CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ugut Pengurus, 15 Tahun Ponteng Kerja Tapi Gaji Jalan

22-4-2021 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2309| Komen: 0

Description: Seorang pekerja di sebuah hospital Itali didakwa tidak hadir ke tempat kerja selama 15 tahun namun dibayar gaji selama tempoh itu, media tempatan melaporkan.
Seorang pekerja di sebuah hospital Itali didakwa tidak hadir ke tempat kerja selama 15 tahun namun dibayar gaji selama tempoh itu, media tempatan melaporkan.

Lelaki berkenaan dikatakan tidak hadir ke Hospital Ciaccio di Catanzaro sejak 2005.



gambar hiasan

Dia kini disiasat atas kesalahan menipu, melakukan pemerasan dan salah guna kuasa, menurut laporan agensi berita Ansa.

Sepanjang tempoh 15 tahun itu, lelaki berkenaan dilaporkan telah dibayar sebanyak 538,000 euro (RM2.67 juta).

Enam pengurus hospital yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan turut disiasat.

Penahanan dibuat hasil siasatan polis berkenaan amalan ponteng kerja dan dakwaan penipuan dalam kalangan pekerja sektor awam di Itali.


Lelaki berkenaan dikatakan tidak hadir ke Hospital Ciaccio di Catanzaro sejak 2005. - Foto Google View


Lelaki berkenaan merupakan pekerja sektor awam dan ditugaskan di hospital itu pada tahun 2005 namun dia tidak hadir ke tempat kerja, kata polis.

Dia turut didakwa mengugut pengurusnya supaya tidak melaporkan tindakan dia itu.

Selepas pengurus berkenaan pencen, ketidakhadiran lelaki itu tidak disedari pengurus seterusnya atau petugas sumber manusia.


Sumber: AWANI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • orangbiasaje

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.037682 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top