CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Kasthuri, Jangan Campur Urusan Zakat' - Lian Ker

23-4-2021 07:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8605| Komen: 41

Description: Timbalan Menteri Perpaduan Datuk Seri Ti Lian Ker menegur tindakan Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto terlibat dalam urusan bantuan zakat kepada umat Islam.
Timbalan Menteri Perpaduan Datuk Seri Ti Lian Ker menegur tindakan Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto terlibat dalam urusan bantuan zakat kepada umat Islam.

Lian Ker berkata, adalah lebih baik dan tertib sekiranya hal ehwal Islam diuruskan oleh penganut agama itu sendiri.




Lian Ker berkata, selaku wakil rakyat, ahli Parlimen DAP itu seharusnya tahu tindakan beliau akan mengganggu keharmonian kaum kerana melibatkan sensitiviti agama.

Lian Ker yang juga Naib Presiden MCA berpandangan tidak ada keperluan kepada wakil rakyat dari mana-mana parti untuk menumpang nama atau bermain politik dengan pemberian bantuan pusat zakat.

Hal itu disuarakan Lian Ker menerusi laman Facebook rasminya.



Jelas Lian Ker, dia pernah menjadi wakil rakyat dan senantiasa berhati-hati dalam menjaga sensitiviti dan kesucian agama Islam dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat supaya tidak mengguris hati atau mengancam keharmonian agama.

Kasthuri sebelum ini dikecam warganet selepas memuat naik gambar penyerahan bantuan Zakat Pulau Pinang (ZPP) kepada umat Islam sehingga memaksanya memadamkan hantaran tersebut di media sosial.



Ketua Pegawai Eksekutif ZPP Amran Hazali dalam penjelasannya berkata, bantuan zakat yang disampaikan oleh Kasthuri hanyalah surat kelulusan.

“Sebenarnya, yang disampaikan ahlli parlimen terbabit bukannnya baucar sebaliknya cuma surat kelulusan.


Kredit foto: FB Lian Ker, Kasthuri

“Tahun ini, ZPP menggunakan sistem berbeza apabila penerima bantuan boleh membeli keperluan mereka di mana-mana lebih 30 kedai yang kami lantik dan membeli barangan bernilai sehingga RM100 dengan hanya menggunakan kad pengenalan,” katanya.


Sumber: Suara Merdeka
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 23-4-2021 08:08 AM
sedap BM YB Lian Ker ni
sedangkan melayu acah2 posting ig letak english walaupun grammar ke longkang
Quote kenari2101 23-4-2021 08:19 AM
masa PH dulu, ada je sibuk nak bagi zakat ni.
yg pelik tok imam lebai bagai segih je cam kerang busuk
dah banyak kali kena sound pun macam tak reti bahasa

nak kena buat cam ne agaknya

lagi bagus apa2 sahaja berkaitan dengan zakat ni tak yah libatkan non-muslim , tak kira lah nak bagi apapun, sbab blh datangkan fitnah macam ni
Quote isbritneybich 23-4-2021 08:22 AM
selamba je dia bagi kat yennaporinggey ni LEMBU punya susu. kuat nganjing jugak timb menteri ni
Quote nazzse 23-4-2021 09:34 AM
Sibuk masuk campur hal agama orang.
Time kaum kerabat dok claim tanah kuil 100tahun diam tak berkutik
Quote Tinot7 23-4-2021 09:58 AM
Tak sangka surat kelulusan kena bubuh dlm kotak
Quote caprut 23-4-2021 10:06 AM
Aku pon tk paham knp DAP nk menyemak dalam hal2 ni
Quote Knowlee 23-4-2021 10:10 AM
"Bagi kamu, agamamu. Bagiku, agamaku."
Surah al-Kafirun, ayat 6

Apa dah takde org lain ke nak jadi penyampai sumbangan tu. Dia ni dah la suka masuk campur hal kita. Puak dia buat hal dia tak cakap apa. Bollock.
Quote jalfa 23-4-2021 10:11 AM
Tak de mp muslim dah ke yg gigih nak panggil dia ni.yg mp ni pon yg bangang sgt dah kenapa.baik ko sibuk cari dana alih kuil kuil haram ke tanah yg sah dr dok menempek
Quote haruslah 23-4-2021 10:12 AM
Dlm kotak tu ape pulak?
Mcm dah xde yg muslim nam tlg sampai kan

