CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamel, Ernie Belanja Nasi Minyak Hujung Bulan Ini?

17-3-2021 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6601| Komen: 48

Description: Berakhirnya debaran Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) Ahad lalu bermakna selesailah satu urusan penting dan kini masuk pula episod baharu apabila penyanyi Syamel dan Ernie Zakri berkira-kira hari untu ...
Berakhirnya debaran Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) Ahad lalu bermakna selesailah satu urusan penting dan kini masuk pula episod baharu apabila penyanyi Syamel dan Ernie Zakri berkira-kira hari untuk menjadi suami-isteri dalam waktu terdekat.


Khabar angin mula bertiup kononnya mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.


Kredit foto: IG Syamel

Bagaiamanapun, Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, berkata buat masa ini mereka tidak dapat membuat pengumuman rasmi kerana perlu menyelesaikan beberapa urusan penting.

"Kami harus menunggu beberapa urusan untuk diselesaikan dan kami akan beritahu dalam masa terdekat, InsyaAllah.

"Bukan niat untuk merahsiakan (tarikh pernikahan) tetapi lebih kepada nak selesaikan semua perkara terlebih dahulu, itu yang saya boleh katakan setakat ini," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, mStar difahamkan mereka berkemungkinan akan disatukan pada hujung bulan ini mengambil keberkatan hari Jumaat yang jatuh pada 26 Mac 2021.

Bagaimanapun, ia hanya sekadar khabar angin dan hanya tuan badan sahaja yang mengetahuinya. Kita tunggu sahajalah pengumuman rasmi daripada mereka berdua.

Mengesahkan khabar angin itu, menerusi laporan mStar sebelum ini, Ernie yang juga pemenang trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) berkata dia merancang untuk melangsungkan perkahwinan sebaik AJL35 berakhir.


Kredit foto:IG Ernie

"Apa yang saya boleh katakan dan kongsi buat masa sekarang, sudah tentu majlis pernikahan saya dan Syamel akan diadakan selepas selesai AJL nanti. InsyaAllah... kami akan langsungkan perkahwinan.

"Cumanya tarikh dan semua perancangan melibatkan perkahwinan kami akan diumumkan kelak," katanya.

Penyanyi lagu Ku Bersuara itu mengikat tali pertunangan dengan Syamel pada 16 Ogos tahun lalu di kediamannya dan majlis tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tootii 17-3-2021 12:39 PM
so gambar di atas adalah gambar pre wedding mereka ?
Quote Duriancreep 17-3-2021 01:07 PM
Hadiah kemenangan {:run
Quote ophillea 17-3-2021 01:11 PM
Akhirnyaaa kawen jugak dorg. Tak lama lagi boleh kim salam kat jahlop
Quote Y-Nots! 17-3-2021 01:18 PM
ok bye jahlop
Quote rajamoney 17-3-2021 01:28 PM
bagus kapel penyanyi dua org ni

mcm p ramlee ngn saloma

over lak perumpamaan aku ni

da mcm bdk2 twitter

Quote kiah_mai_pulak 17-3-2021 01:29 PM
rasa nk sepakk mulut shemale tu sedas dua,.
Quote SayaSayangMama 17-3-2021 01:31 PM
Knp syamel suka buat muka gitu eh. Ernie suruh ke
Quote evataso 17-3-2021 01:34 PM
Lama sungguh tak makan nasi minyak.
Quote wookiehoney 17-3-2021 01:43 PM
dari mula masuk pertandingan duet lg meols harap they will be the next ajainurul,
tapi hopefully kisah yang lebih bahagia tilljannah


aaabegitew
Quote nowhite 17-3-2021 01:51 PM
Tahniah..semoga dipermudahkan urusan
Quote mieymiey 17-3-2021 01:53 PM
Benda baik kita doakan jer la, yedakkk?
Quote mrsLY 17-3-2021 01:54 PM
leh geng lopah...eh
Quote akidhuyuf 17-3-2021 02:00 PM
semoga dipermudakan olehNya untuk mendirikan mesjid.
Quote asma87 17-3-2021 02:06 PM
Okla pasni harap couple ni masuk AJL setiap tahun sbb both suara sedap.
Quote ayukpingu 17-3-2021 02:07 PM
ye ke? tahniah la
Quote navyna 17-3-2021 02:09 PM
Jgn overshadow wedding neelofa okayyy! Kot kena tarikh sama kannn
Quote tikusmakmal10 17-3-2021 02:16 PM
iolls masih rasa dek nini deseb better
Quote Nnasda53 17-3-2021 02:47 PM
Tahniah.Bagus bertunang jangan lama2.
Nanti hilang dari radar susah.
Quote missmeornot 17-3-2021 03:11 PM
syamelllll dah2 la ambil gambo buat mulut macam tu. meols rasa nk gunting je tau. btw moga dipermudahkan segala urusan

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.106533 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top