CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Apa Beza Rasa Air Gas Dalam Botol Kaca Dan Plastik?

23-3-2021 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1928| Komen: 6

Description: Pernahkah anda membeli minuman berkarbonat atau bergas yang dipek sama ada dalam botol kaca mahupun plastik?
Pernahkah anda membeli minuman berkarbonat atau bergas yang dipek sama ada dalam botol kaca mahupun plastik?


Gambar hiasan


Jika YA, pasti anda akan mendapati kedua-dua bekas minuman ini mempunyai rasa minuman yang berbeza, meskipun ia pada perisa dan jenama sama.


Kenapa ia berlaku?

Menurut satu kajian saintifik, air bergas dalam botol kaca mempunyai rasa lebih sedap kerana kandungan soda dan gas karbon dioksidanya adalah lebih tinggi berbanding minuman dalam botol plastik, petik ANALOX.

Plastik mempunyai rongga kecil pada permukaannya yang membenarkan gas untuk keluar daripada botol lebih cepat, berbanding dengan botol kaca atau tin.

Ia sekaligus membuatkan rasa berkarbonat itu berkurangan meskipun ia masih belum dibuka. Disebabkan itu jugalah, rasa air gas dalam botol plastik berbeza dengan yang dalam botol kaca.



Gambar hiasan

Namun begitu, kos pembungkusan minuman berkarbonat dalam botol kaca adalah lebih mahal berbanding botol plastik mahupun tin. Maka, pengedar lebih suka memilih pembungkusan dalam botol plastik atau tin, meskipun botol kaca mempunyai rasa minuman bergas yang lebih enak.


Sumber: Era.je

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 23-3-2021 05:21 PM
rindu nk minum air soda

{:cryrun
Quote Reira77 23-3-2021 05:30 PM
Kalau dlm tin, ada aftertaste rasa besi.
Quote belacan_gurl 24-3-2021 06:39 PM
Aku kalo beli air gas mmg cari tin... baru kuat gas dia...layan sambil mkn bihun sup pedas...perghhhhh
Quote hashashes 24-3-2021 06:50 PM
Suka minum air gas lepas makan fast food
Quote Artemesiaa 25-3-2021 01:40 PM
Yang dari dalam glass lebih sedap rasanya
Quote LadyCarefree 27-3-2021 04:07 PM
Sampahnya artikel ni. Ala kadar macam budak darjah 4 buat karangan

Lihat semua komen(6)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-1-2022 01:50 PM GMT+8 , Processed in 3.809758 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top