CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dadah 16 tan bernilai RM5.2 bilion dirampas, terbesar dalam sejarah negara

23-3-2021 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4038| Komen: 30

Description: KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia berjaya melumpuhkan kartel dadah antarabangsa sekali gus merampas dadah jenis amphetamine dengan nilai RM5.2 bilion, terbesar dalam sejarah rampasan dadah Malaysi ...



KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia berjaya melumpuhkan kartel dadah antarabangsa sekali gus merampas dadah jenis amphetamine dengan nilai RM5.2 bilion, terbesar dalam sejarah rampasan dadah Malaysia.

Ia hasil kerjasama Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melalui perkongsian maklumat perisikan dengan Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

JKDM dalam satu kenyataan memaklumkan kartel pengedaran dadah antarabangsa itu melibatkan pil captagon yang disyaki mengandungi dadah jenis amphetamine di Pelabuhan Klang, Selangor.

"Hasil pembongkaran menjumpai anggaran sebanyak 94.8 juta biji pil captagon disyaki mengandungi dadah jenis Amphetamie dengan berat kasar dalam anggaran sebanyak 16 tan dan dianggarkan bernilai RM5.2 bilion yang disorokkan di dalam tayar troli.


"Siasatan awal mendapati kontena-kontena tersebut tiba dari sebuah negara di Timur Tengah dan dipercayai untuk dihantar ke sebuah negara di Asia Timur.

"Rampasan 16 tan pil captagon yang dianggarkan bernilai RM5.2 billion pada tahun ini merupakan rampasan dadah terbesar yang pernah direkodkan oleh JKDM setakat ini," memetik kenyataan itu.

Untuk rekod sepanjang tahun 2018, JKDM telah merampas sebanyak 3.35 tan dadah pelbagai jenis bernilai RM160 juta, manakala bagi tahun 2019, JKDM telah merampas sebanyak 4.75 tan dadah pelbagai jenis bernilai RM790 juta dan pada tahun 2020, JKDM telah merampas sebanyak 2.86 tan dadah pelbagai jenis bernilai RM117 juta.

Loading FB Post...

JKDM memaklumkan kejayaan itu adalah hasil kerjasama sekali gus merupakan suatu kejayaan terbesar dalam memerangi kartel dadah antarabangsa.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan dengan kesalahan, boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Justeru, orang ramai digesa untuk membantu pihak JKDM dalam memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.



Sumber : Astro Awani
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mziskandar 23-3-2021 02:56 PM
tahniah kastam!
Quote syaz_lina 23-3-2021 03:11 PM
tahniah kastam! malaysia ni mmg tempat transit kot
mesti tokan dadah menggelupur sekarang
Quote rajamoney 23-3-2021 03:13 PM
mana dia cybermacai ph tu?

tk nk kutuk kerajaan tebuk atap tebuk hymen tebuk dubur ke?

sikit2 politik

sikit2 politik

injek vaksin pfizer made in israel kat bibir ko baru tau kang

Quote dess402 23-3-2021 03:15 PM
Ini musti keja driver kontena tu kan . Dia sorang aje bersalahkan . Macam kes hari tu , rampasan dadah bernilai beratus juta . Tapi driver aje yg kena . Tak logik langsung .
Quote Belibis 23-3-2021 03:27 PM
Nilai rampasan bilion2.tunggu pendakwaan sampai sudah takde tokan besar yang kena.
Quote akusukaq 23-3-2021 03:30 PM
Nak buat apa dgn dadah byk tu, harap harap tiada bisnes black market lepas ni
Quote Simunggu 23-3-2021 03:46 PM
gila..nak bagi mampus anak bangsa ni....
Quote Simunggu 23-3-2021 03:47 PM
gila ....banyak anak bangsa rosak ni...
Quote saviour_09 23-3-2021 03:50 PM
biliyuunn2 masuk bagi jahanam anak kita

Quote pxlbb 23-3-2021 05:06 PM
Jgn ada abam pulisi or kastam yang termakan rasuah last sekali kembali owner. Barang billion rm takkan la nak rasuah 20-30 hengget khuenzzzzz
Quote binisupir 23-3-2021 09:13 PM
Gile lah .... {:childlike
Quote Xim 23-3-2021 09:22 PM
Thread dah ada. Boleh la merge sekali https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1243794
Quote ninja9 23-3-2021 09:56 PM
Pergh.. jumlah dadah dan duit mmg banyak.. tahap produksi kilang dah ni
Quote dess402 23-3-2021 10:00 PM
Ini sape tokeynya  ??  Takkan abang driver itu  kott .
Quote Cocoais 23-3-2021 10:05 PM
Malaysia ni negara transit ye..dadah pelacur warga asing penjenayah..kira hebat lah tu
Quote star_karat 23-3-2021 10:28 PM
Ni kotena transit kan? So memang takda kena mengena ngan orang lokal?  Biasa transit tukar ke kapal feeder yang pergi balik arah cina japan.
Quote zorrro_03 23-3-2021 10:42 PM
Reform pdrm.
Quote robinmosby 23-3-2021 11:09 PM
Selalunya lepas kena rampas macam ni apa jadi dengan rampasan tu ya?
Quote dess402 23-3-2021 11:15 PM
robinmosby replied at 23-3-2021 11:09 PM
Selalunya lepas kena rampas macam ni apa jadi dengan rampasan tu ya?

depa jual balik

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.058147 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top