CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dapur Basah VS Dapur Kering - Kenapa Perlu Ada Dua Dapur Berasingan?

24-3-2021 08:38 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 11228| Komen: 29|Original author: Oleh: Natrahn

Description: Dapur Basah VS Dapur Kering - Kenapa Perlu Ada Dua Dapur Berasingan?


Dapur kering dan dapur basah merupakan konsep yang biasa di Malaysia - satu untuk proses penyediaan makanan yang ringan dan satu lagi untuk kerja memasak yang lebih berat. 

Dapur basah dan dapur kering biasanya terletak sebelah-menyebelah, memudahkan kita untuk bergerak antara keduanya.

Dapur kering biasanya terdapat di bahagian rumah yang berhawa dingin, dan terbuka ke ruang makan atau ruang tamu. Lazimnya dapur kering berfungsi sebagai kaunter bar, untuk keluarga dan rakan-rakan yang suka ber5osial dan berbual sambil menikmati makanan ringan bersama-sama. 

Maka ia merupakan tempat terbaik untuk meletakkan mesin kopi, penyejuk wain dan juga oven pembakar roti anda.


Dapur basah - sesuai dengan namanya di sinilah sebahagian besar kerja memasak dan persiapan sebelum memasak dilakukan. Kawasan ini memerlukan lebih banyak kerja membersih dan mengemas berbanding dapur kering.

Lantas kawasan ini memerlukan peredaran udara yang baik untuk mengurangkan bau dan pembiakan kulat.

Terdapat pelbagai cara anda boleh mencantikkan ruang dapur basah dan dapur kering. Ayuh kita lihat beberapa rekaan dapur Malaysia ini sebagai inspirasi.

3 Inspirasi Reka Bentuk Dapur Basah

1) Terang dan nyaman

Cahaya dan pengudaraan semula jadi akan  mewujudkan ruang yang terang dan nyaman. 

Kredit foto: Property Guru

Dapur memasak pula diletakkan di tepi tingkap supaya bau dapat  hilang dengan lebih cepat.

2) Semula jadi dan moden

Dapur basah jenis ini memberikan keseimbangan yang sempurna antara warna gelap dan terang.

Kredit foto: Archify

Pada waktu selain waktu makan, kawasan ini bahkan dapat digunakan oleh keluarga sebagai tempat belajar atau membuat kerja.

3) Fokus pada dinding yang bercorak berani

Dapur basah dengan dinding bercorak pasti akan menarik perhatian orang ramai kerana lazimnya ramai lebih suka dinding polos di kawasan ini.

Kredit foto: Lorong Dalaman Pereka


3 Reka Bentuk Dapur Kering Untuk Inspirasi Anda

1) Warna hitam dipadankan dengan warna kayu

Gabungan warna hitam dengan warna kayu untuk dapur kering jenis ini menampakkan unsur mewah dan harmoni. 

Kredit foto : recommend.my

Dapur kering jenis ini adalah impian setiap peminat seni reka bentuk dalaman yang menjadi kenyataan!

2) Ringkas tapi inovatif

Rekaan dapur jenis ini telah dirancang dan direka dengan penuh teliti sehingga ke setiap pelusuk ruang.



Kredit foto: Property Guru

Dapur jenis ini kelihatan unik, bergaya dan mudah digunakan - itulah salah satu cara untuk menjadikan dapur kecil lebih menyerlah!

3) Percikan warna warni

Bagi sesetengah orang, suka dapur mereka kelihatan menarik dan ceria. 

Kredit foto: IDN Times

Pilihan warna-warni ini dapat membangkitkan mood dalam dapur.

Tetapi mengapa kita perlu ada dua dapur berasingan, bukankah lebih mudah untuk menyediakan dan memasak dalam tempat yang sama? 

Percaya atau tidak, susun atur dapur sebegini iaitu membahagikan kepada dua bahagian sebenarnya membantu pengurusan dapur dan memberikan lebih ruang simpanan! 

Dapur adalah jantung sesebuah rumah - sama ada anda ingin memiliki dapur basah dan dapur kering bergantung pada keperluan gaya hidup anda. -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 24-3-2021 09:14 AM
Artikel ni terlalu general. Secara lahiriahnya hahaahah.. dapur kering nk buat tayang tayang kabinet nyatoh tu. Kitchen aid color merah mnyala, built in microwave dan oven, peti ais smeg dan thermomix di atas counter. Sekian.
Quote yum3 24-3-2021 09:34 AM
ye sekadar utk  tayang2 boleh ler.  MIL aku terjebak nak buat dapur basah & kering. Nak ikut sgt stail moden konon2nya. Last dapur kering buat jadi temp jemur kain.. aduhaii.., membazir duit je buat renovation last2 tak guna ..emmmmmm
Quote EvieWanKenobi 24-3-2021 09:48 AM
kalau iols suka 1 dapur je..
kering ke basah ke semua sekali..
Quote whimsygirl 24-3-2021 10:06 AM
yum3 replied at 24-3-2021 09:34 AM
ye sekadar utk  tayang2 boleh ler.  MIL aku terjebak nak buat dapur basah & kering. Nak ikut sgt sta ...

