CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Setahun PKP - 10 Benda Yang Dah Setahun Tak Dapat Nak Buat

24-3-2021 02:06 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5036| Komen: 17|Original author: Raline

Description: Pejam celik, pejam celik, hari ini dah genap setahun sejak negara kita diperintahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) unt ...


Pejam celik, pejam celik, hari ini dah genap setahun sejak negara kita diperintahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengawal penularan virus pandemik. Bermula dengan 2 minggu, ditambah lagi 2 minggu, ditukar taraf jadi bersyarat, kemudian pemulihan, kemudian kembali ke PKP 2.0, setahun juga akhirnya.


Jadi di Rileklah, aku nak throwback 10 benda yang dah setahun kita tak dapat tengok, atau tak dapat lihat memandangkan kehidupan kini penuh dengan SOP.

1. Ke mana-mana tak perlu scan MySejahtera


Sekarang ini nak ke mana-mana kalau telefon bimbit habis bateri pun rasa takut dah sebab tak boleh nak scan MySejahtera, tak scan rasa macam berdosa, dan memang sebenarnya kita akan berdepan dengan denda kalau tak scan. Ingat lagi tak setahun dulu, nak masuk kedai masuk je melulu terus sampai ke tempat mana kita nak ambil barang, sekarang ini sampai kena beratur sebab setiap premis ada had pelanggan dorang.

2. Bersalaman tanpa ragu-ragu


Memang dah jadi norma kepada budaya kita yang kalau jumpa orang, walaupun yang baru saja kita kenal, kita akan bersalaman, kalau kaum wanita siap laga pipi. Tapi sejak kita mengamalkan norma baharu, nak bersalaman pun rasa ragu-ragu, kadang-kadang tak salam langsung, hanya tundukkan kepala sikit je tanda hormat. Pelik kan?


3. Keluar rumah tak pakai mask.

Dulu keluar rumah tertinggal jam, tertinggal lesen, tertinggal dompet, itu semua tak apa lagi, tapi sekarang kalau tertinggal pelitup muka, memang tak akan ke mana. Nak masuk mana-mana kedai pun tak boleh, nak berdiri di tempat awam pun tak boleh. Rindu kan kehidupan tanpa pelitup muka setahun lepas?

4. Tengok wayang full house.


Aku sendiri jenis yang suka tengok wayang, sorang-sorang ataupun dengan kawan-kawan pun tak kisah. Tapi sekarang bila ada SOP ini, aku rasa kurang syok sebab kiri kanan aku takde orang, dan memang jarang sekali panggung akan penuh sebab filem-filem yang ditayangkan pun dah tak banyak. Ramai yang dah tak jadikan tengok wayang sebagai aktiviti pilihan. Paling tak best, ada beberapa panggung wayang siap letak kotak di antara tempat duduk, langsung tak nampak member sebelah.

5. Konvokesyen


Yang ini memang agak sedih sebab sekarang ada universiti yang adakan konvokesyen secara virtual, ataupun menggunakan green screen. Dah tak ada acara dari awal pagi sampai petang yang ramai graduan nantikan. Sebelum ini kadang-kadang sampai viral gambar-gambar konvokesyen yang kreatif. Paling sedih sebab ramai yang menantikan konvekesyen ini kerana ibu bapa yang tak sabar nak pergi. Tahu-tahu tak jadi. Hmm

6. Balik kampung hujung minggu


Mesti ramai perantau yang setiap sabtu ahad akan balik kampung kan? Sampai jalan sesak setiap Jumaat malam, ataupun Sabtu, terutama sekali Lebuhraya PLUS. Tapi kita dah lama tak boleh rentas negeri, mesti ramai yang dah lama tak jumpa ibu bapa kan? Bertabahlah.

7. Tengok / buat story tiket kapal terbang.


Nak balik kampung pun tak boleh, apatah lagi nak jalan-jalan keluar negara kan? Aku sendiri rindu nak tengok kawan-kawan post story tiket kapal terbang, dan tengok orang jalan-jalan di negara orang.


