CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Zul Tiada Kena-mengena, Jangan Kaitkan Orang Lain Dengan Isu Saya" - Intan Najuwa

23-3-2021 08:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2427| Komen: 2

Description: Intan Najuwa menegaskan hubungan dia dan bekas tunangnya iaitu Razrul Anwar Rusli sudah lama berakhir namun punca perpisahan mereka bukan disebabkan orang ketiga seperti yang didakwa segelintir pihak.
Intan Najuwa menegaskan hubungan dia dan bekas tunangnya iaitu Razrul Anwar Rusli sudah lama berakhir namun punca perpisahan mereka bukan disebabkan orang ketiga seperti yang didakwa segelintir pihak.


Menurut Intan, 24, dia berharap tiada lagi mana-mana pihak yang cuba mengaitkan isu melibatkan dirinya dengan pelakon lelaki seperti Zul Ariffin yang terpalit kononnya menjadi punca perpisahan mereka.


Kredit foto: IG Zul/Intan

“Saya dan bekas tunang sudah lama putus... hubungan kami berakhir pun bukan disebabkan Zul atau mana-mana orang ketiga. Zul tiada kena mengena langsung. Saya tak nak libatkan nama orang lain dalam isu saya.

“Saya harap selepas ini, tiada lagi mana-mana pihak yang cuba kaitkan nama orang lain. Saya tak kisah dikecam tapi jangan kaitkan orang lain dengan isu saya," kata Intan kepada mStar.

Pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid ini diminta mengulas mengenai dakwaan netizen yang mengatakan dia berpisah dengan ahli perniagaan itu disebabkan Zul Ariffin.


Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2018 di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang ke-22 namun pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada Februari tahun lalu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boboyottt 23-3-2021 09:47 AM
Ye ker dikk? Xpela barang yang lepas jangan dikenang
Quote ciknaktau 23-3-2021 10:27 AM
Jgn lps ni dgr citer buat u-turn pulak..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.130073 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top