CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tampil Buka Mulut Isu 'Tambi'

23-3-2021 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 988| Komen: 2

Description: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tampil memberikan penjelasan berhubung definisi perkataan ‘tambi’ yang diberikan dalam laman sesawang jabatan tersebut.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tampil memberikan penjelasan berhubung definisi perkataan ‘tambi’ yang diberikan dalam laman sesawang jabatan tersebut.

Dalam satu kenyataanya pada Isnin, DBP berkata, penggunaan perkataan ‘keling’ dalam mentakrifkan tambi merupakan definisi yang digunakan dalam Kamus Pelajar (KP) terbitan tahun 1987.



Kredit foto: DBP

Menurutnya, terdapat perbezaan dari segi olahan bagi takrif perkataan tambi antara tiga kamus yang diterbitkan DBP iaitu Kamus Dewan (KD), Kamus Dewan Perdana (KDP) dan KP.

“Misalnya, Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)(KD4), tambi ditakrifkan sebagai ‘panggilan untuk orang India berpangkat adik’, Kamus Pelajar (1987) ‘panggilan untuk orang keling yang lebih muda daripada kita’ dan Kamus Dewan Perdana (2020) pula ‘panggilan untuk orang lelaki muda India yang berpangkat adik’.

“Tentang penggunaan kata orang keling dalam takrif tambi pada KP, kamus ini diterbitkan pada tahun 1987 lagi dan dikemas kini edisinya pada tahun 2007 dengan hanya membuat penambahan entri sahaja,” menurut kenyataan itu.


DBP bagaimanapun berkata, dari segi pengolahan maknanya, ada perubahan dan pembaikan yang diusahakan oleh penyusun Kamus Dewan terhadap kata keling tersebut sesuai dengan unsur sejarah dan faktor sosiolinguistik perkataan itu.

Pada Ahad, seorang aktivis masyarakat India mengecam DBP dalam satu laporan media berhubung pendefinisian perkataan tambi oleh jabatan tersebut yang disifatkannya sebagai menghina masyarakat India di Malaysia.

Menurutnya, perkataan keling yang digunakan laman sesawang DBP untuk mendefinisikan kata tambi merupakan istilah yang dianggap oleh masyarakat India sebagai menunjukkan rasa tidak hormat.
 
Sementara itu, dalam kenyataan sama, DBP menyatakan antara prinsip utama yang perlu dipatuhi dalam proses memberikan takrif terhadap sesuatu perkataan ialah kata dan makna yang dirakamkan dalam kamus itu harus menggambarkan penggunaan sebenar oleh masyarakat penuturnya.

Bagaimanapun, DBP berkata, bagi mengelakkan pertikaian dalam kalangan pengguna, satu prinsip lagi yang perlu dipatuhi pengamal perkamusan adalah keperluan untuk meletakkan label tertentu pada kata atau makna yang berkenaan.


Loading FB Post...

“Misalnya, daripada makna yang dirakamkan oleh KD 1989, 1994, secara tersurat, KD cuba mendidik masyarakat bahawa keling ialah kata yang kurang halus untuk digunakan, dan yang lebih halus digunakan ialah kata India, iaitu panggilan kepada orang India.

“Perubahan terkini yang dilakukan terhadap entri keling ini, maklumat tentang penggunaan kata ini diberikan penekanan oleh KDP.

“Dalam kamus terbitan terbaharu DBP ini, kata keling diberikan label penggunaannya sebagai tabu. Label tabu diberikan pada kata larangan dalam budaya sesuatu bangsa atau kaum,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 23-3-2021 06:47 PM
Keling keling keling kelinggggg
Quote Normabaru 23-3-2021 11:06 AM
Halah2.. Isu kalimah Allah pon rilek je agama lain pakai.. Ni kan plak setakat tambi.. Deyyyyy tambikkkkk!!!!!





Manjaaaaaaaaahhhhh;P

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.030049 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top