CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takut Jenama KRU Terkubur, Norman Gigih Cari Perantis

23-3-2021 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3806| Komen: 18

Description: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim dalam perancangan untuk mencari dan melatih pengganti bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif yang digalasnya ketika ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim dalam  perancangan untuk mencari dan melatih pengganti bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif yang digalasnya ketika ini.


Norman, 49, berkata, peranan menerajui syarikat rakaman itu wajar diberi peluang kepada perantis yang agak muda, matang dan berusia sekitar 30-an. 


Foto: IG
"Melihat perkembangan arus teknologi masa kini, penting untuk saya melatih mereka yang bergerak aktif dalam media sosial dan digital. Saya tidak mahu nama dan jenama syarikat rakaman KRU terkubur. 

"Kalau boleh di usia sekarang ini, saya mahu sekadar menjadi presiden dan pemerhati perjalanan syarikat ini. Jadi, sekarang saya melatih graduan lepasan universiti menerusi program pengurusan syarikat untuk menjadi perantis pada masa hadapan.


"Ketika ini ada empat orang perantis yang mempunyai potensi untuk menggerakkan label ini. Saya juga ingin memupuk elemen kesetiaan supaya mereka terus kekal bersama syarikat ini," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman kolaborasi antara KRU Music dan Warner Music.

Selain Norman, majlis terbabit turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy. 

Ditanya mengenai kolaborasi terbabit, Norman percaya pengaruh yang dimiliki Warner Music dalam bidang pengstriman digital mampu meluaskan muzik dan penyanyi di bawah naungan KRU Music secara menyeluruh. 

"Selepas Edry membuat keputusan ke luar negara, saya akui 'patah sebelah kaki' untuk menguruskan label ini yang bergerak secara 'sendiri'.  Malah, tahun 2018 boleh dianggap masa yang mencabar untuk saya dan Yusry mengendalikan label ini.

"Bagaimmanapun, tahun lalu membuka jalan untuk saya berkolaborasi dengan Warner Music selepas mempertimbangkan beberapa pilihan. Saya berharap kerjasama selama tiga tahun ini akan membuahkan hasil yang memberangsangkan," kata Norman. 

Dalam masa yang sama, KRU Music turut memperkenalkan barisan artis baharu di bawah naungan mereka iaitu Dian Hashim, Fai Ramli, DJ Fateh dan Timur Flores. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 23-3-2021 11:02 AM
Kembangnya hidong pak man nasib jootawan. Hiks
Quote dudaberhias 23-3-2021 11:31 AM
"Melihat perkembangan arus teknologi masa kini, penting untuk saya melatih mereka yang bergerak aktif dalam media sosial dan digital. Saya tidak mahu nama dan jenama syarikat rakaman KRU terkubur.


harap di latih elok2... teringat lagi opening ratu kala jenking ada tulis dekat opening tu kesan khas KRU... sekali tengok CGI dia betul2 KRU punya kesan khas bukan main2 punya...

terus... tutuppppp TV
Quote pxlbb 23-3-2021 11:39 AM
takyah ada pelapis la kalau karang hancur nama KRU ittew. terima la hakikat lagenda chuols tetap akan ditelan zaman tapi tak dilupakan mcm p ramlee masih kekal relevan sampai ke hari ini
Quote September14 23-3-2021 11:42 AM
Zmn skg lagu diorg org x dgr dah.... suara x sedap memasing
Quote laksmanabentan 23-3-2021 12:05 PM
buat la ala2 program tv cari apprentice gitu...
kan best...
Quote ilacantik 23-3-2021 12:36 PM
Anak dara meols tanya, masa meols kecik2, music apa yg meols dengar. Iols dgn bangga bagitau KRU, Feminin dan kadang2 Elite. Tak sangka sheols pun dah tersuka esp lagu2 kump Elite. Banyak lagu dorang masih relevant dgn music skrg esp Kpop. Meols suruh dengar Siti Nurhaliza dgn Anuar Zain, dijuihkan aja. Selera music bebudak sekarang memang dah berbeza.
Quote Nnasda53 23-3-2021 01:18 PM
Masa budak2 now.
Ada juga lagu BBNU yg ada sedap di dengar.
KRU tetap brand tersendiri dan Legend.
Quote jepp 23-3-2021 02:39 PM
apa juapun
kaka syg kru

always.. forever
Quote r_innalif 23-3-2021 04:39 PM
KRU tetap artis pojaan hatiku dulu2. Tiada yg boleh mggantikan KRU. Tp Edry ke luar negara kemana? Berhijrah terus ke obersea? awat x tau?
Quote LadyCarefree 23-3-2021 05:19 PM
Xyah je la. Tutup kuburkan je kru
Quote fido_dido 24-3-2021 12:33 PM
kru tetap special didalam hati iols
Quote ainonymous 24-3-2021 01:00 PM
r_innalif replied at 23-3-2021 04:39 PM
KRU tetap artis pojaan hatiku dulu2. Tiada yg boleh mggantikan KRU. Tp Edry ke luar negara kemana? B ...

edry migrate Manchester kaka. katanya untuk masa depan anak heols yg autism tu. sekolah autism sana lagi lengkap kekdahnya
Quote r_innalif 25-3-2021 04:38 PM
ainonymous replied at 24-3-2021 01:00 PM
edry migrate Manchester kaka. katanya untuk masa depan anak heols yg autism tu. sekolah autism san ...

oh ye ke,, thanx.
Pengorbanan ibu dn bapa. tak pasan plak ada ank dia autism
Quote benfoster45 14-2-2022 08:02 AM
Nampak gambar terbaru mereka dkt ig lisa..tak nampak bayang isteri norman pun..
Quote laksmanabentan 14-2-2022 08:37 AM
benfoster45 replied at 14-2-2022 08:02 AM
Nampak gambar terbaru mereka dkt ig lisa..tak nampak bayang isteri norman pun..

isteri dia kan low profile, anak orang kaya kan isteri dia tuh...
Quote ibu_haritz 14-2-2022 08:42 AM
bg aku lagu2 KRU masih relevan..bagi aku lah...
Quote chanthik 14-2-2022 09:15 AM
Sejujurnya, muzik Elite zaman 90an lebih maju dan masih kedengaran moden di zaman 2022 yah. Kalau chuols banding lagu girl group Korea(S.E.S , Fin K.L) dengan lagu Elite, pandangan iols lagu Elite lebih fresh

Iols pun faham sentimen Norman. Sayang sebenarnya kalau KRU berkubur sebab theyols banyak material bagus. Pandangan iols lebih mantap sekiranya KRU latih girl group & boy group ala Kpop yahh. Rekrut anak hekan non-Muslim dan rakam semula lagu-lagu Elite,Ezlynn dan sebagainya. Lagu KRU pun ada yang instrument dah sedap, tapi suara masing-masing hazab yah

Rakaman semula(remake) memang tengah jadi trend, contoh iols boleh bagi:

https://youtu.be/H69tJmsgd9I
https://youtu.be/8uiR4SrDGZk

Kalau Norman nak cari , hemat iols carilah peminat Kpop kerana depa pasti banyak idea bernas seperti iols.Kalau nak pm iols untuk idea bernas pun bisa yah, iols bagi free of charge
Quote brunesss 14-2-2022 10:30 AM
aku tak pernah suka lah KRU ni, hanya jadi hype tapi bakat sebenar dalam lagu2 mereka aku tak boleh hadam. mcm bingit je aku dengar suara si yusri tu. dan obviously they are not evergreen, my advise is to just move on and focus on other legacy dengan duit yang berkepoks kepoks

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.106395 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top