Serupa la macam my mum, function dapur kering untuk coway, microwave & masak dengan induction cooker masa sahur

Kalau rajin/ada maid, memang angan2 iols nak ada dapur kering ala farmhouse style kitchen+walk in kabinet
Masak2/baking berlaku di dapur basah, senang nak sorok kuali/periuk/pinggan tak sempat basuh bila tetamu datang mengejut tak buat appointment

Sedar diri kurang rajin & xcukup masa, cukupla dapur basah je yang minimalis, mudah dikemas, atas kaunter just ada water filter je. Pagi2 iols bangun tido, mood pun baik nak mulakan hari baru
Quote natrahn 24-3-2021 10:09 AM
SayaSayangMama replied at 24-3-2021 09:14 AM
Artikel ni terlalu general. Secara lahiriahnya hahaahah.. dapur kering nk buat tayang tayang kabinet ...

                              
Quote Boomibulat 24-3-2021 10:33 AM
Dapu seluas reban ayam cmana nak buat basah kering..
Quote natrahn 24-3-2021 11:23 AM
Boomibulat replied at 24-3-2021 10:33 AM
Dapu seluas reban ayam cmana nak buat basah kering..

tambah divider
Quote helicornia 24-3-2021 01:16 PM
mcm aku terpaksa buat 2 dapur kering n basah. sbb dapur asal kecik sgt. ruang makan agak besar. so utk microwave, induction sume aku alihkan kt dapur kering.
Quote nurul_akmar 24-3-2021 02:02 PM
Rumah x cukup besar nk divide2 dapur.. hihihihi
Quote Cece1234 24-3-2021 02:21 PM
I xrajin masak so xyah nak dapur basah ke kering ke..yang pastu dapur i mmg sntiasa kering sbb i beli guna foodpanda je..hahaha..
Quote Fly_over 24-3-2021 03:09 PM
dapur kering utk lawa2 tetamu. dapur basah tu tempat bkecah jd diri sendiri
Quote juruterra 24-3-2021 03:15 PM
i kena ada dapur basah kat luar so that bau2 goreng ikan kering & menumis belacan tak masuk ke dalam rumah. dapur kering utk lepak2 toast roti ka or panaskan makanan yang tak berbau
Quote puteribaya 24-3-2021 04:08 PM
juruterra replied at 24-3-2021 03:15 PM
i kena ada dapur basah kat luar so that bau2 goreng ikan kering & menumis belacan tak masuk ke dalam ...

samalah rumah I..dry kitchen tu ada ekon..so kena masak kat wet kitchen ..tapi bukanlah rajin masak pun..
Quote Artemesiaa 24-3-2021 04:51 PM
Pernah ada rumah yang ada dapur basah dan dapur kering.  Akhirnya dapur kering tak berfunsi sangat lebih untuk display je.  Akhirnya dirumah sekarang maintain hanya ada satu dapur.  Walau pun hanya satu digunakan sepenuhnya bukan sekadar display lagi,
Quote qicki 24-3-2021 09:42 PM
teringin jugak cenggini tp ruang dapur yg satu itu pun sempit nau
Quote mijot 24-3-2021 10:23 PM
teringin nak ada 2 dapur ni.....
tp keluasan rumah tak membantu....
Quote caca_eric 24-3-2021 11:16 PM
Cece1234 replied at 24-3-2021 02:21 PM
I xrajin masak so xyah nak dapur basah ke kering ke..yang pastu dapur i mmg sntiasa kering sbb i bel ...

Ok kreatif dan.kelakarrrr
Quote HappyGumbira 26-4-2021 11:03 PM
ikut napsu mmg teringin nak dpr bsh kering tp dapur pun kecik, masak pun boleh kira ngn jri sebulan brp kali.
Quote fuzzyfuzzy 28-4-2021 07:38 AM
aku ada jer dapur basah n dapur kering...
dapur basah mmg lenjan habis-habisan gitu..
dapo kering utk masak simple2 guna oven or air fryer je..

so bila tetamu dtg rumah makan2...nampak dapo kemas jer..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.308910 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top