CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Meriahnya penyokong China tengok bola

1-6-2021 01:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2215| Komen: 4|Original author: Raline

Description: Shanghai: Wu Lei dan pemain kelahiran Brazil, Alan Carvalho masing-masing meledak dua gol ketika China membelas ...


PENYOKONG China memenuhi stadium. FOTO AFP

Shanghai: Wu Lei dan pemain kelahiran Brazil, Alan Carvalho masing-masing meledak dua gol ketika China membelasah Guam 7-0 pada kempen kelayakan Piala Dunia di depan 30,000 penonton, hari ini.

Kemenangan ke atas wilayah kepulauan Amerika Syarikat (AS) itu menyaksikan China merapatkan jurang dengan pendahulu kumpulan, Syria kepada lima mata ketika berbaki tiga perlawanan lagi.

Hanya pasukan teratas terjamin tempat ke peringkat seterusnya untuk kempen kelayakan Piala Dunia Qatar 2022.

Pada perlawanan pertama di bawah bimbingan Li Tie selepas dinamakan jurulatih tetap Januari tahun lalu, Wu menjaringkan gol pembukaan minit ke-20 selepas menyempurnakan sepakan penalti.

Jin Jingdao menjaringkan gol kedua enam minit sebelum tamat separuh masa pertama sebelum Wu menambah gol minit ke-55.

Wu yang tidak kerap diturunkan pada musim ini bersama Espanyol, dikeluarkan ketika perlawanan berbaki 30 minit.

Li, bekas pemain tengah Everton, kemudian memasukkan tiga pemain naturalisasi iaitu gandingan serangan, Elkeson dan Carvalho serta bekas pertahanan remaja England, Tyias Browning.

Elkeson menjaringkan gol kelima sebelum Carvalho menyumbang dua gol selepas itu.

Kesemua baki perlawanan Kumpulan A membabitkan lima pasukan berlangsung secara gelembung sukan di Suzhou sebagai langkah untuk mengatasi virus Covid-19.

Sumber:https://www.hmetro.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 1-6-2021 08:27 AM
tak kisah le berapa gol atau layak tk ke world cup, persoalan i kenapa china ni udah rilek dr covid? bole tengok bola ramai2
Quote Raline 1-6-2021 08:50 AM
helicornia replied at 1-6-2021 08:27 AM
tak kisah le berapa gol atau layak tk ke world cup, persoalan i kenapa china ni udah rilek dr covid? ...

sbb dunia penuh penipuan
Quote lavendernovella 1-6-2021 01:59 PM
helicornia: tak kisah le berapa gol atau layak tk ke world cup, persoalan i kenapa china ni udah rilek dr covid? bole tengok bola ramai2


Kita kena sendiri cari maklumat. Lagi2 kalau ada kenalan luar negara elok tanya direct.
Quote biozipstar 5-6-2021 11:16 PM
hmmm aku pun fikir benda yg sama. wuhan tempat tapak bermulanya covid dah seleb raya cina ramai2 weh...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.049703 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top