CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Neelofa, PU Riz Sah Suami Isteri

27-3-2021 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 123997| Komen: 1997

Description: Selepas sekian lama berteka-teki mengenai hari bahagia mereka, akhirnya pasangan selebriti Noor Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz selamat disatukan sebagai suami isteri.
Selepas sekian lama berteka-teki mengenai hari bahagia mereka, akhirnya pasangan selebriti Noor Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz selamat disatukan sebagai suami isteri.

Neelofa, 32, sah bergelar isteri kepada PU Riz atau nama sebenar Haris Ismail, 26, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.40 pagi, Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh adik Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya dan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebentuk cincin.


Foto: IG

Pasangan pengantin itu meluahkan rasa syukur majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar dan berharap perkahwinan mereka menjadi satu ikatan abadi.


"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah," ujar Neelofa dan Haris.



Turut hadir ahli keluarga Neelofa iaitu Datuk Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris, Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johar. Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Sejak awal minggu ini, satu demi satu petunjuk muncul bagi menguatkan khabar angin mengenai perkahwinan pasangan berkenaan yang dikatakan berlangsung dalam masa terdekat.



Bermula Selasa, muncul dakwaan seorang individu kononnya melihat Riz sedang membelek sampin songket di sebuah kedai.


Ia terus menjadi perbualan hangat netizen di media sosial selepas Neelofa pula pada Rabu lalu memuat naik tiga potongan doa meminta orang ramai mendoakan urusannya dipermudahkan.

Kemudian pada Khamis, inai pada jari tangan kirinya kelihatan seperti kebiasaan dipakai oleh bakal pengantin baharu.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 November lalu dalam sebuah majlis tertutup hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

Pada Disember tahun lalu, Neelofa dalam kenyataannya menafikan dakwaan sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.




Neelofa turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang kepada pendakwah muda itu.

Kisah hubungan cinta pasangan ini mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga Riz.

Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit di jari manisnya sekaligus membuktikan hubungan cinta mereka masih berada dalam keadaan baik. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 27-3-2021 09:06 AM
Edited by MatDeghem at 27-3-2021 01:37 PM

wedding7.jpg

Screenshot_2021-03-27-11-21-08-86.png

Screenshot_2021-03-27-12-18-17-39.png

mamazat

Screenshot_2021-03-27-12-17-12-29.png

mak mentua...


wedding9.jpg


Quote ElmoRed 27-3-2021 09:33 AM
Mana table nak duduk ni?
Quote Atiesha 27-3-2021 09:34 AM
Parking cni plak....
Quote watymuchaz 27-3-2021 09:34 AM
Scan kat mana uolss.. Jgn x scan melayang 10k nnt
Quote Sazzylicious 27-3-2021 09:34 AM
So sambung makan nasik kenduri kat thread bangmat .
Quote hady_vit 27-3-2021 09:34 AM
Penat iols pagi2 pegi scan st regis, tpaksa book grab pi grand hyatt
Quote makiting 27-3-2021 09:34 AM
Cek in abg mat bg pic dan info bebanyak yea
Quote ayukpingu 27-3-2021 09:34 AM
dah scan mysejahtera ke belum?
Quote hell0jennie 27-3-2021 09:34 AM
Laki2 tema habibi
Quote gingerbreaf 27-3-2021 09:35 AM
Dah unlock so packing sini Bang mat please gambar nikah
Quote Sazzylicious 27-3-2021 09:35 AM
watymuchaz replied at 27-3-2021 09:34 AM
Scan kat mana uolss.. Jgn x scan melayang 10k nnt

Purdah jgn lupe pakai.. pengganti  mask
Quote che-cikL 27-3-2021 09:35 AM



ok Jennie
Quote md_nana 27-3-2021 09:35 AM
hell0jennie replied at 27-3-2021 09:34 AM
Laki2 tema habibi

macik jeni xde gambar ekslusif ke selain curi dr igs clan sskjp
Quote Izaabelle 27-3-2021 09:35 AM
Kita duduk table mana tepi diaz ke
Quote akuchenta 27-3-2021 09:36 AM
hell0jennie replied at 27-3-2021 09:34 AM
Laki2 tema habibi


Kek kawin cantik tak jeni?
Berapa tingkat? 7,8,9 tingkat?
Quote watymuchaz 27-3-2021 09:36 AM
hady_vit replied at 27-3-2021 09:34 AM
Penat iols pagi2 pegi scan st regis, tpaksa book grab pi grand hyatt

Seb baik jalan x jam hr ni.. Kang terlepas uols welding of century
Quote cikpuanviolet 27-3-2021 09:36 AM
Motif jahlop senyap tak berkutik bila reporter call kenapa? Kalau jadi kata jadi, tidak haters ternanti2. Ke nak trending worldwide dengan cara cheap gini? Selamat pengantin baru loparis
Quote missHaidiD 27-3-2021 09:36 AM
md_nana replied at 27-3-2021 09:35 AM
macik jeni xde gambar ekslusif ke selain curi dr igs clan sskjp

Dik jeni tak dijemput. Mampu ambik dr ig sskjp sajork
Quote MyLadyMarmalade 27-3-2021 09:36 AM
Check mic, check lighting, check 1 2 3

Ok check innnn

Lihat semua komen(1997)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-7-2022 12:06 AM GMT+8 , Processed in 3.435061 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top