedap (atlis boleh telan) dan harga jangan yahudi...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.048732 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top