Mcm dejavu je rasa kes zakat oleh yb non muslim. Ke mmg penah ade?
Quote Knowlee 23-4-2021 10:13 AM
caprut replied at 23-4-2021 10:06 AM
Aku pon tk paham knp DAP nk menyemak dalam hal2 ni

I taktau la org lain nampak ke tak, lately DAP dah mula main cara halus, dia target pada emosi org Melayu. Org Melayu ni pantang la org tolong, sanggup hilang malu. Ini diorg main cara subconscious mind. Dia target pada org susah Melayu, tolong belikan itu ini, viralkan, beribu ribu la Melayu pun sanjung. PRU nak dekat dah wei... Meanwhile, parti melayu kita asyik gaduh saja. Cuba la mula buat cara mcm ni pulak. Bab ini parti melayu kita ketinggalan zaman.
Quote hatikudus 23-4-2021 10:20 AM
Edited by hatikudus at 23-4-2021 10:24 AM
Tinot7 replied at 23-4-2021 09:58 AM
Tak sangka surat kelulusan kena bubuh dlm kotak

Aku pun tertanya2....besar & beratnya surat sampai kena bubuh dlm kotak...nampak beno menipunya
Ehhh tak payah cover kebodohan lahhhh!!!
Quote Tinot7 23-4-2021 10:28 AM
haruslah replied at 23-4-2021 10:12 AM
Dlm kotak tu ape pulak?
Mcm dah xde yg muslim nam tlg sampai kan


Aritu kan dah pernah berlaku. Mamat cainis yg edar.. kali ni acik yindia pula.
Quote Tinot7 23-4-2021 10:33 AM
hatikudus replied at 23-4-2021 10:20 AM
Aku pun tertanya2....besar & beratnya surat sampai kena bubuh dlm kotak...nampak beno menipunya
E ...

Hahahaha.. iols husnuzon yg surat tu bermuka2 surat sampai kena bubuh dlm kotak. Hahahaha
Quote JunkMail 23-4-2021 10:44 AM
Bukan dulu2 org bukan Islam bising pasal zakat dapat kat org Islam je. Tiba2 skrg nak acah2 macam dia menyumbang zakat pulak. Macam aku pernah terbaca kejadian ini .. ke imaginasi hati hitam ku aje?
Quote jalfa 23-4-2021 10:49 AM
Zakat skrg mmg ada peruntukan utk yg bukan islam pon..cuba tya pusat zakat. Tp yg penerima tu x kisah la..yg sibuk nak menempek seolah olah mmberi gambaran ,bantuan tu  drpd dia
Quote Skuau 23-4-2021 10:50 AM
Knowlee replied at 23-4-2021 10:13 AM
I taktau la org lain nampak ke tak, lately DAP dah mula main cara halus, dia target pada emosi org ...

mereka tukar taktikal@MO kpd EL,uncle kentang....dh...sb ore Melayu....'mudah sgt'.
Quote coco 23-4-2021 11:37 AM
yang PALING SALAH PUZ PULAU PINANG.    pihak zakat la patut terang2 pertahankan,  kata biar Islam sendiri uruskan hal ni.   apsal biar zakat di politik kan.   kelly ng ni mmg suka la dapat platform nak feeling2....
Quote fergie.abel 23-4-2021 11:55 AM
coco replied at 23-4-2021 11:37 AM
yang PALING SALAH PUZ PULAU PINANG.    pihak zakat la patut terang2 pertahankan,  kata biar Islam se ...

This is absolutely correct. PUZPP patut lebih sensitif dan tegas. X perlu nak libatkan org tidak berkepentingan dalam hal ni.
Quote Decaffeinated 23-4-2021 12:06 PM
helicornia replied at 23-4-2021 08:08 AM
sedap BM YB Lian Ker ni
sedangkan melayu acah2 posting ig letak english walaupun grammar ke longkan ...

Baru nak kata. Perisa pun ada tak macam karangan BM budak cina yang dapat A SPM tapi skema yahamat. Tapi tetap ada part2 yang kantoi la macam kebangga.

Satu lagi peribahasa tu dia tak boleh ubah ya untuk disesuaikan dgn cerita.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.055851 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top