CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Didenda Carikan Jodoh Rakan

23-3-2021 09:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1501| Komen: 1

Description: Niatnya mahu mencarikan jodoh rakannya namun tindakan seorang rakyat Vietnam yang bekerja di Taiwan, mengundang padah apabila didenda pihak berkuasa.
Niatnya mahu mencarikan jodoh rakannya namun tindakan seorang rakyat Vietnam yang bekerja di Taiwan, mengundang padah apabila didenda pihak berkuasa.

Lelaki terbabit mengiklankan pencarian jodoh buat rakannya yang juga rakyat Taiwan menerusi media sosial dengan mensasarkan wanita senegaranya.



Gambar hiasan

Mesej iklan yang mengandungi maklumat peribadi rakannya itu ditulis dalam bahasa Vietnam.

Memetik Taiwan News, Agensi Imigresen Kebangsaan (NIA) mengesahkan lelaki itu menyalahi Akta Imigresen Taiwan kerana membuat hantaran iklan perkahwinan di Facebook bagi menarik perhatian pengantin asing.

NIA menekankan kesalahan mempromosikan perkahwinan antara budaya melalui iklan tanpa mengira bahasa yang ditulis.

Katanya, lebih daripada 80 peratus individu yang melanggar undang-undang tahun lalu berkongsi iklan mereka di internet.


Agensi itu turut menggesa warga asing di Taiwan tidak mempromosikan perkahwinan antara budaya sebagai bentuk barang dagangan di media sosial.

Sebaliknya, mereka menyarankan usaha mengatur pertemuan sebenar secara bersemuka.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 23-3-2021 10:17 AM
sama2 tak basuh berak pun menindas

ini kn pula nk dibagi jd pemimpin negara rakyat yg menjaga kebersihan mcm di malaysia ni?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.042471 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top