CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DJ Radio Terkilan Kena Troll "Terlalu Hodoh Untuk Dirogol"

17-3-2021 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3429| Komen: 7

Description: Seorang DJ diberitahu bahawa dia "terlalu hodoh untuk diperkosa" setelah menjadi sasaran troll di Twitter.
Seorang DJ diberitahu bahawa dia "terlalu hodoh untuk diperkosa" setelah menjadi sasaran troll di Twitter.

Natalie Higgins, 23, mengatakan dia berasa jelik selepas menerima banyak komen cacian terhadap satu perkongsiannya di platform itu.



Kredit foto: MEN Media

Menurut laporan Daily Star, wartawan penyiaran Greatest Hits Radio berkata, dia begitu terkejut dengan reaksi warganet terhadap video TikTok yang dikongsinya mengenai kesedaran terhadap keselamatan wanita pada waktu malam berikutan kematian Sarah Everard yang mati dibunuh selepas diculik seorang anggota polis, Wayne Couzens, 48, seperti dilapor BBC.



Pengguna Twitter menggunakan nama akaun Bobo Joe menulis, "Mungkin dia akan selamat (daripada serangan) kerana dia terlalu hodoh untuk diperkosa".



Malah, ramai meninggalkan komen menyatakan tidak mungkin akan terjadi apa-apa kepadanya.

Natalie berkata kepada Yorkshire Live bahawa dia sangat marah dengan komen sedemikan. Namun, mendakwa tiada gunanya jika dia membuat laporan terhadap mereka di Twitter kerana platform itu menyifatkan komen terbabit tidak melanggar peraturan.

"Saya tidak tahu kepada siapa komen seperti itu ditujukan, sama ada terhadap saya atau individu dalam video berkenaan. Apapun, ia sangat menjijikkan!" katanya kesal. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 17-3-2021 12:23 PM
terlampau pengotor utk diingini

pemalas mandi tk cebok bersih2

Quote SayaSayangMama 17-3-2021 11:05 PM
Alah perogol ni buta hati nenek 80 tahun pun korg sebat. Konon xselera. Baby pun korg hentam.
Quote bulalof 18-3-2021 09:17 AM
cyber bully is real.....
Quote delsmomm 18-3-2021 02:44 PM
org ckp tiang dipakaikan skirt pun belum tentu selamat dr rapist ni..
Quote sarahmirza 18-3-2021 04:11 PM
delsmomm replied at 18-3-2021 02:44 PM
org ckp tiang dipakaikan skirt pun belum tentu selamat dr rapist ni..

Bila baca komen u tetiba i bayangkan buah nangka/cempedak tergantung kat pokok yang dipakaikan t-shirt ..
Agaknya kena raba tak?

Hahaha
Quote Suchi 18-3-2021 06:17 PM
Depa ni taktau ke org yg mengalami gangguan hypersexsual bagai ni tak kisah pun rupa ko cemana janji ko pompuan.

Dengan sesiapa pun depa boleh on tak kisah tua muda lawa ke huduh kurus ke bersegi.



Quote NataliaLuiz 27-4-2021 01:11 PM
Yelah tu, selagi bernama lelaki dan bernafsu, tak kira la rupa apa pun, still nak..hmm

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.112910 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top