CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nina Iskandar Bengang, Hampir Ditipu Individu Minta Beli Barang Anak

27-3-2021 09:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3046| Komen: 11

Description: Pelakom Nina Iskandar meluahkan rasa bengang dengan tindakan segelintir pihak yang tergamak menipu untuk mendapatkan bantuan dengan cara mudah.
Pelakom Nina Iskandar meluahkan rasa bengang dengan tindakan segelintir pihak yang tergamak menipu untuk mendapatkan bantuan dengan cara mudah.

Menerusi perkongsian di laman Instagram Story, Nina atau nama sebenar, Nur Akmalina Iskandar, 30, memaparkan perbualannya dengan seorang wanita yang ingin memohon bantuan untuk membeli barang keperluan anak-anaknya.

Enggan tertipu, aktres kelahiran Brunei itu kemudiannya meminta wanita itu mengemukakan bukti salinan kad pengenalan namun individu berkenaan gagal berbuat demikian.


Foto: mStar

"Dunia ini ada macam-macam jenis manusia... macam-macam taktik scammers, malah ada yang tak terjangkau dek akal kita.

"Kita ni pun kena juga berhati-hati pada setiap masa. Nak bantu orang terutama dalam talian, sila berjaga-jaga, jangan bantu orang tanpa berfikir, takut kita pula yang terkena.

"Kepada sesiapa yang selalu minta bantuan, tolong belajar meminta dengan cara yang betul, dengan adab yang betul. Bila anda terlalu mendesak, ia membuatkan orang takut nak membantu," katanya.




Menurut Nina, dia bukan tidak mahu membantu sebaliknya terpaksa lebih berhati-hati berikutan pernah mengalami pengalaman ditipu bekas pembantu peribadi.

Kejadian yang berlaku terhadapnya membuatkan dia tidak dapat meletakkan kepercayaan kepada sesiapa pun terutama orang tidak dikenali.

"(Dalam meminta bantuan) yang paling penting, jujur... Jika anda tidak jujur then bye bye. Memang saya akan tawar hati.

Nina berkongsikan perbualannya dengan wanita tersebut.


Foto: via mstar

"Bekerja dengan bekas pembantu peribadi yang tidak jujur, saya memang terus pecat dia... apatah lagi orang asing yang minta bantuan tapi tidak jujur.

"Saya minta maaf sekali lagi, saya ada sebab tersendiri kenapa minta maklumat terperinci mengenai mereka. Ini kerana saya pernah ada pengalaman terkena dengan scammers dan disebabkan itu saya sangat berjaga-jaga," katanya.

Isteri kepada penolong pengarah, Mohd Azlan Adzanan itu juga menitipkan pesan buat semua pengikutnya agar sentiasa beringat dalam segala perkara yang dilakukan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote auntyonion 27-3-2021 09:19 AM
errrr {:cryrun
Quote LadyCarefree 27-3-2021 09:49 AM
Kuat meroyan je. Acah2 nk bagitau dia dermanwan lettew.
Quote Belibis 27-3-2021 12:46 PM
Gumuknya acik nina.mana wajahmu ' Andai Itu Takdir' dulu dulu.
Quote jualbelirumah 27-3-2021 12:55 PM
share laa perbualan sheols ngn scammer tuh. alaaa
Quote Cece1234 27-3-2021 01:00 PM
Nyampah la dia ni..
Quote kakakpositifker 27-3-2021 08:18 PM
Tergamak eh tipuuuu
Quote dudaberhias 28-3-2021 06:27 AM
Kesian dekat dia ni sebab gosip dia boleh di katakan tiap2 bulan ada dekat forum ni. Tapi dia tetaplah sendu sampai ke harini. Nak nasihatkan cuba la cara marketing lain pulak untuk upkan diri. Buat bisnes kambus belakang rumah ke.
Quote gigahertz 28-3-2021 09:45 PM
Belibis: Gumuknya acik nina.mana wajahmu ' Andai Itu Takdir' dulu dulu.

beza betul muka dulu muka skrg.
Quote Lylyna 29-3-2021 12:53 AM
Bila gumuk pakai tudung. Jangan nanti kalau kurus bukak tudung balik {:thief
Quote che-cikL 29-3-2021 05:13 AM
30 umurnya? Kalu letak dgn Catriona Ross atau Noniswara, blh nampak sebaya
Quote biozipstar 29-3-2021 09:13 PM
ingatkan kening buat emang mcm tu rupanya. hehe.. bila pakai tudung kalau selisih kt mana2 ingatkan siapa tadi. nak2 pakai mask...

moga terus berduet.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.055620 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top