CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-gara tahi burung, wanita cuba lerai perbalahan bapa dengan jiran cedera dilibas sabit

22-4-2021 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3109| Komen: 13

Description: BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita cedera terkena libasan sabit ketika cuba meleraikan pergaduhan antara bapanya dengan jiran dalam kejadian di rumah mereka di Taman Permatang Tinggi Indah, Bukit Mertajam ...



BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita cedera terkena libasan sabit ketika cuba meleraikan pergaduhan antara bapanya dengan jiran dalam kejadian di rumah mereka di Taman Permatang Tinggi Indah, Bukit Mertajam, petang Isnin.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 4.10 petang ketika mangsa yang berusia 27 tahun mendapati jirannya berusia 42 tahun bertengkar dengan bapanya.

Pergaduhan dipercayai berpunca akibat rasa tidak puas hati suspek terhadap bapa mangsa yang melepaskan air basuhan najis burung merpati sehingga masuk ke halaman rumahnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad, berkata berikutan itu, suspek yang tinggal bersebelah rumah bapa mangsa dipercayai bertindak memarahi bapa mangsa.


Shafee berkata, suspek yang berang ketika itu sedang memegang sebilah sabit kecil dan mengacukan senjata itu ke arah bapa mangsa berusia 52 tahun.

"Bimbang sabit itu terkena bapanya, wanita itu cuba menghalang namun sabit tersebut terkena pada dahinya pada sebelah kiri sebelum suspek melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan tengah malam Isnin.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital swasta di Butterworth dan doktor mengesahkan dia mengalami luka pada bahagian atas mata sebelah kiri.

Shafee berkata, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, polis menemui sebilah sabit dan kesan darah.

Polis kini sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 22-4-2021 04:27 PM
mestilah dia marah...air najis burung tu....
Quote Ciktiekus 22-4-2021 04:32 PM
Skuau: mestilah dia marah...air najis burung tu....

{:kill

Iye..ade je jiran jenis xde common sense..
Quote pxlbb 22-4-2021 05:13 PM
Mcm ni la level emosi rakyat malaysia kuat mengamuk, benda kecik pun boleh jadi sampai cedera. Tak heran kat jalanraya masing2 mcm baru keluar dari neraka.
Quote addved 22-4-2021 06:40 PM
Benda kecik jadi besar, tak pasal2 jadi criminal case kot
Quote Minami2013 22-4-2021 06:47 PM
Mmg boleh menaikkan kemarahan. Cth jiran i bela kucing byk2 pas tu kucing berak depan pagar i. Almost everyday buang tahi kucing pagi sebelum pegi keje sekali dan selepas balik keje sekali. Ada sekali tu sampai lupa kunci rumah okayyyy sbb menyetel tahi kucing tu. Kalau islam, kena istighfar byk2 dpt jiran tak de common sense.
Quote salmon-suki 22-4-2021 08:05 PM
Urm..taik burung tu msti banyak..kalau ai,mmg marah jgk laa..kita jaga bersih2 rumah kita,tiba2 org dtg bg taik...tp utk membunuh tu,mmg tak ler..kalau kes mcm ni,boleh report kt mana ek?
Quote Carcosa 22-4-2021 09:57 PM
Sebab nilah meols mmg berkira2 nak duduk rumah teres, aka landed property. Laki meols dah menyalak2 nak duduk rumah gini. Me'ols flip hair kan sajok. Kang buatnya dpt neighbour from hell, hah bersabit kepala meols nanti. Me'ols ada 2 kucing, tapi indoor cat. Buatnya neighbour yg ada anjing yg gong gong gong mcm bunyik Sajat, lagi meols merana.
For the time being, biar lah meols duduk rumah burung
Quote Megikari 23-4-2021 08:45 AM
Minami2013: Mmg boleh menaikkan kemarahan. Cth jiran i bela kucing byk2 pas tu kucing berak depan pagar i. Almost everyday buang tahi kucing pagi sebelum pegi kej ...


Kalau nampak taik kucing tu lagi, ko jeritkan je KUCING SAPE NI DAH BELA TAK RETI2 NAK AJAR BUANG AIR!!! kuat2 bagi jiran2 ko yg lain pun dengar. Teknik ni berkesan kat jiran aku sebab lepas tu aku x jumpa dah taik kucing dia kat depan rumah aku kehkehkeh
Quote ReginaGeorge 23-4-2021 12:44 PM
Memang jahanam dapat jiran cm nih. Agaknya suspek dah lama tahan marah dia tu. Owner kucing owner anjing pula korek tong sampah. Vavi tol.. {:freak
Quote FanTasyCreaTioN 23-4-2021 03:01 PM
Thread dah ada ...

Tolong mergekan ...
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1247792


Terimakasih ...


Quote belacan_gurl 23-4-2021 07:45 PM
Mmg la sapa pun akan marah...air najis sampai masuk umah kita sendiri tapi tu lah...kenapa dipegang benda tajam tu...kan dah jadi lain...yg jahat si bapak ar main suka buang air najis tapi jadi mangsa keadaan si jiran...sian jiran tu aku lebih simpati dgn jiran dari kuarga najis burung ni
Quote dekmieDandy 26-4-2021 11:19 AM
najis merpati ni memang najis burung papling merbahaya kan

sebab bacteria dia lagi tinggi
Quote nakkomenjugak 15-6-2021 12:22 PM
Perggghhhhh ini kalau dapat pistol mau tiap hari keje nak nembak dok emosi punya pasal

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.057476 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top