CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Niezam Zaidi Rindu Nonny Nadirah, Yakin IG Digodam

27-3-2021 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14649| Komen: 74

Description: Pelakon Niezam Zaidi, 29, yakin Instagram milik Nonny Nadirah, 32, yang memaparkan gambar bekas kekasihnya itu tidak lagi bertudung selain berpakaian agak seksi itu digodam.
Pelakon Niezam Zaidi, 29, yakin Instagram milik Nonny Nadirah, 32, yang memaparkan gambar bekas kekasihnya itu tidak lagi bertudung selain berpakaian agak seksi itu digodam.

Niezam ketika dihubungi berkata, dia yakin kerana Nonny tidak seperti apa yang digambarkan dalam Instagram itu.


Foto: IG

"Saya tahu mengenai perkara ini selepas melihat di Instagram. Dia bukan seperti itu, Insya-Allah. Saya yakin Instagram Nonny digodam," katanya kepada Harian Metro.

Niezam berkata, kali terakhir dia berhubung dengan Nonny ialah pada 16 Januari lalu.

"Hari ini saya cuba menghubunginya tapi tak dapat. Cuma pada 16 Januari lalu kami ada berhubung menerusi WhatsApp. Selepas itu kami terus 'lost contact'. Ketika itu dia okay lagi," katanya.



Dalam masa sama, Niezam mengakui rindu dengan bekas kekasihnya itu.

"Sebagai kawan yang pernah rapat dan hadir dalam hidupnya, ada sesuatu yang saya nak cakap iaitu rindu," katanya.

Foto: IG

Terdahulu, Nonny mendedahkan perkahwinan yang dirancang bersama Niezam terpaksa dibatalkan.

Nonny memaklumkan perkara itu menerusi Instagram pada 25 Oktober tahun lalu, namun tidak mendedahkan mengenai punca pembatalan itu.

Malah, rakan baiknya, penyanyi Mila Jirin berkata, Nonny mengakui dia individu yang dipaparkan di Instagram itu.

Sementara itu, usaha bagi mendapatkan penjelasan Nonny berhubung perkara itu tidak berjaya apabila mesej dan panggilan telefon tidak berjawab. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote auntyonion 27-3-2021 09:18 AM
nape dorang x jd kawen eh
Quote Normabaru 27-3-2021 09:18 AM
Seriously nk menempel? Gi la jmp psychiatrist kalau dh jiwa kacau...

Mencemarkan reputasi wanita berhijab la ko ni non
Quote anilanil 27-3-2021 09:25 AM
Bagusnya nizam husnuzon ig nonny kena hack padahal bff mila dah pecah lubang itu mmg nonny. Kalo betol bff tegur direct je la by call ke WhatsApp ke ni ko gi karang open letter kt ig watpe la...
Quote umbut 27-3-2021 09:26 AM
Bukan dah putus ke korang
Quote mamajawie 27-3-2021 09:34 AM
Xtahu la psal pe dorang tak jadi kawen tapi klu ko da start rindu pe salahnya ko jalinkan kembali hubungan dulu tu..pompuan rebel sbab kecewa n nak dipujuk..gi la pujuk si nonny tu blik..tapi nk puji la ko ni bagus tetap husnuzon tu bukn nonny tapi acc kena hacked..iollss suka..{:hooray{:hooray
Quote LadyCarefree 27-3-2021 09:48 AM
Sibuknya lahai. Biaq pi la badan dia ghambot dia. Cuma eloklah sembunyi aib lutut hitam betis berkudis banyak. Hehe
Quote helicornia 27-3-2021 09:49 AM
sayang tk jadi kawin.tengok nizam ni hensem n baik
Quote user.name 27-3-2021 10:44 AM
Quote user.name 27-3-2021 10:44 AM
Quote user.name 27-3-2021 10:45 AM
Quote user.name 27-3-2021 10:46 AM
Quote user.name 27-3-2021 10:46 AM
Quote user.name 27-3-2021 10:47 AM
Edited by user.name at 27-3-2021 10:59 AM

Quote user.name 27-3-2021 10:47 AM
Quote user.name 27-3-2021 10:48 AM
Quote user.name 27-3-2021 10:48 AM
Quote user.name 27-3-2021 10:49 AM
Edited by user.name at 27-3-2021 11:00 AM

Quote user.name 27-3-2021 10:49 AM
Quote user.name 27-3-2021 10:58 AM

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.214533 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top