CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Yang Kutuk Lagu Aina Abdul, Lagu Raya Judi Lebih Sedap Katanya

22-4-2021 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3209| Komen: 12

Description: Penyanyi dan penulis lagu, Aina Abdul tampil menjawab komen warganet yang secara sinis mendakwa lagu raya judi yang mencetuskan tular baru-baru ini, lebih sedap berbanding lagu raya nyanyiannya, Syuku ...
Penyanyi dan penulis lagu, Aina Abdul tampil menjawab komen warganet yang secara sinis mendakwa lagu raya judi yang mencetuskan tular baru-baru ini, lebih sedap berbanding lagu raya nyanyiannya, Syukur Lebaran.


Lagu yang dihasilkan Aina bersama Sarry Khaled dan Wan Zakaria itu sudah pun dilancarkan sejak April lalu.

Menurut Aina, 27, perkara tersebut sebaiknya tidak perlu dibanding-bandingkan kerana sesebuah lagu itu pastinya ada kelainan tersendiri.

Malah pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani itu juga menyifatkan ada banyak cara yang lebih baik untuk mengkritik lagu seseorang penyanyi.

Foto: IG

“Bagi saya, ia tidak boleh dibanding-bandingkan. Ini kerana, persiapan untuk hasilkan sesebuah lagu itu juga berbeza-beza. Pada netizen yang komen macam itu, mungkin mereka lihatnya daripada satu sudut sahaja.


“Saya buat lagu untuk mereka yang menyokong. Kalau nak kritik, ada cara yang lebih baik. Kalau kritik jenis yang ‘direct’ macam itu, maksudnya macam mahu nak mengaibkan saya. Jadi saya tak nak layanlah.



“Tidak perlu nak banding-bandingkan pun sejak awal lagi. Bukanlah tidak boleh, tetapi cara itu menunjukkan macam ada yang tidak suka saya. Mungkin belum dengar lagu itu elok-elok, tetapi terus menghakimi.

“Nak kritik boleh, ada banyak caranya. Misalnya kalau ada yang kata mereka ada DM (direct message) tetapi mungkin saya tak baca, tapi ruangan komen di Instagram, saya boleh baca.

“Ada warganet yang komen atau kritik saya dengan cara baik di ruangan tersebut,” katanya.


Ditanya mengenai capaian Syukur Lebaran di media sosial, Aina yang ditemui pada majlis Iftar Bersama Aina Andul di The Majahapit, Mont Kiara juga menambah, dia menerima maklum balas baik dan menghargai mereka yang menyukai single berkenaan.

“Alhamdulillah, untuk lagu sempena Syawal ia kira lagu raya saya yang paling cepat ‘naik’. Saya sedar, saya bukanlah penyanyi yang bila muat naik di YouTube, jumlah tontonannya akan capai sejuta dalam masa singkat.



“Prosesnya perlahan tetapi ‘views’ itu organik, saya tahu siapa yang tonton,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aina turut merancang untuk mengadakan ‘showcase’ hujung tahun ini selepas terlibat dalam seni suara secara serius sejak 2014. -CARI

Sumber: Media Hiburan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 22-4-2021 01:25 PM
ok la cuma lirik lagu tu pi mai2 tangtu
Quote husna_amal 22-4-2021 02:59 PM
Vocal nyanyian power pun belum menjamin orang suka dengan lagu2 dia ni. Tengok industri pun banyak bagi peluang dan cuba naikkan nama aina ni.
Quote bluecrystal 23-4-2021 02:03 AM
Laki aku paling tak suka lagu dia yg masuk ajl aritu..aku rasa bukan sebab lagu tu..tapi nyanyian dia kadang2 terlebih suda
Quote dudaberhias 23-4-2021 02:58 AM
Edited by dudaberhias at 23-4-2021 02:59 AM

maaf... iols tetap teringat... gi di bet tiga tiga tiga ada... liriknya dah masuk dalam otak cuma tak main judi je lagi sebab saham dan trading kan ada...
Quote kookie92 23-4-2021 03:10 AM
Kat kepala hotak i asyik terngiang lagu raya sama shopee by iman troye tu.
Quote markonahlah 23-4-2021 03:27 AM
Lagu2 dia tak ada pon satu yg melekat kat telinga aku ni
Quote MakcikLaksa 23-4-2021 06:38 AM
Dia ni nyanyi xnatural. Trlalu nk tekankn teknik, vokal2 bagai. Dengn jerit2 melolong lagi.. Sakit telinga acik.

Lagu ajl dia dulu rengsa acik dgr dia jerit2. Bila raysha nyanyi medley tu sedap pulak lagunya. Sbb raysha nyanyi rilex2 je..

Dan please sesiapa tlg advice fesyen aina ni... Semuanya hauk

Quote gekkou 23-4-2021 06:48 AM
tak nak layan kritikan
tok sah menjawab soalan2 macam ni
duduk diam2 p nyanyi sana
statement bawah2 cakap lagu diterima baik kan
lagu raya kau paling cepat naik kan
ha dah p bersyukur sana

lagu raya kau pun abam tak pernah dengar dik
Quote Roan 23-4-2021 08:00 AM
Aku tak tahu la.. dia ni kerap muncul dalam berita hiburan setiap minggu.. tapi tetap krik-krik jua.. tak da siapa pun peduli..
Quote hayrin86 23-4-2021 09:11 AM
kookie92 replied at 23-4-2021 03:10 AM
Kat kepala hotak i asyik terngiang lagu raya sama shopee by iman troye tu.

Kan.. Layan lagu Jalur Gemilang dan Malaysia Tercinta masa musim Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas lagi best..

[youtube]zDMgZjNBbcI[/youtube]

[youtube]mc6AYDTnRx8[/youtube]


Quote Redmyvi 23-4-2021 09:29 AM
Biasala tu, even ctdk pun bukan semua lagu dia sedap.. Aina ni baru lg..  Just take your time..
Quote September14 23-4-2021 09:36 AM
Lagu raya iol suka lagu m masir.. klu dgr tu meresap dlm jiwa

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.208045 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top