CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyakit Aneh! Wanita Ini Akan Pengsan Kalau Nampak Lelaki Kacak

26-3-2021 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7027| Komen: 51

Description: Seorang wanita berasal dari Northwich, Cheshire ini mempunyai penyakit yang aneh kerana dia boleh pengsan gara-gara melihat lelaki kacak yang lalu di hadapannya.
Seorang wanita berasal dari Northwich, Cheshire ini mempunyai penyakit yang aneh kerana dia boleh pengsan gara-gara melihat lelaki kacak yang lalu di hadapannya.



Kristy Brown yang berusia 32 tahun ini  mengalami penyakit Cataplexy dimana apabila emosinya kuat, ototnya akan menjadi lumpuh secara tiba-tiba. 

Jika mendengar bunyi bising atau ketawa yang kuat, dia akan mengalami tekanan emosi, seterusnya jatuh pengsan.

"Jika saya melihat seseorang yang menarik, kaki saya bergerak jadi saya cuba untuk tidak meletakkan diri saya dalam situasi di mana perkara itu boleh berlaku, atau saya cuba untuk mengawasi keselamatan saya sendiri," katanya dipetik Daily Mail.

Ibu kepada dua orang anak ini terpaksa menundukkan kepalanya ketika berada di tempat awam bagi mengelakkan daripada mencederakan dirinya akibat lututnya yang lemah. 


Kristy ketika muda


Namun, dia juga mengalami kesukaran untuk tidur dan apabila dia penat, penyakitnya semakin kerap berlaku.

Tambahnya, ototnya akan kejang apabila terlalu marah, gembira dan ketakutan.

Katanya, penyakit Cataplexy itu berlaku selepas dia mengalami kecederaan pada kepala akibat terkena batu ketika erusia sembilan tahun. 

Namun, dia sebenarnya disahkan mempunyai genetik narkolepsi.

Walau bagaimanapun, dia pernah pengsan akibat ketawa keterlaluan serta marah-marah.


Kristy bersama dua anak dan anak saudaranya

Kristy akan mengalami serangan sekurang-kurangnya lima kali sehari tetapi serangan tersebut boleh meningkat hingga 50 kali sekali sehingga membuat dia sukar untuk keluar rumah.


Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote notM 26-3-2021 01:22 PM
Cantik kampung sheols
Quote KIM.K 26-3-2021 01:25 PM
Kak, kau bukannya lawa sangat nak berdebar sampai pengsan
Quote umbut 26-3-2021 01:29 PM
Meh datang malaysia.. susah nak cari yg kacak.. ko x kan pengsan..
Quote damsel_fiji 26-3-2021 01:32 PM
Jate mesti terasa hati kan klu minah ni x pengsan tgk dia
Quote awanysss 26-3-2021 02:08 PM
damsel_fiji replied at 26-3-2021 01:32 PM
Jate mesti terasa hati kan klu minah ni x pengsan tgk dia

kan.. takleh nak menipu.. hahaha
Quote Abam_Leh 26-3-2021 02:26 PM
Abam takleh tengok pompuan hodoh, mestiii pengsan  




Quote None68 26-3-2021 02:27 PM
Saja nak tarik perhatian je tu
Quote Cece1234 26-3-2021 02:34 PM
Alah ngengadanya..
Quote chandrahusin 26-3-2021 02:45 PM
Kat sini siap pecah ovari lagi bdk2 pempuan walaupun hya melihat Daie Syed
Quote sharlenetexas 26-3-2021 02:54 PM
Ni datang penyakit tersedu bila nampak perempuan.

[youtube]rieRHuhI2Qs[/youtube]

Quote Nenasketum 26-3-2021 02:56 PM
Kalau dia tak pengsan depan lelaki tu, patut lah lelaki tu berkecil ati
Quote mrsbale 26-3-2021 03:05 PM
Tah2 definasi kacak dia mcm herol hamis tu je.
Ek eleh sgt
Quote Cocoais 26-3-2021 03:38 PM
umbut replied at 26-3-2021 01:29 PM
Meh datang malaysia.. susah nak cari yg kacak.. ko x kan pengsan..

Hahhaha win yang ni
Quote Cocoais 26-3-2021 03:39 PM
Jenuh pengsan kalau pegi korea tu tapi sayang semua plastik
Quote Boomibulat 26-3-2021 03:58 PM
Nasib baik kita dok jauh..kalau kita berjiran mesti setiap saat pengsan tgk kehenseman saya..
Quote Jitu 26-3-2021 04:13 PM
mesti suami dia tak kacak
jenuh klu suami kacak asyik pengsan je
Quote lavendernovella 26-3-2021 06:03 PM
Real jer penyakit dia ni. Nampak jer macam mengada2. Dia ni tak boleh stress melampau. Weol tak tau apa kaitan lelaki hemsem dengan cetusan penyakit dia. Mungkin traumatic experience dulu2?
Quote downiey 26-3-2021 07:03 PM
kira suami die kategori x ensem la ek.. sbb idak lak die pengsan tgk laki die
Quote Aliaskotonggo 26-3-2021 07:20 PM
mintak dijauhkan dari aku bertemu perempuan ni. Bila dia pengsan tengah jalan, aku takut ada yg menuduh aku yg bukan2.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.065034 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top