CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

“Macam Raksasa!”, Makhluk Misteri ‘Belut Serigala’ Ditemui Dalam Laut

25-3-2021 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4361| Komen: 13|Original author: Raline

Description: Kehidupan di dalam laut memang mempunyai banyak misteri yang tersimpan. Kini semakin lama, misteri lautan semakin terun ...




Kehidupan di dalam laut memang mempunyai banyak misteri yang tersimpan. Kini semakin lama, misteri lautan semakin terungkap apabila banyak penemuan makhluk aneh yang dijumpai. Seorang nelayan telah menjumpai makhluk laut seperti ular yang aneh di perairan Alaskan baru-baru ini. Sehinggakan netizen memberikan gelaran ‘raksasa laut’ di media sosial.

Nelayan berusia 39 tahun yang dikenali sebagai Nate Iszac itu berkongsi gambar makhluk misteri yang dijumpainya. Dia memberitahu makhluk aneh itu mempunyai panjang yang hampir separuh panjangnya dari seorang lelaki dewasa. Rupanya juga agak mengerikan dengan rahang besar dan gigi tajam seolah-olah makhluk yang biasa ditengok di dalam filem.

“Saya pernah melihat makhluk yang sama sebelum ini dan tahu bahawa mereka boleh menggigit dengan sangat kuat, jadi kami sangat berhati-hati.”



Oleh kerana tidak pasti dengan identiti sebenar makhluk itu, dia kembali melepaskannya semula ke lautan selepas mengambil gambar. Rata-rata netizen di ruangan komen menggambarkan makhluk aneh itu sebagai alien atau makhluk asing kerana rupanya yang menakutkan.

“Macam raksasa!”


“Menakutkan!”



Belut serigala ini atau wolf eel dikatakan mempunyai gigitan yang cukup kuat jadi gigitannya sangat berbahaya. Rahangnya yang besar juga mempunyai kekuatan di luar jangkaan di mana belut seperti ini menjadikan kupang dan kerang sebagai makanan mereka.

Sebelum ini, spesies yang serupa boleh membuat tin minuman ringan kemek walaupun selepas kepalanya dipotong. Walaupun kelihatan menakutkan, sikapnya tidak agresif dan antara spesies yang sering dijumpai oleh penyelam skuba di lautan yang dalam.



SUMBER
IBT

2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 25-3-2021 01:42 PM
Bukan penemuan baru hanya jarang2 jumpa melainkan suka troka laut dalam
Quote acikdoktepije 25-3-2021 04:59 PM
Menarik, macam ada dalam satu game underwater tu
Quote mizzmimi 31-5-2021 08:51 AM
Pernah tengok utube tangan nelayan kena gigit ngan ikan laut dalam ni. Kawan dia dah tahan mulut ikan tu tapi tak lepas gak. Rupanya ada rahang spare kat dalam pun gigit gak. Scary
Quote any42 1-6-2021 12:57 AM
Kuatnya tenaga nk pgang mkhluk hdup tu.
Quote my_irina 1-6-2021 08:31 PM
Scarynya....Allah maha besar...mcm2 makhluk Allah cipta setiapnya ada kegunaannya
Quote ciklahcuteII 2-6-2021 02:39 PM
mmg scary..
Quote Owlbyndboned 2-6-2021 06:33 PM
seramnyaa
Quote Janjimanismu123 2-6-2021 10:49 PM
Kuasa Allah
Quote sparkly 18-6-2021 10:49 PM
Seram tengok haiwan ni, aneh betul rupa dia
Quote heythere123 1-8-2021 10:07 AM
walaupun tu belut je, tapi kalau dah besar memang iols geli
Quote heythere123 1-8-2021 10:08 AM
berani betul la sape yg dapat tangkap tu
Quote midori_katana 2-8-2021 10:56 AM
ni haiwan laut dalam... kadang2 tgk berita , ada jumpa haiwan pelik terdampar di pantai.. mmg haiwan laut dalam rupa dia pelik dan saiz dia besar
Quote MrsDiva 3-8-2021 09:45 AM
belut tu pun terkejut pestime tengok maknusia....2x5

Lihat semua komen(13)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.083526 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top