8. Lepak mamak tengok bola


Yang ini sekarang pon orang masih buat, tapi disebabkan meja dan tempat duduk yang kini terhad, dan jarak 1 meter antara pelanggan, ramai lagi rela tengok dekat rumah. Kalau dulu ada bola je, sampai berlaga bahu dengan orang sebelah. Ada yang sampai gabung 10 meja duduk 20 orang.

9. Lepak sampai subuh

Kalau lepak mamak tengok bola, mesti akan lepak sampai subuh kan? Balik, solat subuh terus K.O. Tapi sekarang kedai paling lewat boleh tutup pukul 12 pagi, masa PKPP sebelum ini pun 2 pagi je paling lewat. Kedai 24 jam dah macam tak pernah wujud.

10. Konsert



Yang ini mesti ramai rindu, dah lama sangat kita tak boleh adakan konsert sehinggakan banyak artis kini adakan konsert maya je. Tapi, mesti tak feel kan? Tak dapat nak betul-betul enjoy konsert kalau tak berkumpul ramai-ramai sampai ada yang kena lenyak.

Jadi, itu 10 benda yang dah setahun kita tak dapat nak buat, agak-agak akan ada tahun kedua ke? Harapnya tidak lah. Dah rindu nak rasa bebas. Sama-sama kita patuhi SOP dan capai sifar kes secepat yang boleh.




Sumber: https://rileklah.com

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 23-3-2021 10:10 PM
padan muka

Quote sosimple 23-3-2021 10:27 PM
kalau nak list out tuh banyak sgt...
Quote GigaMom 23-3-2021 11:12 PM
Mesti x kan sama lagi
Paling sedih bdk2 nk konvo
Quote tagas 24-3-2021 08:21 AM
Effek lain:

- kes eksiden n jenayah kurang

- kes penceraian naik

Quote lavendernovella 24-3-2021 09:59 AM
Tambah :

Solat kat masjid saf rapat.
Quote untoldname 24-3-2021 12:38 PM
Sampai sekarang still lagi rasa teragak2 nak salam orang...kalau salam takut orang tak nak sambut sbb covid..nanti kalau tak salam kang di katanye biadap... eh... serba tak kenalah..
Quote Normabaru 24-3-2021 12:56 PM
Naik bas lrt semua msh sesak ke x
Quote Adrif 24-3-2021 01:47 PM
lavendernovella replied at 24-3-2021 09:59 AM
Tambah :

Solat kat masjid saf rapat.

terutama solat Jumaat. tak habis-habis kena bagi laluan kat orang tua
kalau kena covid, mati takde kenal muda ke tua
Quote lavendernovella 24-3-2021 04:15 PM
Adrif replied at 24-3-2021 01:47 PM
terutama solat Jumaat. tak habis-habis kena bagi laluan kat orang tua
kalau kena covid, mati  ...

Takper Allah tau hambanya yang betul2 ada niat. InsyaAllah nanti boleh. Tahun depan wabak dijangka reda.
Quote shi_jewel 28-3-2021 08:19 AM
rindu nak travelling sana sini. sekarang berjumpa di zoom je. boring.
Quote Vellfire 29-3-2021 10:52 PM
tahun lepas takder konvo.. sedih
Quote Cocoais 1-4-2021 01:42 AM
Pegi jalan2..buat family day
Quote shop_girl 10-4-2021 09:25 PM
Ntah la aku rasa things will never be the same again..sampai bila? Hanya Allah yg Maha Mengetahui..ohh aku rindu nak gi travel
Quote LadyCarefree 30-5-2021 11:43 AM
Biasa je semua dia sebut.

Paling best xyah salam yg peluk cium tu. Wohoooo

Paling xbest ialah xdapat travel.
Quote Rajawali 31-5-2021 12:16 PM
no 7 tu tak dak pun tak pa...padan muka siapa yang koyok kar socmed tu..
Quote Missrarara 4-6-2021 02:38 PM
Rindu zaman sblm covid
Quote nesloice 8-6-2021 05:26 PM
setahun lebih tak masuk office

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.203955 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top