CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis akan buat rondaan pada Aidilfitri, akan 'singgah' rumah banyak kereta macam tahun lalu

22-4-2021 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4584| Komen: 26

Description: IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan rondaan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri ini sebagaimana yang dilaksanakan tahun lalu.



IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan rondaan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri ini sebagaimana yang dilaksanakan tahun lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, rondaan itu dilakukan bagi memastikan tiada mana-mana pihak ataupun individu yang dikesan merentas negeri tanpa kebenaran.

Menurut beliau, tindakan itu juga sebagai langkah memastikan kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19 berada pada tahap baik serta mengurangkan risiko jangkitan wabak pada musim perayaan.

Katanya, pematuhan SOP ada kalanya diingkari segelintir pihak dengan mengambil peluang merentas negeri ketika cuaca yang tidak mengizinkan pihak berkuasa melakukan kawalan dan pemeriksaan.


“Kadang-kadang bukannya disebabkan surat rentas negeri dan sebagainya, mereka yang terlepas (pemeriksaan) oleh kerana hujan lebat, anggota kita tidak dapat bertugas waktu itu (hujan) kerana membahayakan mereka, jadi mereka berlindung di pondok-pondok (keselamatan).



“Ketika itu (hujan), mereka (orang ramai) ambil kesempatan untuk melepas pemeriksaan,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Abd Rahim sebelum itu melancarkan buku 69 Komando Lahad Datu Mac 2013 sempena lawatan kerja beliau di kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, dekat sini.

Hadir sama Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

Berikutan itu, Abd Rahim berkata, PDRM akan menggunakan strategi yang sama seperti tahun lalu dengan mengadakan pemeriksaan dari rumah ke rumah.

“Kalau kita tengok banyak sangat kereta dekat sesebuah rumah, maka anggota kita akan mengadakan pemeriksaan, ada surat kebenaran untuk balik atau sebagainya,” jelas beliau lagi.

Dalam perkembangan lain, Abd Rahim meminta agar rakyat tidak keliru dengan arahan berkenaan pergerakan rentas negeri yang dinyatakan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, baru-baru ini.

Katanya, walaupun pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja,namun ia terkecuali sekiranya berlaku sebarang kecemasan ataupun urusan kerja yang mendesak.



Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AyaqMeloSuam 22-4-2021 03:45 PM
Jemput pakcik pulis mkn rendang ketupat yoo..
Quote jfq 22-4-2021 03:47 PM
Mcm hv nothing better to do
Quote xy_daen 22-4-2021 03:49 PM
Kadar jenayah 0% dah kat Malaysia ni sebab tu pulis gigih cari kerja check jenayah covid di kalangan rakyat(marhaen)...
Quote songhara1226 22-4-2021 03:49 PM
jfq replied at 22-4-2021 03:47 PM
Mcm hv nothing better to do

Seperti???
Quote white_musk 22-4-2021 03:52 PM
majlis buka puasa beramai ramai, pergi ke bazae ramadan ramai sesak sesak,
ramai2 di hari raya tidak boleh...

ini cuma untuk rakyat marhaen seperti adik2 semua ya
Quote sharlenetexas 22-4-2021 04:13 PM
Tutup semua parking kat rumah
Quote emera 22-4-2021 04:16 PM
Si lopak kumpul beramai2 bontot bertemu bontot siap bukti merata2 tak nak pulak bagi denda??
Quote EJALTI 22-4-2021 04:18 PM
Jiran kena kepoci la....report kat polis kalau langgar SOP...
Quote delia3003 22-4-2021 04:18 PM
Rumah marhaen je kan?
Quote sarah82 22-4-2021 04:28 PM
Tak apa.. Aku raya kat hotel..tido lagi best
Quote merrissa 22-4-2021 08:06 PM
emera: Si lopak kumpul beramai2 bontot bertemu bontot siap bukti merata2 tak nak pulak bagi denda??



Tula yg terang lg bersuluh gigih la buka kertas siasatan bgai... lepas tu gigih pula kau nak ke hulu hilir. Tangkap peragut la oiiiii buang duit tul
Quote silencekiller 22-4-2021 10:10 PM
Pihak pulis pun tongong dah tadak kerja sangat.. hang tak kesian kat budak2 bawah kaa ? nak kawal betoi2, haramkan semua mejlis social sampai kes 0 laa bodoh... tapi hangpa taknak haramkan sebab ada ummah VIP kaa VVIP kaa artis ka apa kaa nak buat kenduri kendara kawen...

Jangan ingat orang ramai ini bodoh macam hangpa... akai ada pakai laa, sampai bila nak hidop lagu ni jika punca utama tidak ditangani...
Quote notM 22-4-2021 10:12 PM
Terbaik...jangan bagi sangat muka Kat diorg ni...tarik nikmat raya diorg...biar diorg nikmati Hudud mudud
Quote Carcosa 22-4-2021 10:13 PM
Kalau dtg semua naik Grab?
Lepas tu tutup lah pintu, senyap2 dlm tu
Duduk dapur ramai2, mkn2. Curtain semua tutup, sound proof mcm wayang
Quote BicaraHatiku 22-4-2021 10:15 PM
emera replied at 22-4-2021 04:16 PM
Si lopak kumpul beramai2 bontot bertemu bontot siap bukti merata2 tak nak pulak bagi denda??

Lopak okay... kayangan gated komuniti
Quote jejarihalus 22-4-2021 10:17 PM
Kesian dekat polis....macam dah X Ada kerja lain pulak nak dibuat....
Quote haruslah 22-4-2021 10:21 PM
Jgn lupa singgah kat majlis bbuka pose
Dgr2 ramai vvip menteri yb buat majlis
Pegi jenguk2 bazar gak...soping mall...kilang2
Ni x, netizen jugak x abis2 digertak....
Xde keje carik keje
Quote nesloice 22-4-2021 10:24 PM
alaa mesti buat rondaan kat taman marhaen kan?

ronda la kat taman kayangan tgk ada tulur ka tada tulur
Quote mawarputih2612 22-4-2021 10:29 PM
aku cadang penguatkuasa ikut cara lhdn tu
wujudkan unit khas yg jaga selebriti /artis media sosial
kerja hadap media sosial jer korang
tgk org upload yg langgar sop, terus ambush
pasti dpt capai kpi

rakyat malaysia ni sabar lagi klu tak balik utk raya
ni dah tahun ke 2 tak balik tp kes tak turun2, pe cer???
penat dah weii penatttt

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.159553 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top