CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Jabir Meftab Tak Kecil Hati Dengan Komen 'Pelakon Kayu' Isma Yusoof

27-3-2021 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2567| Komen: 10

Description: Pelakon baru, Jabir Meftab, 21, tidak kecil hati dengan komen 'pelakon kayu' diluahkan pengarah drama Shah Alam 40,000, Isma Yusoof dalam perkongsian dimuat naik di Instagram, baru-baru ini.
Pelakon baru, Jabir Meftab, 21, tidak kecil hati dengan komen 'pelakon kayu' diluahkan pengarah drama Shah Alam 40,000, Isma Yusoof dalam perkongsian dimuat naik di Instagram, baru-baru ini.


Jabir yang juga pelakon drama itu berkata, dia sangat menghargai komen-komen diluahkan pengarah berkenaan untuk memperbaiki kelemahan dirinya untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.


Foto: IG

"Saya tak pasti komen yang dibuat itu dia tuju pada saya atau pelakon lain. Bagaimanapun, saya sangat hargai komen diberikan dan saya ambil sebagai positif.

"Saya pun masih baru dalam bidang ini. Jadi komen-komen itu saya ambil sebagai satu teguran dan peringatan untuk diri. Bayangkan kalau saya sudah berlakon agak lama, tapi tak pernah tahu apa kelemahan yang perlu diperbaiki, payah juga," katanya kepada Harian Metro.


Jabir yang mula berlakon pada 2018 sebagai pelakon tambahan berkata, dia meminati bidang lakonan sejak kecil dan menyimpan impian menjadi pelakon terbaik suatu hari nanti.


"Saya mula berlakon sebagai pelakon tambahan tiga tahun lalu. Kemudian saya menyertai bidang peragaan pada 2019 dan tahun lalu, saya ambil peluang menyertai pertandingan Hero Remaja 2020.

"Sejak tahun lalu juga saya banyak memasuki kelas lakonan dan semakin faham bagaimana industri ini. Apapun, saya takkan berhenti dari terus menuntut ilmu. Tak kisahlah pengalaman banyak atau sikit, saya tetap akan terus berusaha," katanya.

Berkongsi pengalaman bekerja dengan Isma, Jabir berkata, dia kagum dengan cara pengarah yang memberi kebebasan kepada pelakon untuk mencorakkan watak dibawa.

Menurut Jabir yang menimba ilmu lakonan dengan Azhan Rani, kini dia semakin nampak bidang lakonan sebenarnya lebih mendalam.




Katanya, ia bukan hanya sekadar lakonan, tapi membawa pada perjalanan kehidupan.

Jabir yang menetap di Gombak dan berdarah kacukan Tunisia di sebelah bapa dan Melayu di sebelah ibu Melayu berkata, rezekinya dalam lakonan makin murah kerana sudah membintangi drama seperti Juliet, Suara Hati, Cinta Tiada Perisik, Diva Popular, Amoi Balik Kampung dan ada beberapa projek lakonan lagi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote giyomi 27-3-2021 11:31 AM
nampak cam gayah, tp tulah, klu ada rupa semua ok, wlpon kayu ttp diterima tanpa komen oleh @Kurex and seangkatan
Quote slyfynx 27-3-2021 11:49 AM
Eh, dah ade kan thread pasal die ni.

Lupe lak wartawan cari mmg suke bukak thread yang sama.
Quote Kurex 27-3-2021 11:50 AM
giyomi replied at 27-3-2021 11:31 AM
nampak cam gayah, tp tulah, klu ada rupa semua ok, wlpon kayu ttp diterima tanpa komen oleh @Kurex a ...

Tak menarik... Stim pun tidak....
Quote Normabaru 27-3-2021 04:49 PM
Mamat ni tgk live kat meletop dulu ada rupe muka burung unta.. Sorry dia ni putih ja. Tp xhensum pon
Quote kivio 27-3-2021 07:23 PM
Mata kiri ke mata kanan naik teksi dah sembilan hengget
Quote Ferr_Remy 27-3-2021 07:49 PM
Muka mcm Pakistan jual carpet. Ensem lg Pakis jual carpet kat Tesco Ipoh. Hahahaha
Quote ReginaGeorge 28-3-2021 07:27 PM
Macam cendawan tumbuh ye set2 kunyit nih {:cryrun
Quote nanasno 29-3-2021 01:14 AM
kivio replied at 27-3-2021 07:23 PM
Mata kiri ke mata kanan naik teksi dah sembilan hengget

ya Allah berdekah iols baca ya
Quote biozipstar 29-3-2021 09:07 PM
harap2 xde yg terbang...
Quote LembingDayanti 30-3-2021 10:07 AM
maybe jabir tak layan Isma yuduf kut hahahahha

Lihat semua komen(10)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-7-2022 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.071107 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top