CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ustaz Ebit Lew Ziarah Di Kelantan, Sedih Sayu Lihat Bapa Menangis Tahan Sakit

22-4-2021 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3566| Komen: 9

Description: Setiap manusia tidak dapat lari daripada ujian kehidupan, yang datang tanpa diduga.
Setiap manusia tidak dapat lari daripada ujian kehidupan, yang datang tanpa diduga.

Ujian yang datang juga tidak sama, ada yang ditimpa dengan masalah kewangan dan ada yang diuji dengan kesakitan.


Ahli keluarga dan insan tersayang yang sakit juga adalah ujian yang perlu dihadapi.

Begitulah yang dihadapi oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang diduga dengan bapanya yang sakit terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di Kelantan.


Kredit foto: mStar


Tambahan pula seluruh negeri itu dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan peningkatan kes Covid-19 yang ketara di kebanyakan tempat.


"Dah empat hari di HUSM Kubang Kerian. Belajar banyak saat bersama ayah tercinta. Ayah yang sepanjang hidup takkan mengerang kesakitan. Sakit macam mana pun diam je.

"Tapi bila tengok air matanya menahan sakit, terasa sedih. Ya Allah sembuhkanlah ayahku. Saya ni kalau sakit memang tak tahan. Demam je dah teruk," tulisnya di Facebook milik beliau.




Ebit bagaimanapun tidak menjelaskan penyakit yang dialami bapanya, Ibrahim Lew, namun memberitahu kesihatan bapanya berusia 84 tahun itu merosot sejak tiga bulan kebelakangan ini.

Menyedari dirinya sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab termasuk usahanya dalam membantu masyarakat yang memerlukan dan kurang bernasib baik.

Namun, Ebit mengakui ujian berat apabila berjauhan dan jarang meluangkan masa bersama ibu bapa masing-masing terutama dengan kekangan dan sekatan ketika pandemik ini.

"Selalu saya sibuk je. Kena PKP ini betul-betul berat ujiannya. Takutkan. Apalah erti dunia ini tanpa dapat menziarahi orang tua tercinta.

"Saya doakan Allah bantu semua dapat ziarah mak ayah masing-masing. Allah angkat segala sakit, ujian wabak dan segala halangan.

"Berat ujian jarang dapat bersama mak ayah. Berjauhan. Orang tua bila tak dapat jumpa anak hati mereka jadi sedih sangat. Hati kita ini dididik lembut. Kena raya lagilah sayu dan berat je," ujarnya.

Kredit foto: mStar

Beliau mendoakan agar ibu bapa masing-masing diberikan kekuatan dalam menempuh ujian selain menyeru masyarakat berbuat baik kepada keluarga dan insan yang memerlukan.

"Kuatkan seorang ayah, kuat seorang ibu. Tidur di sofa ini buat terfikir banyak perkara. Terasa benarlah dunia ini tiada harganya jika dibandingkan kesihatan orang kita sayang.

"Kerana itu gunakanlah wang ringgit harta untuk buat baik pada keluarga dan orang yang memerlukan," katanya.

Dalam pada itu, Ebit turut berdoa agar bapanya yang kini dirawat di HUSM diberikan kesembuhan segera seperti sediakala.

"Ya Allah jika ada pahala untuk apa sahaja saya lakukan saya hadiahkan buat ayah dan mak saya. Berilah kesembuhan buat ayah saya. Kuatkannya kembali," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 22-4-2021 01:43 PM
Dia dok bilik VVIP.. Selesa kot dlm tu.. Sebelum masuk bilik pesakit ada hall @ ruang tamu... Sofa ada situ.. Dlm bilik VVIP. Ada lagi ruang tamu dan bilik air besar dari bilik air VIP
Quote LadyCarefree 23-4-2021 12:13 AM
Ebit kat pkpb. Bapanya pkp.
Memang boleh rentas negeri camni eh?
Bukan #dengkike

"permohonan yang dipertimbangkan tertakluk kepada tiga situasi iaitu kecemasan membabitkan ahli keluarga terdekat namun perlu dokumen sokongan, kematian serta pasangan suami isteri yang berjauhan"
Quote LadyCarefree 23-4-2021 12:16 AM
sarah82: Dia dok bilik VVIP.. Selesa kot dlm tu.. Sebelum masuk bilik pesakit ada hall  @  ruang tamu... Sofa ada situ.. Dlm bilik VVIP. Ada lagi ruang tamu da ...



Hospital ni jenis ada FPP private wing ya?
Quote LadyCarefree 23-4-2021 09:38 AM
Baideway, Ebit baru buat claim dulu dia belajar luar negara. Kat mana dan belajar apa ya? Setahu iols dia grad soksai UPM.
Quote nipskacang 23-4-2021 10:10 AM
LadyCarefree replied at 23-4-2021 12:16 AM
Hospital ni jenis ada FPP private wing ya?

Yup,  yg ayah ebit ni die masuk private wing husm; usains namanya. Ade wing asing dgn wad biasa,  specialist je attend case usains ni .
Quote hipopopo 23-4-2021 09:01 PM
Rezeki dia dpt blk tgk ayah sakit. Kita rakyat marhaen ni, ayah meninggal br dapat balik
Quote LadyCarefree 24-4-2021 08:58 PM
Moga bapaknya semakin pulih
Quote roserouen 25-4-2021 06:50 AM
Wad korporat HUSM atau USAINS. Sesape yg nak bersalin kat HUSM & nak suami/family teman boleh la request bilik ni lepas bersalin.
Quote kepingbewok 25-4-2021 03:39 PM
ratu sayu sungguh ustaz nie

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.052197 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top