CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Logiklah Nak Bayar RM100 Je!" - Ameng

22-4-2021 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4020| Komen: 15

Description: "Ada yang nak bayar RM150 saja. Paling teruk RM100 pun ada!" kata penyanyi Ameng yang kecewa dengan segelintir penganjur yang menawarkan harga murah untuk persembahan artis.
"Ada yang nak bayar RM150 saja. Paling teruk RM100 pun ada!" kata penyanyi Ameng yang kecewa dengan segelintir penganjur yang menawarkan harga murah untuk persembahan artis.

Penyanyi kumpulan Spring ini berkata, mereka menggunakan alasan penularan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai alasan berbuat demikian.



Kredit foto: IG Ameng

"Memang tak dinafikan harga untuk persembahan sekarang agak merudum hingga penganjur nak bagi bayaran sagu hati yang sangat tak munasabah.

"Paling tak logik, sebuah agensi kerajaan mahu menganjur majlis Makan Malam Tahunan seluruh zon di selatan tanah air, tapi nak bayar RM500 saja. Bayangkan sampai begini sekali mereka sanggup. Namun, saya tak salahkan mereka kerana ada juga artis yang sanggup ambil bayaran sebanyak itu," katanya ketika ditemui di majlis D'Haja Private Hi Tea Reward Premium Stockists & Agents 2021, baru-baru ini.


Menurut Ameng, artis yang kurang mendapat tawaran, tiada pilihan sehingga terpaksa menerima berapa saja harga yang ditawarkan.

"Secara tidak langsung, artis ini sendiri yang mengajar pihak terbabit yang anggap semua artis sama dan mudah setuju dengan tawaran mereka.

"Dalam hal ini, saya beruntung kerana kenal dengan pemilik D'Haja. Saya terbabit dengan program anjuran mereka di seluruh negara. Mereka langsung tak pertikai harga yang saya letakkan. Nampak yang dia sangat menghormati golongan artis," katanya.

Selain itu, Ameng turut memaklumkan ada juga syarikat produksi yang cuba menggunakan artis apabila menawarkan harga rendah untuk penggambaran.

"Bayangkan program mengenai diari kehidupan iaitu satu tajuk yang besar dan tayangan selama satu jam pula.

"Penggambaran mengambil masa sehari suntuk tapi bayaran cuma RM1,000 dan ia sangat tak berbaloi. Saya memang tolak tawaran itu, tapi yang tak seronoknya mereka akan anggap saya pula yang 'demand'," katanya.

Ameng berkata, dia akan meneliti terlebih dulu bentuk persembahan dan bayaran sebelum memberikan persetujuan.

"Sekiranya program untuk anak yatim atau nak kutip dana saya boleh faham, tetapi kalau buat acara yang besar dan bayaran untuk penyanyi murah memang ia sesuatu yang tak wajar.

"Semua orang tahu, kalau acara besar pasti bajetnya pun besar. Jadi, takkan nak bayar murah kepada penyanyi," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taji2906 22-4-2021 02:57 PM
tengok gambar mcm da kurus jek
Quote sleepandream 22-4-2021 03:29 PM
level ameng ni kau offer rm100 memang tak patutlerrr...
duit transport pun tak lepas
Quote matchstick 22-4-2021 05:07 PM
Ameng nyanyi sedap tak patut la offer rm100 je.. cer gi offer kt kak nab mau tak dia nyanyi if organizer offer rm100.
Ni kira baik lg jwpn ameng..kena dgn AA puih puih puih je la jawabnye
Quote primarikey 22-4-2021 05:11 PM
matchstick replied at 22-4-2021 05:07 PM
Ameng nyanyi sedap tak patut la offer rm100 je.. cer gi offer kt kak nab mau tak dia nyanyi if organ ...

Hahaha....ngekek aku gelak yg puih puih puih tu
Quote Eliadaisy83 22-4-2021 05:13 PM
Zamna covid ni ramai yg ambil kesempatan atas kesulitan.
Quote c===8 22-4-2021 08:09 PM
Ok la rm100 utk menyanyi dari takde income.indon tukang rumah berpanas pagi sampai ptg baru dpt sehari rm100 je
Quote jualbelirumah 22-4-2021 09:20 PM
c===8 replied at 22-4-2021 08:09 PM
Ok la rm100 utk menyanyi dari takde income.indon tukang rumah berpanas pagi sampai ptg baru dpt seha ...

betul jugak tang nie.. penyanyi cuma menyanyi 1 ke 2 lagu camtu je. berapa minit je dapat rm100.

indon berhempas pulas kerja seharian. tapi indon sekarang mana pandang setakat rm100. kalau ada pon yg nak, tu jenis xde permit, xde visa, passport da lama mati, nama blacklist, pergi balik kerja minta berjemput, makan suruh tanggung.

tapi sama je kan.. ngn retis. transport cover, makan sure penganjur belanja. bukan jenis makan nasi bungkus ni.

untung org yg lahir2 ada rupa, ada suara, bakat semulajadi nie xsemua merasa.
Quote LadyCarefree 22-4-2021 11:32 PM
Tayangan sejam kalau show camtu memang bayarannya 1k kebiasaannya. Unless ko retis grade A.
Quote September14 22-4-2021 11:41 PM
Klu xnk senyap jer... duk bising2 nmpk sgt x bsyukur.. 500 tu mnynyi santai2 je pun...
Quote addamnor 23-4-2021 01:54 AM
c===8 replied at 22-4-2021 08:09 PM
Ok la rm100 utk menyanyi dari takde income.indon tukang rumah berpanas pagi sampai ptg baru dpt seha ...

Tak ok dek. Sampai ke sudah nak banding dengan kuli indon susah lah kehidupan kita. Utk well known singer yang ada few hits songs  dan suara sedap, totally absurd for RM 100 payment per job. Ambil kesempatan.
Quote dudaberhias 23-4-2021 03:06 AM
hello dik, orang menyanyi kat majlis kenduri pengantin pun orang bayar rm200 ke rm500 kot, tu pun penyanyi yang biasa2 orang tak kenal... ni yang orang kenal kau nak bayar rm100? kalau dah sangkak tu sila sedar diri, ni ko pun sibuk nak jadi penganjur sibuk nak buat majlis, padahal sangkak tersangkak sangkaknya dan terhina di muka bumi ni.

takde duit sila sedar diri, baik ko sedekah duit tu kat masjid je, kurang2 dapat pahala dari menganiaya orang...
Quote Carcosa 23-4-2021 06:05 AM
"Tapi yg tak seronok nya, mereka akan anggap saya pulak demand"
Memanglah kau demand, BamMing oi. ~Demand higher payment.
Tah hapa2. Penggunaan perkataan yg betul utk tujuan yg salah. Tapi yelah kan. What to expect. Retis Mesia. Mana ada yg bijak
Quote Nham22 23-4-2021 06:08 AM
Giler ar.. Ameng ni lagend kott.. Die bukak mulut nyanyi saja sedap nak mampuihh... Tarap2x nyar zain...
Quote Perawankota 23-4-2021 07:08 AM
Melampau nk bayar rm100
Quote ketupatnasi 23-4-2021 03:35 PM
melampau haihhh!!
acik Rohana Jalil pun kurang 5K ko kna bayar nak ajak berbuka dekk!!
acik Meor busker kat stesen KL Sentral tu pon Corp Comm hakak bagi token RM2K back to 2017 for 3 hrs performance hokeh! tu takde mekap hape dengan gitar sebijik pastu sound system kami sediakan.

klu bajet ciput baik ko nyanyik sesama sendiri je.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.055810 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top