CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Frozen Pork Belly’ Bernilai RM315,520 Dirampas

22-4-2021 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2043| Komen: 3

Description: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor menahan kontena yang membawa masuk ‘frozen pork belly’ seberat 27 tan di Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor menahan kontena yang membawa masuk ‘frozen pork belly’ seberat 27 tan di Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Pengarah MAQIS Johor, Hizzuan Hasim, dalam kenyataannya memberitahu, produk bernilai RM315,520 itu dibawa masuk dari Denmark sebelum ditahan pihaknya yang menjalankan pemeriksaan kira-kira jam 10.30 pagi, kelmarin.




Hasil pemeriksaan lanjut, kontena itu didapati membawa produk seberat 27,200 kilogram (kg).

“Kita seal pada kontena terbabit tidak sama seperti dalam bil of lading yang dikemukakan kepada pegawai penguasa MAQIS,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.


“Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM75,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Katanya, semua pengimport dan pengeksport diingatkan supaya mengikut peraturan ditetapkan kerajaan bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan Malaysia, terpelihara. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote songhara1226 22-4-2021 03:29 PM
Alhamdulillah, dptlah binatang2 dlm zoo berbuka dengan Pork Belly, mcm citer korea pulak mkn pork belly ni, siap panggang pastu minum ngan soju
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 01:09 PM
Banyak gila tu.
Quote ifanonline 27-4-2021 01:10 PM
serah kpd zoo...sedap juga mereka makan pork belly...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.044380 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top