CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuah Gelandangan Jadi Model Penggambaran Fesyen

23-4-2021 05:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4454| Komen: 16

Description: Tuah menyebelahi seorang lelaki gelandangan dari Nigeria apabila mendapat tawaran untuk menjadi model bagi sebuah penggambaran fesyen.
Tuah menyebelahi seorang lelaki gelandangan dari Nigeria apabila mendapat tawaran untuk menjadi model bagi sebuah penggambaran fesyen.

Lapor Oddity Central, tawaran itu dibuat selepas seorang pengarah kreatif terserempak dengan Ali Olakunmi dari Osun, Nigeria yang ketika itu tidur di bawah jambatan.



Kredit foto: Oddity Central/Twitter

Pengarah kreatif yang dikenali sebagai Afolabi memilih lokasi dibawah jambatan itu sebagai latar belakang untuk penggambaran fesyennya.

Ketika sedang menunggu model lelaki yang belum sampai, Afolabi secara kebetulan terserempak dengan Olakunmi yang dirasakan memiliki semua ciri model untuk penggambaran fesyennya.

Afolabi meminta pemuda etnik Yoruba itu mengenakan pakaian dan bergaya untuk bergambar.




“Saya ada penggambaran di Ikeja hari ini, sementara  menunggu model sampai, kami meminta seorang lelaki gelandangan (Olakunmi) yang tidur di bawah jambatan menjadi model sementara kami.

“Saya rasa Olakunmi memang dilahirkan untuk menjadi model. Dia memiliki gaya, bentuk badan dan warna kulitnya yang sempurna untuk bidang ini,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, baru-baru ini.   

Ciapan Afolabi dan beberapa gambar Olakunmi mengenakan pakaian cantik menjadi tular dalam media sosial.



Selepas ciapan itu menjadi tular, Afolabi mula mendapat pertanyaan daripada warganet termasuk sebuah syarikat pemodelan multinasional di Lagos untuk bertanyakan tentang bakat Olakunmi.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 23-4-2021 05:47 AM
Kulit dia cantik bersinar. Tapi mata kuning tu takpe ke?
{:question
Quote mijot 23-4-2021 05:55 AM
rezeki dia....
Quote lavendernovella 23-4-2021 09:33 AM
Tak semua orang boleh buat muka stoic yang berkualiti. Kalau takder bakat muka stoic semulajadi terus jadi muka poyo. Lawa lah ko cam ner sekalipun.  
Quote azie5zoe 23-4-2021 09:35 AM
Kita minat kulit Adut Akech.
Quote sukacactus 23-4-2021 01:55 PM
Video dia masa kat tepi jalan tu, mula ok je, skali masa dia jeling kat camera, kusss tanjat aku!
Mata dia kuning mcm ada jaundice plak
Quote crossline 23-4-2021 03:53 PM
Carcosa: Kulit dia cantik bersinar. Tapi mata kuning tu takpe ke?{:question

boleh edit guna photoshop, etc.
Quote dani-rox 23-4-2021 06:19 PM
Akak dah cakap dah, muka aprika atau asian paling ulu lah jd rebutan couture dan high fashion designers. Kalo muka buatan kulit putih hasil produk timbang kati stended model iklan dlm katalog jah
So jgn pandang hina anak lokalista adunan afrika, silap2 bakalan international supermodel hokeh.
Quote dua_chzy 23-4-2021 07:44 PM
dani-rox: Akak dah cakap dah, muka aprika atau asian paling ulu lah jd rebutan couture dan high fashion designers. Kalo muka buatan kulit putih hasil produk tim ...


Muka putih buah dada suntik bontot buatan timbang kilo itu takat jadik model FHM untuk jadik stok lancap jantan kabaret, boleh la.
Quote cupu 23-4-2021 08:56 PM
Carcosa replied at 23-4-2021 05:47 AM
Kulit dia cantik bersinar. Tapi mata kuning tu takpe ke?
{:question

Mkn benda xsihat...cuba tgk mata2 org kaya...semua putih bersih.merah2 kyning semua xde.
Quote mesmerize 23-4-2021 09:00 PM
tapi ekspresi muka dia macam tak kuasa nak kerja je.. tido lagi bagus
Quote any42 23-4-2021 09:07 PM
Rezeki tgolek. dah dpt krja nnti boleh pindah ke tempat bteduh yg lbih slesa
Quote Punat_button 23-4-2021 09:24 PM
lavendernovella replied at 23-4-2021 09:33 AM
Tak semua orang boleh buat muka stoic yang berkualiti. Kalau takder bakat muka stoic semulajadi teru ...

muka stoic tu apa. Kerek ka?


Quote kaedahnya 23-4-2021 10:32 PM
sebab tulang pipi tinggi ke
Quote Carcosa 23-4-2021 11:14 PM
cupu replied at 23-4-2021 08:56 PM
Mkn benda xsihat...cuba tgk mata2 org kaya...semua putih bersih.merah2 kyning semua xde.

Ohhh sbb pemakanan ya? Meols ingat sbb adalah organ2 dia dah tak berfungsi dgn baik.
Seriau tgk mata jadi kuning.
Quote lavendernovella 25-4-2021 04:43 PM
Punat_button replied at 23-4-2021 09:24 PM
muka stoic tu apa. Kerek ka?

Boleh lah kira muka kerek. Muka takda perasaan. Muka pendam perasaan..  muka resting bitch face  
Quote lavendernovella 25-4-2021 04:44 PM
mesmerize replied at 23-4-2021 09:00 PM
tapi ekspresi muka dia macam tak kuasa nak kerja je.. tido lagi bagus

Tu lah dia muka stoic yang menjadi. Expressi tak peduli apa pun..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.050188 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top