CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Awi Rafael Bantu Kanak-Kanak Autism, Guna Muzik Sebagai Terapi

27-3-2021 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2453| Komen: 8

Description: Penyanyi dan komposer, Awi Rafael menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi National Autism Resource Centre (NARC) milik universiti itu bagi membantu menghasilkan sukatan pel ...
Penyanyi dan komposer, Awi Rafael menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi National Autism Resource Centre (NARC) milik universiti itu bagi membantu menghasilkan sukatan pelajaran untuk mengajar anak-anak autism.


Bukan saja di Malaysia, sukatan pelajaran yang akan dihasilkan menerusi kajian itu akan diguna pakai di Singapura dan Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.

Awi berkata, sebelum ini dia bersama syarikatnya, Newsantara aktif untuk membantu golongan autism terutamanya kanak-kanak.


Foto: IG

"Jadi, apabila pihak UiTM nampak mengenai aktiviti ini, mereka mempelawa saya untuk bekerjasama dan membawa program ini ke peringkat antarabangsa.


"Sekarang, kajian yang dijalankan adalah bagaimana untuk menggunakan muzik sebagai salah satu terapi buat pesakit autism dan sukatan pelajaran yang akan diwujudkan bakal digunakan di Malaysia, Singapura dan Dubai," katanya kepada Harian Metro.

Berkongsi mengenai pembabitannya dalam membantu anak-anak autism, Awi berkata, dia memulakan langkah ini ketika memilih untuk berehat beberapa tahun lalu.



"Sebelum ini, saya pernah berehat dari industri muzik selama dua tahun. Dalam tempoh itu, saya banyak terbabit dengan aktiviti serta program bersama anak-anak istimewa ini.

"Bersama mereka, banyak perkara yang saya belajar. Kalau bercakap mengenai pencapaian, saya sudah rasa banyak benda, tapi apabila bersama mereka ada kepuasan lain yang saya kecapi iaitu apabila dapat membantu mereka," katanya.

Awi berkata, setakat ini terdapat 153 orang anak-anak autism menyertai program itu.

Terbaru, Awi muncul dengan single berjudul Jangan Lupakan Aku, duet bersama sahabatnya yang juga pelakon dan penyanyi, Julia Farhana Marin. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wolfheart 27-3-2021 09:34 AM
Kanak2 istimewa mcm autism, dyslexia, adhd semua tu mmg sesuai buat terapi cara mcm ni. Terapi seni - muzik/lukisan, berkebun. Teruskan, awi.
Quote LadyCarefree 27-3-2021 09:42 AM
Harap bapak aredam xsesama tetiber tunggang effort ni atau meroyan sangkal. Dia tu semua orang xbetul cara handle autism. Professional help pon dia jebik. Ubat pon dia stopkan. Pastu anak jd lg xleh kontrol org suruh bg balik. Last2 dia mengalah tp pepandai ubah dosage. Yg dia sibuk jual bendalah bau.
Quote Adrif 27-3-2021 11:38 AM
tak semua ASD ni boleh terima music therapy kan?
terutamanya yang ada hypersensitiviti. secara spesifiknya, bunyi.

kita dengar bunyi tu biasa, tapi bagi dia, dentum dentam dum dam dum dam sampai tak boleh berfikir betul, lepas tu emotional outburst, meltdown.

Quote wolfheart 27-3-2021 10:32 PM
Adrif replied at 27-3-2021 11:38 AM
tak semua ASD ni boleh terima music therapy kan?
terutamanya yang ada hypersensitiviti. secara spes ...

Ada yg terlalu sensitif sampai nak potong rambut pun bermasalah sbb tak tahan bunyi rambut kena gunting dekat telinga. Sbb tu tak semua individu tu boleh ikuti terapi yg serupa.
Quote putriTS 28-3-2021 01:46 AM
LadyCarefree replied at 27-3-2021 09:42 AM
Harap bapak aredam xsesama tetiber tunggang effort ni atau meroyan sangkal. Dia tu semua orang xbetu ...

I pun ada terfikir benda yg sama, tapi xnak la ckp apa2. I ada gak beli EO, tapi bukan untuk anak..tapi untuk mak ni haa...yg nak destress before tido malam2. Anak sulung I autistic.
Anak i mmg sgt cenderung ke arah music. Dia boleh hafal key dan main balik simple songs mcm twinkle2 pakai xylophone. I tak pernah pun ajar dia key lagu. Budak Autism ni, dia suka something yg structured. Yang dia tahu x kan berubah2.
I pnah tgk 1 documentary pasal sorang old lady kat UK, dia offer free piano lesson to Autistic kids. Dia ckp, music ni umpama 1 benda yg autistic child boleh fahami sbb every note, mainkan berapa banyak kali pun, akan tetap note yg sama. u tekan 1 piano key, bunyi yg sama akan keluar walau berapa kali u tekan. Unlike normal human being, yg sometimes cakap no pun sebenarnya can be a yes.
Quote LadyCarefree 28-3-2021 01:51 AM
putriTS replied at 28-3-2021 12:46 AM
I pun ada terfikir benda yg sama, tapi xnak la ckp apa2. I ada gak beli EO, tapi bukan untuk anak. ...

Xde masalah nk guna aromatherapy tp dia mcam tunggang sakit anak dia like people tunggang ugama jual benda. Jenama dia jual tu kalau chuols Google scam je. Macam coway la kot? Atau shaklee.

iols doakan yg baik2 untuk anak chuols dan family chuols. Buatlah yg terbaik.

Mcm ada i baca are dam tu first time pergi pantai and dia happy sangat. Better control, dia calmer and happy. But why they never bring him to the beach ever again? Kalau iols, kalau betul begitu, harus beli rumah by the beach.
Quote putriTS 28-3-2021 01:59 AM
LadyCarefree replied at 28-3-2021 01:51 AM
Xde masalah nk guna aromatherapy tp dia mcam tunggang sakit anak dia like people tunggang ugama ju ...

Alhamdulillah, our family from both sides agak supportive dgn condition anak i yang ni. Yang atuknya ni dah beria2 nak cari piano letak kat rumah.
Bagi I that boy agak bertuah sbb family dia nampak agak well to do dan lebih dr mampu nak hantar dia pegi segala terapi yg ada. Dia dah umur 17 or 18? baru first time pegi pantai.....
I wonder if dulu dia hantar pegi skolah tak? or simpan je kat rumah.

Quote biozipstar 29-3-2021 09:09 PM
sepupu aku ada autism tapi fam dia jaga dgn baik... umur dalam 20+ pandai jaga diri, kerja jadi cleaner kt pejabat... bagus sangat bila ada orang yg menerima dgn baik...

bagus2 awi sebab sudi join force utk perkara baik mcm ni..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.124986 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top