CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Tiga Tahun Maut Tertinggal Dalam Kereta Pengetua Tadika

17-3-2021 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29123| Komen: 256

Description: Sungai Petani: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia selepas lebih lima jam ditinggalkan dalam kereta yang dipandu pengetua tadika di Taman Ria, di sini, semalam.
Sungai Petani: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia selepas lebih lima jam ditinggalkan dalam kereta yang dipandu pengetua tadika di Taman Ria, di sini, semalam.


Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari tadika ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa adalah anak kedua daripada dua beradik.

Katanya, mangsa sudah hampir setahun dihantar ke tadika itu untuk dijaga pengasuh di situ.

Foto: Harian Metro

"Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengetua tadika iaitu wanita berusia 49 tahun akan mengambil mangsa dari rumah ibu bapanya ke tadika pada Ahad hingga Khamis.


"Namun, selepas PKP, pada Selasa dan Rabu, pengetua wanita itu akan mengambil dan menghantar mangsa manakala hari lain mangsa dihantar sendiri ibunya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Adzli berkata, siasatan awal mendapati pada 7.45 pagi semalam, pengetua tadika itu mengambil mangsa di rumahnya di Taman Ria, di sini.

Beliau berkata, mangsa ketika itu dalam keadaan sihat dan duduk di tempat duduk belakang.

"Sebelum itu, pengetua terbabit turut mengambil seorang pelajar lain yang berusia lima tahun dan diletakkan di tempat penumpang hadapan.

"Namun sebaik tiba di hadapan tadika, seorang guru mengambil pelajar yang berada di bahagian penumpang hadapan dan terus masuk ke dalam tadika. Dia memakir kereta di tepi luar tadika dan mematikan enjin kereta," katanya.

Adzli berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, mangsa berada di dalam kereta dengan keadaan pintu dan cermin tertutup serta tiada ruang pengudaraan.

Beliau berkata, mangsa dipercayai berada dalam kereta itu dari 8 pagi hingga 12.15 tengah hari.

"Kejadian itu hanya disedari pada 12.15 tengah hari ketika pengetua mahu menghantar semula mangsa ke rumah, namun mendapati mangsa tiada di dalam kelas.

"Guru kelas memberitahu mangsa tidak hadir ke sekolah menyebabkan wanita itu terus menuju ke arah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran dan mendapati mangsa terbaring tidak sedarkan diri," katanya.

Adzli berkata, berikutan itu pengetua terbabit bertindak menghubungi ambulans dan melaksanakan resusitasi kardiopulmonari (CPR) terhadap mangsa namun mangsa tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke hospital dengan ambulans dan hasil pemeriksaan doktor memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia sebaik tiba di hospital dan tiada kesan kecederaan di luaran.

"Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dipanggil untuk pengambilan sampel dan dapat satu sampel swab di atas kerusi penumpang belakang.

"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat," katanya.

Adzli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau berkata, polis menahan pengetua wanita itu untuk membantu siasatan dan merampas anak kunci serta kereta untuk tindakan lanjut. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
4

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 17-3-2021 11:07 AM
Tak ambik attendance ke????????? Selalu kalau ada budak tak datang, mmg korang buat bodoh je ke?????????
Quote tagas 17-3-2021 11:12 AM
Allahuakbar

tak dpt bayangkan betapa seksa nya anak syurga tu

kenapa la cuai sgt
Quote prettyuglybabe 17-3-2021 11:13 AM
pengetua dengan cikgu tak check ke murid/ anak asuhan cukup ke tak dalam kelas?
Quote lasagnaklcc 17-3-2021 11:13 AM
Selalu salah parents, ni salah pengetua pulak. Sedihnya kalau anak mati bwh jagaan org lain.

Melingkuplah bisnes tadika ni tak lama lagi.
Quote Skuau 17-3-2021 11:17 AM
'UNTUK KESEKIAN KALINYA.
Quote haryatie 17-3-2021 11:31 AM
Ya Allah...
lagiiiiiiiiiiiiiiiiiii
kesiannya budak tu, terseksa tak sebelum tu
harap2 x la kan..dia budak kecil je pun..
suci  bersih, xde dosa
Quote mejaputih 17-3-2021 11:36 AM
haryatie replied at 17-3-2021 11:31 AM
Ya Allah...
lagiiiiiiiiiiiiiiiiiii
kesiannya budak tu, terseksa tak sebelum tu

penah baca kes anak cikgu kat subang jaya dulu..
keadaan arwah sgt menyedihkan....koyak2 baju sbb dia meronta kepanasan dan ..muntah dan najis...Allahu...takut nk imagine...
Quote mejaputih 17-3-2021 11:38 AM
kalau ada kanak2 ni plse always buat headcount...setiap 1 jam kalau boleh....
Quote mrsbale 17-3-2021 11:38 AM
Ya Allahhhhhh
Pengetua & cikgu tadika cap apa ni

Sedihnyaaa
Mak bapak bdk tu bg kepercayaan penuh
Mcmtu cara korg handle bdk2. Xde nk check langsung yg xnmpk dpn mata

Quote pyropura 17-3-2021 11:39 AM
Napa bangsa koliang mabok todi tak penah ada kes tinggai anak dlm.keta sampai mampos? Pikir2kan lah.
Quote namr 17-3-2021 11:39 AM
Tak kena dakwa ke mcm ni?cuai sgt..mcm membunuh budak tu pun ye
Quote tumpanglalu74 17-3-2021 11:39 AM
Senang2 je bunoh anak orang..  Tolong kasi jel.  Supaye jadi pengajaran kat yang lain..
Quote syaz_lina 17-3-2021 11:44 AM
Kenapa kenapa kenapa cuai sangat..tak dapat bayangkan adik tu terseksa
Quote sonatalady 17-3-2021 11:44 AM
Gelap sangat ke cermin kereta sampai x nampak ada bdk kat belakang?x dpt bayangkan keadaan bdk tu...Allahuakbar..sedihnya.

Semoga diberi ketabahan buat family adik ni...
Quote haryatie 17-3-2021 11:45 AM
mejaputih replied at 17-3-2021 11:36 AM
penah baca kes anak cikgu kat subang jaya dulu..
keadaan arwah sgt menyedihkan....koyak2 baju sbb ...

ishhhhhh
x sanggup nak fikir
Quote EJALTI 17-3-2021 11:46 AM
mejaputih replied at 17-3-2021 03:36 AM
penah baca kes anak cikgu kat subang jaya dulu..
keadaan arwah sgt menyedihkan....koyak2 baju sbb ...

Ya Allah......sedihnya...
Quote Suchi 17-3-2021 11:57 AM
Panas meruap siannya dia, kecik lagi.
Taktau plak ada tadika yg siap boleh dtg umah ambil bdak lagi tapi tu la cuai plak.

Peringatan buat semua setiap kali turun keta check semua tempat duduk pastikan takde barang or manusia tertinggal.

Quote batmana 17-3-2021 12:02 PM
waja lagi,
jgn waja ni jual murah2 2nd sudah, psl byk kes

pengetua tkde amik attendant budak2 ke? tadika hape cmni? camni budak hilang pn tk check la
Quote Buritan 17-3-2021 12:03 PM
lasagnaklcc replied at 17-3-2021 11:13 AM
Selalu salah parents, ni salah pengetua pulak. Sedihnya kalau anak mati bwh jagaan org lain.

Mel ...

Pgtua tuu mau mereng laa jwbnyaa.. aku yg baca pun rasa adoiiii

Lihat semua komen(256)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.060857 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top